Thursday 29 September 2016

Belajar dari persekitaran

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful ;)

Ehee, speaking plak kita.. =P

Pertamanya, syukur Alhamdulillah atas segalaaaa nikmat yg Allah pinjamkan,.dan nikmat yg plg best, nikmat iman dan islam. =D heee bukanlaa nk cakap ayt cliché ponn, tpi memang btul kan,.dengan nikmat iman dan islam nie, membolehkan kita bersangka baik dengan setiap ketetapan Allah, menambahkan keyakinan serta kebergantungan pada Allah, dan emm macam2 laa~
Heee.well, skg nie tetibe rasa nak menulis.rse nak share something.rasa nak meluahkan sesuatu. 

Alhamdulillah, semalam baru lps present paper utk symposium maths..huuu. first time join, n first time jugak rasa malass n xprepare sgt utk presentation tuu. Mgkin sebab before dtg sini, tak tajdid niat kot (?) ehh.terjujo plak.tapi bole jadi tu antara sebab nyaa.sobss.oke. so, program nie dibuat di Terengganu.hmm. time mula2 tau je buat kt tganu, trus excited. Haha.oke,dah hbs mengarut..
Sebenarnya, yang betul2 nk citer kt sini, bukan citer2 mengarut tuu. Ehe. Okay, so sbgai mukaddimah, just nk smua org ada clear picture, cmne keadaan sye before dtg sini. Sye dtg sini, semata2 nk join symposium nie, sorg2, xde kawan, xkenal sesapa (kecuali tahu ada sorg budak laki ni join jgk.tpi mmg takk laa nk cntc dia) n first time dtg tganu naik bas sorg2. Mse nk bli tiket pon, ape yg saya tau, kne amik tiket smpai kuala Terengganu. bila dh smpai, nk buat apa n cmne nak gi hotel pon xtau.heehe. teruk btol!!

Emm tapiii tapiiii nak cakap nyer, sepanjang perjalanan dr kL smpai laaa ke saat nie, banyak sgt Allah hadirkan org2 yang baik2 nak dtg tolong. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Huuu,besarnyaa kasih sayang Allah tuu..sungguh, Dia Maha Pemelihara. Mula dr stesen bas kt kL, ada kakk tu peramah plak, dia tegur dlu.hee rupanya naik bas yg sama, itu pon sbb dia bgtau.kalau tak, mgkin sye xpegi pon kt bas tuu. Bila dah smpai, mmg blur2.haha.yelaa,first time kot.tiba2, kakk tu cri kn teksi utk sye jugak. Syukur..bila smpai, urusan pendftaran tu mula2 ada masalah gak.tapi syukur, Allah permudahkan. Fuhh.oke, bru citer sparuh hri pertama pon dh pnjg citer. Hahahh. Emm nk ikutkn, mmg xhbs laa klu sye nk citer satu2 kt sini. Dan antara byk2 org yg Allah hadirkn, plg saya rasa terkesan, jumpa dgn sorg student UMT nie.mmg budok ganu gok. Haaaaa baikk sgt. Padahal jmpa time makan jeee (lunch), tapi bole rapat smpai dia bawak kluar makan (dinner).hehe,.sempat laaa pegi UTC tganu~ before dia balik tuu, dia pesan “nnti tgk surah Al-Hujurat, ayat 10 yeee..jaga dirii ;) “.. so, smpai je bilik, trus bukakk.

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” [QS al-Hujurat 49:10]

Emm xsure laa pulak apa asbabun nuzul ayat tuu, tapii mmg time baca tu rasa macam, bestnyaaaaa =D. Hri tu murabbi ckp laa, roh2 org beriman nie saling mengenal. Bertemu dan berpisah pon kerana Allah. Yup!agak terasa laaa,.sebab kita mula2 berkenalan pon, disebabkan kalimah tauhid tu jgk. Perasaan skg is bahagia,.bukan semata2 sebab berjumpa dgn org2 yg baik,tapi jugak kerana Maha Penyayang nyaa Allah ;) Dia yg permudahkan smua nyaa, melalui org2 nie.

Owhh yeee,.ada lgi satu bnda nk citer. Untuk pengetahuan, sye present hari kedua.which means, sempat tgk bykk jgk presentation yg first day tuu.haha. perasaan before present, mmg sgt2 berdebar. Berdebar sebab bila blatih, slalu tak hbs. So slide tgh2 smpai hbs tu, xtau nk ckp apa. And one more thing, berdebar sgt sebab terbayang org2 yg akn jdi audience utk presentation tu. Pangkat2 Prof, lecturer2, student phD n master universiti2 lain..tarbayang sesi Q&A yg takut xtau nk jawab…huhu, dan bila reflect punya reflect, rupanya Allah nk bg something. mgkin kena muhasabah balik. Sesungguhnyaa, pertemuan dgn Allah tu adalah suatu kepastian. Tapiii mcm mana keadaan kita nanti? Hakikatnya, xpernah rasa bersedia pon nk berhadapan ngn soal jawab tuu. Mcm mana kalau amal2 kita rupanya xckup?mcm mana klu kita xdpt nk jwb soalan2 yg ditanya?kalau kt dunia, mgkin laa bole ‘goreng’ macam2..tapi nnti, anggota je yg akn jdi saksi. Semua kebenaran tu terbongkar. Ada jelaa hikmah bila manusia ni x tau bila tempoh masa dia kt dunia nie akan tamat. Sebab sye yg nak berhadapan dgn presentation ni pon dh tak lalu nk mkn (padahal mknn hotel sedap2 kot), sakit perut sebab berdebar sgt (kot.), n nak relax2, buat2 tenang pon xbrape menjadi.apatah lagi klu tau masa kematian tu bila.perhhh..rasa nya nak tidur utk rehat sekejap pon xsanggup kot.huhuu..



Dalam setiap urusan harian kita, sebenarnya banyak benda yg Allah nak ajar. Macam2. Bole jadi Allah nak ajar sabar. Bole jadi Allah nk ajar erti bersyukur. Bole jadi Allah nak ajar perlunya kebergantungan pada Dia.dan bole jadi jugak Allah nak ajar bahawa kehidupan dunia ni mmg sementara. Pandangan, pendengaran, dan perasaan ni bukan sekadar untuk dinikmati, tapi untuk kita belajar mentadabburi jugak. Bila tgk dedaunan pokok ditiup angin, ingat Allah. Bila terbau makanan yang sedap2, ingat Allah. Bila dibantu oleh org yg baik2 pon, merasa Maha Besar nya Allah..hakikat ibadah tu bukan hanya ketika solat, tapi ianya adalah keseluruhan kehidupan.


Semoga kita menjadi hamba yang berusaha mendapatkan redha dan cinta Allah semata~amiin amiin insyaallah…

**Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu**

may Allah bless~

Thursday 22 September 2016

apa persediaan kita?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Dalam kehidupan nie, terrlalu banyak persediaan yang perlu kita buat. sangat banyak.
dan reflect pada hidup aku sekarang, banyak sangat benda yang bermain difikiran,. dalam masa terdekat nie, persediaan untuk ke simposium maths,. yelaa,nak kena prepare slide, cari hotel, duit tambang lagi, macam2..dan benda2 lain pon, banyak jelaa yang bermain difikiran..
tapiii setakat mana persediaan aku nak berhadapan dengan perkara yang pasti, sakaratul maut, berbanding perkara2 dunia yang xpasti ponn.banyak mana bekalan yang dah aku sediakan untuk negeri yang abadi tuu?

tadi tgk kat fb, ada satu pasangan nie, baru je 3 minggu berumah tangga n suddenly, si suami tu meninggal kena gilis ngn lori..inna lillahi wa inna ilaihi rajiun~
time aku tengok video kawen dorg tuu, xtau kenapa  air mata nie mengalir pulakk.bukan sebab aku kenal arwah. tapi mungkin sebab aku dah tau episod seterusnya..dalam tu, arwah, isteri dia, dan saudara2 terdekat nampak happy je, bahagia,.
dan yang penting, aku terbayang bagaimana kalau yang sedang tertawa gembira tu, aku.
well, dunia. bila tgk kawan2 dapat kerja yang best, slalu terpikir bilaa laa turn aku merasa.
bila dapat invitation kawan2 kawen, pernah je terfikir bilaa laa turn aku pulak.
tapii bila Allah datangkan peringatan kematian tu, sebanyak mana kita terfikir bilaa tiba turn kita?
kita terlebih bersedia untuk kehidupan yang xpasti berbanding kehidupan yang pasti.
kita terlebih bercita2 untuk kebahagiaan yang xkekal berbanding kebahagiaan hakiki.
kita terlalu mencintai makhluk yang diciptakan berbanding Pencipta tu sendiri.

sedangkan Allah dan berfirman pon,
"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.."

mengingati kematian bukanlah bermaksud perlu solat tanpa henti, duduk atas tikar sejadah tanpa mempedulikan sekeliling, dan sentiasa bersedih meratapi hari kematian tuu..bukan.bukan macam tuu.
personally pada aku, mengingati kematian tu penting untuk kita tak rasa terikat dengan dunia, membuatkan kita lebih mengingati Dia, membuatkan kita sentiasa berusaha menjaga amal2 kita, membuatkn kita lebih bersyukur dan tak cemburukan nikmat2 dunia org lain, membuatkan kita lebih menghargai setiap detik dan saat yg Allah pinjamkan, membuatkan kita lebih menghargai org2 sekeliling, membuatkan kita lebih mudah memaafkan org lain, dan membuatkan kita lebih berusaha nak berdakwah tu. biiznillah.

setinggi mana keyakinan kita dengan adanya hari akhirat?
sebanyak mana kerinduan kita untuk bertemu dengan Allah?
sejauh mana mujahadah kita melonggarkan ikatan2 dunia?
sebanyak mana persediaan kita menghadapi sakaratul maut?
setakat mana keinginan kita untuk mendapatkan nikmat syurga?
setakat mana usaha kita menghindarkan diri dari jurang2 neraka?


semoga peringatan kematian ini menghidupkan hati yang mati...

may Allah bless~


Thursday 15 September 2016

salam aidiladha =D

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ;)

AllahuAkhbar AllahuAkhbar AllahuAkhbar
Lailahaillallahu waAllahuAkhbar
AllahuAkhbar walillahilhamd

Hari nie 13 Zulhijjah 1437H.
10 Zulhijjah yg lalu, kita meraikan Hari Raya AidilAdha. n klu difikir2kan, ape yg significant nye Raya AidilAdha atau Raya Haji nie berbanding Raya AidilFitri??Apa significant nye kita dibolehkan bertakbir selama 4 hari utk Raya AidilAdha n hanya sehari utk Raya AidilFitri??Apa significant nye digalakkan menyembelih korban semasa Raya AidilAdha dan xperlukan smua tu semasa Raya AidilFitri?? Ehee..actually betul jelaa yg smua tu memang dr Allah kan..tapi, setiap suruhan Allah tu always come with reasons..banyak je yg Allah nak ajar melalui smua tu. banyak je hikmah yg terselit disebalik perkara2 tuu..
and it depends on us, nak berusaha melaksanakannya ataupun tidak. it depends on us nak berusaha memahaminya ataupun tidak. it depends on us nak berusaha menyampaikannya ataupun tidak.

Dari sumber al-quran tu sndri, banyak je diceritakan kisah Nabi Ibrahim, salah seorang Rasul Ulul Azmi(antara rasul yg plg byk diuji) samada melalui Surah Ibrahim itu sndiri atau surah2 lain dlm alquran. Antaranya kisah Nabi Ibrahim dan ayahnya (termasuk kaumnya), kisah Nabi Ibrahim dan rajanya, kisah Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar, sampaila kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Jika ditadabburi, banyak hikmah dan pengajaran yg Allah nak ajar melalui kisah2 ni,kan..
Dan agak2, apa common theme utk smua cerita2 tu??
Kasih sayang?
Cinta?
or Pengorbanan?
emm xsure laa ape yg smua org fikirkan tapi personally, I would like to say that it is all about sacrifice.yes!pengorbanan..
Berkorban perasaan utk bertegas dgn seorang ayah yg merupakan darah daging sendiri, kerana Allah.
Berkorban melawan ketakutan dlm diri utk melawan raja yg zalim, kerana Allah.
Berkorban meninggalkan Siti Hajar dan anaknya yg disayangi di padang pasir, kerana Allah.
Berkorban menyembelih anaknya Nabi Ismail yg disayangi, kerana Allah.

**will be continued...

Friday 12 August 2016

Tinggi mana sabarmu?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ;)

Salam. smoga kita smua berada dlm rahmat, kasih sayang dan peliharaan Allah slaluu.amiin amiin..
Well,,xtahu laa kenapa topik berkaitan kesabaran nie rasa macam sangat kerap saya utarakan.ehe.mungkin kerana diri yang berkata nie, masih belum mencapai threshold sabar yg tinggi lagi.mungkin?huhu..
Okay, rasa macam nak citer something. Ada suatu pagi nie dalm pkul 7,yg mana smua org sibuk nk gi keje, nak gi skolah, dll..suddenly, mak mntak tlg gi kedai, bli telur.nk buat cengkodok katanya.heee dan dgn rela hatinyaa saya pegi (yg nie bukan perli,tapi betul2 tau.hee) kedai dekat je,.dekat sgt.okay.smpai rumah, mak kata. "kak lang, minyak ada beli?mak pesan kan tadi?" dan saya pon berhuhu sambil menjawab, "owh,.xdengar pon mak cakap.so nak kena pegi lagi laa nie?"..heheh.mak mcm xjwb direct, tapi faham2 ye..dan kedua kalinya, pegi kedai yang sama lagi, mungkin dgn paksa rela.mungkin. hantar minyak pi dapur, mak cakap pulakk, "kak lang ada nak buang sampah kan jap lagi (sebab b4 gi kedai abah ada suruh buang sampah.ehe)?" mak menanti jwpn.saya mengiakan ajaa.then mak kata, "tlg ambil mak punya brg skali, dlm kereta"..laju saya menjawab, "haa kalau gi kereta je xpe,. nasib baik mak xsuruh pegi kedai lagi"..perhh.rse mcm terlepas ckp pon ada.sriyes.sbb tu yg bermain di fikiran time mak tnya tadi... **and the rest is history**

Emm actually mak xcakap..tapi takut sgt2 mak terasa,..kita nie slalu sgt merungut kan (mungkin saya yg macam tuu.huuhu) bukan merungut langsung xnak buat, tapi nmpk macam 'xbrape nak ikhlas berbuat'..kadang2 rasa mcm dh buat baik sgt bila tlg parents buat something.tapii kebanyakan kita tiada kesabaran kalau benda tu diminta berulang2..kadang tuu, ad je org yg pggil parents dia byk kali, baru masuk kali ketiga, dan marah2 ckp mak ayah nie xdgr laa, apa laa..
sobss..tapi kita lupa kannn,.time kita kecik2, mak abah xpernah pon bosan layan kita..soalan 'bodoh' yang ditanya berulang kali pon, tetap dilayan kan..baju yang xsampai 3saat disalin, tiba2 kita kotorkan lagi..lampin yang baru ditukar, tiba2 kita cirit/kencing lagii..

Mungkin nampak simple..tapi itulaa kesabaran..how high threshold kesabaran kita?paras 'cemerlang', 'baik' atau sekadar 'lulus' jerr?nampak simple, tapi itulahh sabar. sabar untuk terus berbuat dan berbakti, kerana Allah..baru2 nie ustazah kata (Ustazah Safiah):
 "Ilmu bukanlahh diukur melalui byk nyaa majlis ilmu, usrah, ceramah yg kita hadiri. tapi apabila kita mampu bersabar bila diuji, dan bersyukur bila diberi nikmat, and paling penting, tidak mempersoalkan 'kenapa', 'kalau begini', 'jika begitu', dll..Orang beriman (terutama para sahabat), mereka lebih takutkan mendapat nikmat berbanding mndapat ujian. Why??sebab mereka sangat meyakini ganjaran Allah disebalik kesabaran.." Time tu jgk, ustazah ada gambarkan bahawa, org2 yg bersabar dgn ujian nie, sekecil2 perkara spt tersepak batu pon,dia akan serahkn pda Allah dan xkan 'menyalahkan batu' tu kerana meyakini takdir.has been written,dia akn tersepak batuu..see?sentiasa kembali kpda Allah, meyakini takdir, dan bersabar..

So, kita kena slalu reflect balik..tinggi mana tahap kesabaran kita untuk terus redha dan pasrah?pasrah bukan bererti menyerah kalah. tapi personally, ia lebih kepada meyakini ketentuan Allah dan tidak mempersoalkan hikmah disebalik apa2 yang berlaku..yelaa.sbb kita ni manusia yang takkan mampu membaca cerita hari esok..Allah tau apa yang terbik untuk kita,kan..
Jadi sebagai peringatan utk diri sendiri, dan akhawat yang disayangi, banyakkan bersabar dan jangan mempersoalkan ketentuan Allah.redha. Pasti ada ganjaran yang Allah sediakan utk kita,kann..

Jika benar kita org yg join usrah, org yang berilmu, kita msti tonjolkn melalui perbuatan. akhlak. akhlak dijalan raya, akhlak ketika berjual beli, akhlak bertemu saudara, dan jgk akhlak ketika diuji dan diberi nikmat..
*semoga penulisan ini bermanfaat utk diri sndiri dan orang lain juga.insyaallah*

**ke arah menggapai redha Ilahi
may Allah ease~
may Allah bless~

Sunday 24 July 2016

Damba KasihMu

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :)

Allah~betapa lelahnya aku berhadapan dengan dunia..
Sungguh, dunia ini hanya permainan dan senda gurau.

Betapa Kau Maha Mengetahui bahawa syurga itu lebih baik dr dunia dan seisinya.
Kadang, diri nie tewas dengan angan2 yg sementara.
Kadang, diri nie kalah melawan mujahadah yang dilaung2 kan sebelumnya.
Kadang, diri nie futur dan leka melawan kesukaan pada bnda2 dunia.

Ampunkanlah ya Allah~

akan tiba suatu saat diri ini terasa kosong.
Hakikatnya, kekosongan itu adalah kerana jauhnya aku dariMu.

tibanya suatu masa diri ini terasa futur.
Hakikatnya, futur itu adalah bukti semakin berkurangnya amal2 ku.

Bangunlah wahai hati,
Kembalilah kepada Pencipta dan Pencinta mu..
Dia yang sentiasa membuka pintu rahmat Nya untuk hamba2Nya.
Ya Rahman,.segala puji hanya bagiMu
Kau yang mencampakkn perasaan ini dlm hati kami,
agar kami sentiasa kembali kpdaMu.

Jauhkan kami dari mencintai duniaMu,
Jauhkan kami dari azab siksa api nerakaMu.
Dekatkan kami dengan syurga dan keinginan bertemu denganMu,
Tempatkan kami dalam syurga firdausMu.

Ya Allah, seandainya Engkau mentakdirkan mati untuk kami, maka matikanlah kami dalam keadaan yg baik, matikanlah kami dalam keadaan beriman, matikanlah kami dalam perjuangan menegakkan agamaMu, matikanlah kami dalam keadaan diredhaiMu, matikan kami dalam keadaan sempat mengucap kalimah lailaha illallah Muhammadurrasulullah..amiin amiin ya Rabb~



Lirik: Damba Kasih (Inteam)
Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu
C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..



Saturday 23 July 2016

istikharah dan doa

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ^_^


Assalamualaikum warahmatullah..
Masyaallah, lamanya xmenulis..hahah, tak kisahlaa ada orang yang akn singgah baca or tak, itu xsepatutnya dijadikan alasan utk berhenti menulis,..hmm actually, bukanlah niat utk terus stop menulis,.tapi masa yang terlalu pantas berlalu, dan terlalu byk komitmen yg harus dilaksanakan, sampai xsempat menyinggah disini.hee..(salah kan masa plak dah,.eheh xpatut betul!)
Alhamdulillah, syukur..syukur untuk setiap nafas yang Allah pinjamkan nie.nikmat yg Allah bagi nie, supaya kita semakin dekat dgn Dia, supaya kita berpeluang bertaubat dan menginsafi kesalahan lalu.

Terkadang, usaha untuk terus istiqamah tu lebih memerlukan mujahadah berbanding usaha untuk memulakan..yelaa,.mungkin mudah utk mula memakai handsock, tapi sedikit sukar utk istiqamah..mungkin mudah untuk memenuhi mutabaah amal harian, tapi perlukan mujahadah utk melaksanakannya dgn penuh ketundukan dan ikhlas memaknai setiap amal...huhuu,.

okay,,habis merepek..back to topic~emm setiap orang pasti pernah merasai suatu keadaan, dimana dia terpaksa memilih,kann..Memilih antara keinginan dan keinginan..yes!!dua2 kita nak..dua2 ada pro cons nya..saya yakin smua org pernah berada dlm that situation..hmm itulah keperluan istikharah dan doa..ramai org, dia beristikharah utk jodoh jerr~fuhh..xsalah pon beristikharah memilih jodoh..tapiii kemon laaa, istikharah tu bukan utk jodoh je tauuu!haha.tetibe emo plak..sebenarnya, istikharah meminta petunjuk Allah nie, adalah setiap waktu.diulang, SETIAP WAKTU.or dalam erti kata lain, berdoa memohon petunjuk..yelaa,sbb kte nie hamba, hamba yang banyak kelemahan yang langsung tak tahu apa yang terbaik utk diri sendiri dan org sekeliling.. 



Bercakap berdasarkan pengalaman..yes!saya pernah merasa..nk katanya,smpai menangis sbb xtau nk buat keputusan..hee..punya laa nak sgt dua2 keinginan tuuu..tpii alhamdulillah,.berdoa, mengadu, dan meminta petunjuk Allah, meleraikan masalah..yakinlaa, Allah akn dorongkan kte kita utk buat keputusan yg betul..Actually, Allah tu tau je kann apa keputusan yg akn kte buat, apa yg akn berlaku sterusnya, dll..nak ckp nyer kt sini, Allah tu nak uji je perasaan kte waktu tu..Allah nk uji mcm mana kebergantungan kte pda Dia..Allah nk tgk, mcm mana kte berhadapan dgn masalah tu,,sabar tak?redha tak?ikhlas tak?huhuuhu...mmg perlu muhasabah blek, kan..

Lagi 1, minta petunjuk Allah nie bukan sekadar time buntu nak buat pilihan jee..bahkan, bila kita dah ada pilihan pon, teruskan berdoa dan memohon agar ditetapkan hati dgn pilihan kte tu, kerana Allah..Alhamdulillah, skg kita merasai nikmat halawatul iman..nikmat islam..so teruskan berdoa agar Allah sentiasaaa tetapkan hati kita dlm nikmat nie.Smoga Allah tetapkan hati kita dalam kefahaman agama nie..

Konklusi, kte sbg hamba, kne sntiasa igt bahawa kita ada Allah yg Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui smuaa perkara..so, apa2 pon, kita mesti back to Allah, minta petunjuk dan pertolongan Dia.. Allah tu Maha Berkuasa kann,.kadang2, kte rasa mustahil utk kte dapat sesuatu, tapi kte lupa, kte ada Allah..mohonlahh pdaNya..tiada yang mustahil bagi Allah.percaya dan tawakkal..palinggg penting.kena beriman bahawa AllahuAhad..Allah Maha Esa pada dzat, sifat, dan kerjaNya. wallahu a'lam =)

*stay positive dan sentiasa bersangka baik dgn aturan Allah,okayhh
*Jagalah Allah, Allah akan menjagamu. Smile >_<

may Allah ease~
may Allah bless~


Friday 8 April 2016

fasobrun jamil

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ^_^

Alhamdulillah..Alhamdulillah..segala puji-pujian hanya bagi Allah.
Menjadi hamba yang bersyukur, bukan hanya ketika diberikan kejayaan; dapat anugerah dekan, dapat no 1 lumba lari, dapat pekerjaan yang baik, dan segala macam benda yang biasanya kita rasa macamm..."yes!I did it!"..hmm
Hakikat 'segala puji hanya bagi Allah' tuu adalah lebih besar dari semua senarai tu..Ramai org, selalu lupa untuk mengucapkan syukur bagi semua nikmat yang Allah bagi, dan yang mengucapkan 'alhamdulillah' tu pun, berapa rami je yang benar-benar menghayati maknanya dan benar2 memulangkan kembali pujian itu kepada TuhanNya~huuu, semoga Allah tuntun hati kita untuk menjadi hamba yang sentiasa syukur, redha, sabar dan tabah dalam setiap kurniaanNya untuk kita..aamiin~(so, ucaplah syukur utk segalaaaanya. terlalu banyak. tak tersenarai ponn)

Actually, niat asal bukak lappy nie untuk sambung tulis thesis, but then, hati lebih terpanggil untuk menulis di sini..eheh. smoga Allah memberkati masa dan waktu yang ada nie..aamin.
Setiap hari2 yang kita lalui, adaa jer perkara yang menguji kesabaran kita, kan..tak kira laa sama ada perasaan yang rasa nak marah, perasaan yang rasa macam nak give up, perasaan yang rasa besarnyaa dugaan..perasaan yang rasa nak lari dari masalah..hmm tapii Allah lalukan semua perasaan tu untuk melatih kita supaya bersabar..yes!sabr!which means, bertahan..kalau rasa nak marah, bertahan..kalau rasa nak give, bertahan..kerana disitulah ada ganjaran yang Allah sediakan.yakin :)



Ada seorang kakak tu (pangkat murabbi laa~) dia ckp, "sabar itu adalah pada hentakan pertama"..perghh! lps dia cakap tu rasa macam first time dengar,,rasa macam tertanya diri sendiri,"am I assobirun?".huhu..dia tambah lagi, "ada org tu, dia rasa macam dia tu jenis yang penyabar dah,,,tapi rupanya setelah dia membebel2 dan marah2 (walaupun dalam hati),baru nk cuba hayati maksud 'sabar' tuu..haaa klu camtu belum cukup sabar maknanya"..dushh2!rasa macam tgah bercakap ngan aku plak..sobss..
tu baru maksud 'sabar'...'sobrun jamil' pula?masyaallah...lagi laa hebat utk org ada sifat nie kan..

Dalam surah Yusuf, ayat 18 ada penggunaan 'sobrun jamil' nie..kata2 yang diluahkan oleh nabi Yaakub, ketika mendapat berita bahawa anaknya (nabi Yusuf) telah dimakan serigala..dan Dr Asri ada mention, 'sobrun jamil' nie adalah sebaik2 sabar,.Ia adalah peringkat sabar dimana, hanya dia dan Allah je tau perkara yang menimpanya..masyaallah~smoga Allah kurniakan kita nikmat 'sobrun jamil' nie...yelaa,satu dalam sejuta kott orang yang menceritakan sesuatu perkara yang menimpanya hanya kepada Allah..sebab dia sangat2 yakin bahawa Allah musta'an..Allah Sebaik2 Penolong..Allah tempat bergantung..hmm kalau kita???paling kurang pon akan bercerita kat mak, rumate, kawan baik,..yelaa sbb kita manusia kan,.rasa nak bercerita tu lebih..tapii yang paling2 penting, bercerita dan mengadu la kepada Dia..Dia yang Maha Pemurah, Maha Mendengar, Maha Memberi Pertolongan..

[QS 12:18]
وجاءوا على قميصه بدم كذب قال بل سولت لكم انفسكم امرا فصبر جميل والله المستعان على ما تصفون
"Dan mereka datang membawa baju Yusuf (yang berlumuran darah). Yaakub berkata, "Sebenarnya hanya dirimu sendirilah yang memandang baik urusan yang buruk itu; maka kesabaranlah yang terbaik (bagiku). Dan kepada Allah sahaja aku memohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan"

wallahua'lam..semoga Allah permudahkan kita dalam usaha mencapai 'sobrun jamil'..kerana kita nak syurga^_^

*sabar bukan hanya ketika marah..tapi sabar juga melawan kesukaan kepada benda2 dunia..fuhh*
bak kata Imam Muda Asyraf dalam buku dia, 'Jikalau tidak mampu melawan maksiat (hawa nafsu), maka bayangkanlah syurga. Lalu, katakan pada diri kita. "Apakah aku rela kehilangan syurga?" '
Ouch!mestilaa tak sanggup kann..so,,,bak kata beliau, sabar dan tahan perasaan tu..kejap jer~sejam, seminggu, sebulan, setahun, bertahun2, xpeee..sebab dunia tu sekejap jer, berbanding nikmat syurga yang kekal abadi~
So as conclusion,jomm jadikan syurga sebagai motivasi!(best nyer syurgaaaaa>_<). syurga sebagai motivasi untuk terus bersabar, motivasi untuk terus istiqamah, motivasi untuk terus bermujahadah, motivasi untuk terus berdakwah, dan motivasi untuk capai level 'sobrun jamil'~insyaallah..



*may Allah ease*
*may Allah bless*
#letjannahbeourmotivation>.<

Monday 21 March 2016

engkau tak pernah sunyi

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ^_^

Alhamdulillah, smoga kita dapat menjadi hamba yang sentiasaaa bersyukur dengan rezki kurniaan Allah,.Allah masih beri peluang utk kita bernafas, dan masih beri peluang untuk bertaubat..supaya kita sentiasa back to Allah.

Hari nie just nak share something dari buku yang saya baca,.
'Tinta 2 Asyraf'. by Hilal Asyraf and Imam Muda Asyraf..
buku yang saya beli, tanpa sengaja..eheh
So, tadi just sambung baca bahagian yang bertanda.
Tajuk dia, "engkau tidak pernah sunyi"..hmm mula2 baca tajuk, xde perasaan pon. proceed..

Permulaan penulisan kali nie, beliau (Hilal Asyraf) ajak pembaca sama2 tadabbur alam melalui ayat2 cintaNya. dan ketika itu menjadikan saya manusia yang berfikir, bila beliau memberikan contoh..
pokok-pokok dihutan yang tetap tumbuh walau tidak dibaja directly oleh manusia.. 
ikan-ikan dilaut yang tetap membesar walau tidak diberi makan oleh manusia..
semut-semut di tanah yang masih hidup walau tidak dipelihara oleh manusia..
awan-awan dilangit yang tetap teguh dilangit, walau tidak dikawal oleh manusia..
siapakah yang menumbuhkan, yang memelihara, dan menjaga alam ini?
"Dialah Allah, Tuhan yang Maha Esa" [QS Al-Ikhlas, 112:1]

Sungguh, Allah itu Esa pada dzat, sifat, dan pada kerjaNya juga..Bukanlah manusia yang memperjalankan kitaran alam ini.,tapi segalanya berlaku dengan kehendak Allah. Bahkan sistem dan fungsi-fungsi organ manusia juga dikawal oleh Allah~Subhanallah =D Dia lah yang memberi rezki kepada makhlukNya. "Allah tidak meminta rezki darimu, bahkan Dia lah yang memberi rezki"..
[QS Al-A'raf 7:96]  "Jikalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, ..."
Begitu juga kehidupan kita sebagai manusia., selalu menyangka, kawanlah yang akan menjadi pembantu dan penghibur kita. Selalu bergantung pada orang sekeliling untuk menceriakan suasana sampai hadirnya perasaan takut..takut kehilangan.
Yup, sya setuju jer,,itu lumrah sebagai manusia. kita takut utk merasa kehilangan.. anak yang takut kehilangan ibubapa, isteri yang takut kehilangan suami, pekerja yang takut kehilangan kerjaya, orang-orang kaya yang takut kehilangan hartanya, dan macam2 lagii lah.
emm tapi, beliau state dlm nie, hakikat perasaan takut yang hadir tu adalah, jika kita tidak mempunyai hubungan dengan Allah. Lupa bergantung kepada Allah. Lupa semua ini hanya pinjaman dari Allah.

fuhh, sangat betul apa yang beliau coretkan. misalnya bila kita rindu parents or family kita..betulla kena call, tanya khabar, dll..tapii satu benda yang kita selalu lupa, bahawa Allah Sebaikbaik Pemelihara..berdoalah,. smoga Allah jaga family kita..huhu..tu laa antara maksud bergantung kepada Allah. yakin dan berserah hanya pada Dia,.

Ketiadaan hubungan dengan Allah, adalah punca kepada semua masalah kita.

Perrghh. statement beliau makan dalam. tapii bila muhasabah balik, memang betul pon..huhu. kalau ada org yang stress disebabkan sesuatu kerja, kerja xmenjadi dan sebagainya,.means 'dia' lupa Allah yang membantu mempermudah urusan.. kalau ada org yang terlalu bersedih dengan perkara yang menimpanya, means 'dia' lupa, itu semua hanyalah ujian, yang Allah dah tetapkan..
So, solusi kepada semua perkara, adalah sentiasa ber husnu dzon dengan Allah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. bina hubungan dengan Allah. bergantung hanya kepada Allah. bila kita sentiasa positive dengan setiap perkara yang terjadi, kita akan menjadi hamba yang berlapang dada menerima ketentuanNya. biiznillah.
[QS Al-Talak 65:2-3]   "...Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberi rezki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"



Semoga kita dapat sentiasa berlapang dada
Redha menerima ketentuanNya
Kerna Allah sentiasa ada
Kerna kita hambaNya
Kerna kita perlu tunduk dan patuh padaNya
Kerna kita nak Syurgaaa >_< insyaallah
*may Allah bless*

Wednesday 16 March 2016

Mujahadah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ^_^

Mujahadah~
Korbankan harta, masa dan jiwa, kerana Allah.
Mungkin mujahadah kita tak sama...
tapi matlamat kita sama :)
Untuk menggapai redhaNya
Kerna kita nak SYURGA >.<





Biar pun sakit melawan rasa itu,
Biar pun payah meninggalkan kesukaan itu,
Tapi berbahagialah,
Kerna yang kita cari adalah cintaNya
Kerna yang kita perlukan adalah redhaNya.

*do it becoz of Allah =D
#letjannahbeourmotivation
May Allah ease~
May Allah bless~

Thursday 10 March 2016

have faith!

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

"Dalam study, kalau kita rasa susah sangat nak hafal dan ingat, percayalah, Allah sebenarnya nak bagi kita pahala yang lebih untuk usaha kita" -kak Musyirah Hannan. (MHZ)

Status fb kak Musyirah yang mungkin bunyi biasa2 jer bila membacanya..tapi bagi saya yang sedang berada dalam 'that' situation(rasa susah on something), telah membuatkan air mata nie mengalir~bukan nak menyalahkan takdir, tapi terasa baiknya Allah,. Maha Adil nya Allah..Everythings happen with reasonS...banyak sangat2 hikmah yang tersendiri.

yup!kena yakin jer kt Allah. sometimes, pernah je kita rasa macam sorang2..tapii hakikatnya Allah tu kan ada>.<, Allah nak kita bergantung pada Dia..kebergantungan kepada Allah :)

Hari tu time usrah, murabbi cakap,
"dalam keadaan sedar atau tak, kehidupan kita nie dikelilingi dengan banyak 'tali'..'tali' dengan parents, adik-beradik, kawan2, or sesiapa jer.kadang2 sampai kita rasa xbole hidup kalau xde 'tali-tali' tuu...tapii, hakikatnya adalah, 'tali' Allah lah yang paling kukuh dan kuat..kadang2 Allah uji dengan ketiadaan org sekeliling, sebab Allah nk putus kan 'tali-tali' tu, sebab Allah nak kita rasa kebergantungan hanya pada Dia jer..."

so,.be positive okayy..kadang2 kita rasa, ada harta tu yang buat kita happy. kadang2 kita rasa, kawan2 yang membuatkan kita tenang...tapi rupanya, kita silap.
Jom muhasabah balik..sebenarnya, Allah lah yang datang kan perasaan happy tu..sebenarnya, Allah lah yang pinjamkan perasaan tenang tuuu.

Firman Allah [QS Surah Al-Nahl 16:53]
"Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka padaNyalah kamu meminta pertolongan"

Tersentak dan tersentap jumpa ayat nie,..Allah nak bagitau, nikmat dan ujian tu, datangnya daripada Allah..Allah yang Berkuasa,.so kita kena selalu back to Allah~ayat nie juga sebagai peringatan, which is kita nie hamba Allah,..we owns nothing!
so apa jua situation yg kita rasa susah,,hakikatnya Allah nak bagi kita pahala lebih sebab usaha dan sabar. dan lagi, Allah nak kita rasa, hanya Dialah tempat bergantung dan tempat mohon pertolongan..
paling penting, ikhlas! Ikhlas menggapai redha Allah..sebab kita nak syurga =D

#havefaith
Allah kan ada :)
may Allah ease^_^