Friday 8 April 2016

fasobrun jamil

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ^_^

Alhamdulillah..Alhamdulillah..segala puji-pujian hanya bagi Allah.
Menjadi hamba yang bersyukur, bukan hanya ketika diberikan kejayaan; dapat anugerah dekan, dapat no 1 lumba lari, dapat pekerjaan yang baik, dan segala macam benda yang biasanya kita rasa macamm..."yes!I did it!"..hmm
Hakikat 'segala puji hanya bagi Allah' tuu adalah lebih besar dari semua senarai tu..Ramai org, selalu lupa untuk mengucapkan syukur bagi semua nikmat yang Allah bagi, dan yang mengucapkan 'alhamdulillah' tu pun, berapa rami je yang benar-benar menghayati maknanya dan benar2 memulangkan kembali pujian itu kepada TuhanNya~huuu, semoga Allah tuntun hati kita untuk menjadi hamba yang sentiasa syukur, redha, sabar dan tabah dalam setiap kurniaanNya untuk kita..aamiin~(so, ucaplah syukur utk segalaaaanya. terlalu banyak. tak tersenarai ponn)

Actually, niat asal bukak lappy nie untuk sambung tulis thesis, but then, hati lebih terpanggil untuk menulis di sini..eheh. smoga Allah memberkati masa dan waktu yang ada nie..aamin.
Setiap hari2 yang kita lalui, adaa jer perkara yang menguji kesabaran kita, kan..tak kira laa sama ada perasaan yang rasa nak marah, perasaan yang rasa macam nak give up, perasaan yang rasa besarnyaa dugaan..perasaan yang rasa nak lari dari masalah..hmm tapii Allah lalukan semua perasaan tu untuk melatih kita supaya bersabar..yes!sabr!which means, bertahan..kalau rasa nak marah, bertahan..kalau rasa nak give, bertahan..kerana disitulah ada ganjaran yang Allah sediakan.yakin :)



Ada seorang kakak tu (pangkat murabbi laa~) dia ckp, "sabar itu adalah pada hentakan pertama"..perghh! lps dia cakap tu rasa macam first time dengar,,rasa macam tertanya diri sendiri,"am I assobirun?".huhu..dia tambah lagi, "ada org tu, dia rasa macam dia tu jenis yang penyabar dah,,,tapi rupanya setelah dia membebel2 dan marah2 (walaupun dalam hati),baru nk cuba hayati maksud 'sabar' tuu..haaa klu camtu belum cukup sabar maknanya"..dushh2!rasa macam tgah bercakap ngan aku plak..sobss..
tu baru maksud 'sabar'...'sobrun jamil' pula?masyaallah...lagi laa hebat utk org ada sifat nie kan..

Dalam surah Yusuf, ayat 18 ada penggunaan 'sobrun jamil' nie..kata2 yang diluahkan oleh nabi Yaakub, ketika mendapat berita bahawa anaknya (nabi Yusuf) telah dimakan serigala..dan Dr Asri ada mention, 'sobrun jamil' nie adalah sebaik2 sabar,.Ia adalah peringkat sabar dimana, hanya dia dan Allah je tau perkara yang menimpanya..masyaallah~smoga Allah kurniakan kita nikmat 'sobrun jamil' nie...yelaa,satu dalam sejuta kott orang yang menceritakan sesuatu perkara yang menimpanya hanya kepada Allah..sebab dia sangat2 yakin bahawa Allah musta'an..Allah Sebaik2 Penolong..Allah tempat bergantung..hmm kalau kita???paling kurang pon akan bercerita kat mak, rumate, kawan baik,..yelaa sbb kita manusia kan,.rasa nak bercerita tu lebih..tapii yang paling2 penting, bercerita dan mengadu la kepada Dia..Dia yang Maha Pemurah, Maha Mendengar, Maha Memberi Pertolongan..

[QS 12:18]
وجاءوا على قميصه بدم كذب قال بل سولت لكم انفسكم امرا فصبر جميل والله المستعان على ما تصفون
"Dan mereka datang membawa baju Yusuf (yang berlumuran darah). Yaakub berkata, "Sebenarnya hanya dirimu sendirilah yang memandang baik urusan yang buruk itu; maka kesabaranlah yang terbaik (bagiku). Dan kepada Allah sahaja aku memohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan"

wallahua'lam..semoga Allah permudahkan kita dalam usaha mencapai 'sobrun jamil'..kerana kita nak syurga^_^

*sabar bukan hanya ketika marah..tapi sabar juga melawan kesukaan kepada benda2 dunia..fuhh*
bak kata Imam Muda Asyraf dalam buku dia, 'Jikalau tidak mampu melawan maksiat (hawa nafsu), maka bayangkanlah syurga. Lalu, katakan pada diri kita. "Apakah aku rela kehilangan syurga?" '
Ouch!mestilaa tak sanggup kann..so,,,bak kata beliau, sabar dan tahan perasaan tu..kejap jer~sejam, seminggu, sebulan, setahun, bertahun2, xpeee..sebab dunia tu sekejap jer, berbanding nikmat syurga yang kekal abadi~
So as conclusion,jomm jadikan syurga sebagai motivasi!(best nyer syurgaaaaa>_<). syurga sebagai motivasi untuk terus bersabar, motivasi untuk terus istiqamah, motivasi untuk terus bermujahadah, motivasi untuk terus berdakwah, dan motivasi untuk capai level 'sobrun jamil'~insyaallah..



*may Allah ease*
*may Allah bless*
#letjannahbeourmotivation>.<