Sunday 26 March 2017

Mengharapkan syurga melalui sabar

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang

Baru2 nie, ada join Mabit (Malam Bina Iman dan Taqwa)..so, biasa nyaa akan ada pengisian time mabit tu..and as expected, ada :) (smile >.<)
Tajuk nya adalah, SABAR~fuhh. pasti ada sebab Allah takdirkan saya dpt pengisian niee..huu
and a few new things yg saya dpt, the true meaning of sabr. Sabar tu adalah menahan perkara-perkara negatif dalam diri, demi untuk mendapat keredhaan Allah.

وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ

"dan kerana Tuhanmu, bersabarlah"


[74:7] one of my fevret ayahh(ayat)..bersabar kerana Allah.bersabar untuk mendapat keredhaan Allah. semata2!!
Maybe most of us dah tau, sabar ni terbahagi kepada 3.
  • Sabar dalam ketaatan
  • Sabar meninggalkan maksiat
  • Sabar menghadapi ujian
Dalam tigatiga bahgian tuu, saya sgt tertarik dgn explanation beliau dalam bab sabar meninggalkan maksiat. YEs! i think i'm struggling jgk dgn benda nihh. maksiat tuu, bukan sahaja antara laki pmpn je, tapi personally, bg saya maksiat tuu adalah apa2 perbuatan dosa yg Allah xredha kita buat. Contohnya, membazirkn masa dgn  ber'online' saja2, x ihsan dlm menyiapkan kerja yg lecturer bg, buruk akhlak dijalan raya as simple as tak bg signal nak masuk simpang, bermasam muka dgn org yg kita xsuka/buat jahat dgn kitaa atau tarik muka bila parents mintak tolong..seeee!nmpk simple jee..tapi inilaa antara bnda2 kecil yg kita pndg remeh walau hakikatnyaa, sgt2 perlu dimuhasabah balik.huu
Hari tu ada baca satu buku nie,,penulis tu kata, MUJAHADAH tuu adalah bersungguh-sungguh MENINGGALKAN PERKARA YANG BUKAN IBADAH! fuhhh fuhhh..hebatnyaa amal dia. yelaa,klu kita (saya), just tinggalkn perkara2 maksiat, mujahadah laa tuu..tapi dia, bukan stakat xberbuat maksiat/ dosa, tapii jugak mujahadah utk memastikan 24/7 masa yang dia ada, hanya ibadah. which is back to tujuan hidup, abid n khalifah..



hemm, apa tanda2 perbuatan kita tu dosa??dalam HR Ahmad, Rasulullah ada bsabda bahawa dosa itu adalah sesuatu yang meresahkn hati..


عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ النَّاسُ عَلَيْهِ 
Dari Nawwas bin Sam’an Al Anshari, bahwa ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan dan dosa. Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa itu adalah apa yang menggelisahkan hatimu dan kamu benci jika manusia mengetahuinya.” (HR Ahmad No: 16975)
Antara pengajaran yg saya dpt dr hadis nie, bila kita berbuat sesuatu, dan kita jdi terfikirfikir, jadi tak tenang, prasaan rasa bersalah tu dtg, maybe itula dosaa. So, perbykkan laa istighfar, mhasabah balik perbuatan kita tu dan tanamkan dlm hati untuk segera tinggalkn dan tidak ulangi perbuatan tu lagii. Ittaqullah! Takutlah kpda Allah..Moga2 Allah sentiasa kurniakn kita hati yg bersih untuk terus menerima petunjuk dan hidayahNya (Amiin~), sebabb hati yg dah 'kotor', pasti sukar utk terima hidayah Allah dan lebih teruk lagi,, kita mungkin xrasa bersalah dah walopon berbuat kemungkaran. Nauzubillahi min zaalik.

Owh dan lagi satu, pntingnyaa sabar meninggalkn maksiat sebabb "Meninggalkn maksiat wajib adalah lebih utama dr berbuat ibadah sunat". Mungkin agak keliru ayt nie..tapi nk ckpnyaa, perbuatan mengumpat, memfitnah, dan menghina org lain sgt dimurkai Allah walopon si fulan tu banyak bertahajjud dan berpuasa sunat.. keburukan yg si fulan tu buat membawa kpda consequences yg lbh buruk/byk berbanding amaln2 sunat yg dia lakukan.huhuu

Mogamoga, Allah sentiasaa dorong hatihati kita untuk melawan hawa nafsu yg buruk.insyaallaah~ Jomm jadikan ayat cinta ni sbg motivationn..ngeee~
"Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya"[Al-Naziat 79: 40-41]
Akhir kata, rasakanlah bahawa bukanlaa kita je yg sdg struggle nk bersabar..Hakikatnya, Nabi Yusuf juga bersabar apabila dihukum masuk penjara krna yakin itulah ketetapan Allah yg terbaik buatnya. Nabi Musa pon bersabar melawan kerisauan dlm diri apabila Allah memerintahkn untuk dia berdakwah kepada Firaun yg zalim, malah cth terbaik kita pon, Nabi Muhammad SAW tetap bersabar untuk berdakwah dan menanam kecintaan kpda Allah kpda umatnya, walaupun jelas dakwahnya ditolak mentah2 dan dihina (cth:Bani Thaqif, di Taif). Sedangkn nabi juga diuji, apatah lagi kita, kan!

Makanya wahai perindu syurga,
bersabarlah menghadapi ujian dan mehnah2 kehidupan dunia,
bersabarlah meninggalkan dosa yang kotor dan keji tu,
bersabarlah melaksanakan perintahNya sbg hamba,
redhalah dengan setiap ketetapan Allah buat kita,
bersyukurlah sentiasa kerna hakikatnya kita xpunya apa2,
dan yakinlah slalu dengan janjijanjiNya~ ;)



#mogaslalusabar
#letjannahbemymotivation
#sabarlahwahaiatiqah!

Tuesday 14 March 2017

Pilihlah dengan mata hati

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang :)

Permulaan kalimah dengan namaNya yg Maha Sempurna..untuk dihayati dan dirasai dengan hati.
And again, aku sepatutnya bukak laptop ni untuk siapkan article/journal,but end up menulis kat sini.
Owh ya!lama sgt2 x update kan. Actually, now I'm working as research officer at usm (researcher laa kononnyaa..padahal mengarut je byk.sobss) dan skg, sepatutnya siapkan satu article utk di publish, dan satu lgi siapkan bhgian abstract utk di submit..hemm.maka bermula lah kembali episod mencari2 ilham utk menulis sehingga akhirnya, tak tertulis pon.hahha

kata orang, hobi tu adalah apa2 aktiviti yang kita buat pada masa lapang,kann..so kalau org tnya apa hobi aku, mesti aku akn jawab,,tulis/ baca blog.tapii bila pikir balik,aku bukan menulis waktu lapang.tapi aku menulis wktu perasaan tu dtg.perasaan nak share something.perasaan nak meluahkan sesuatu..jadinyaa lps nie, klu aku kata hobi aku update/baca blog,tu tipu je sbnrnya.sila jgn percaya!hohoo..

pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke 7 aku keje kt sini..sbg ro.kejap jee kan.dan klu ikut kontrak, insyaallah akn tamat bulan jun ni(which is 3months je lagii). Ehe, ingat lagii waktu mula2 kerja dlu, prof sruh aku sambung.katanya,kerja je dlu sambil2 start research, reading, and apa2 yg berkaitan laa in order utk aku pursue phD plak..dia suggest supaya aku start dlu then bila dah byk buat review, reference & dh tau nk buat pasal apa, bru dftr official.mula2 dlu mcm excited nk ikut suggestion dia,discuss ngn parents pon,dorg oke je mana2..namun hakikatnya kini, walopun dah masuk 7bln, aku masih tiada apa2 bnda utk dijadikn focus of research.sbb skadar buat kerja yg prof suruh dan bacaan pon cmtu2 jerr~so,buat masa nie xsmbg laa kot.(buat masa ni laaa..haa xtauu -_-)

hemm susah kann nk memilih.tu baru satu bnda,memilih utk sambung bljr ke tak..byk lgi pilihan2 lain yg terbuku, tersimpan (mahupun yg xtersimpan) kat hatii..plg slalu, susah sgt nk pilih bila sampai bab ''nak makan kt mana'' lol~
hee tapi nak ckp nya, mempunyai pilihan tu mmg nature as human.bcoz we are not 'malaikat'..malaikat, makhluk yg sgt patuh kpda Allah, tapi malaikat tak diciptakan utk memilih..bezanya dgn manusia,kita adalah khalifah.Allah ciptakan makhluk bernama manusia nie sbg hamba yg boleh membuat pilihan dan berbahagialah hamba yang memilih utk tunduk dan patuh kpdaNya. Berbahagialah wahai hamba yg meletakkn Allah dihatinya.

menjadi hamba Allah bukan sekadar untuk berbuat segala perintah dan meninggalkan larangan jee,..bukan sekadar itu..tapi pda aku, menjadi hamba tuu jgk bermakna menjadi muslimin (org2 yg berserah diri). Berserah diri untuk apa juaa yang Allah tetapkan. Berserah diri untuk berbuat smua suruhan semampunya. Berserah diri supaya Allah pilihkan yg terbaik utk setiap pilihan kita..Ada masa, kita dapat apa kita nak. Ada masa, kita mmg tak dapat seperti yang kita nak. Dan ada masa jugak, kita masih dlm penantian menunggu sama ada dpt atau tidak, apa yang kita nak..haha.manusia kann..memanggg byk sgt2 kehendak n keinginan,tapi sejauh mana kita berserah diri dan redha pada Yang Maha Mengetahui utk menentukan.

Tipulah kalau kita(aku) langsung xsuka dengan benda2 dunia(keluarga, anak2, harta, kerjaya)..tapi apa yg pntg adalah, apa neraca kita dlm setiap pilihan/apa yg kita nak?.bagaimana pilihan2 kita mampu membuahkn kebaikan?..kalau sahabat2 nabi, pilihan mereka byk fokuskan kpda dakwah. dan Nabi Muhammad sndri, sememangnya setiap yg baginda berbuat adalah utk tujuan dakwah. Teringat pengisian daurah "Wahai Pemuda" hari tuu..sebanyak mana kita memikirkan tentang ummah berbanding diri sendiri?? dan aku rasa, soalan tu memang tepat kena batang hidung aku.ter reflect jgk, apakah pilihan2 dan kehendak aku tu hanya sekadar memenuhi hak peribadi?adakah smua yg aku nak tu semata2 utk kepuasan sendiri?andai hanya itu,,maka apaa sumbangan aku untuk dipertontonkan dikemudian harii?huhuu..

Emm rasa macam byk membebel plakk..tapi sriyes!memang nk menulis utk diri sndri.nak mengingatkn diri sendiri sebab kadang2 tu,takut jee pilihan yg dibuat hanya utk memuskan nafsu/keinginan sendiri smpai lupa hakikat tujuan hidup.sobss..so, semoga penulisan nie dpt menjadi reminder kpda yg menulis dan yg membaca(klu ade laa.lol) bahawa setiap usaha kita akn dinilai & dikira, maka terpulang lah untuk menghalakan segala kelebihan ke arah yang mana dan pentingnya memilih menggunakan mata hati kita, dan bukan nafsu semata..

Jika ada yang membaca, doakn smoga penulis dipermudahkn untuk membuat pilihan(dlm smua perkara), diberi ilham2 yg cemerlang utk menyiapkn journal/article nie, dan smoga kita smua dpt menjadi hamba yang redha dengan Allah,dan sentiasa diredhai.amiin

may Allah ease~
may Allah bless~