Friday 28 November 2014

adab bersahabat :)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Assalamualaikum :) kaifa haluki??hee smoga kalian sentiasa dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah..aamiiin~
ngee.,hari nie rse nak tulis bkenaan persahabatan..haa saya pasti,,mesti smuaa org ada sahabat kann!!xkisah laa sahabat/kawan rapat ke,karib ke,kamcing ke,,..tapi saya yakin,smua org ada,kannnn.
heh.oklaa.xmo membebel panjang2..nak share something nie,moga bermanfaat ^.^

ADAB BERSAHABAT (JOMMM AMALKAN!)
  • Bergurau senda..menjadi adat dalam setiap persahabatan,kita pasti byk bergurau dengan kawan2 kita,kan.tapii pastikan kita dan sahabat saling menerima gurauan tersebut,. *xmo gurau ter lebey2 ok!!*
  • Jangan terlalu celupar atau mengkritik.. *make sure kita berusaha menjaga hati dan nama baik sahabat kitaa tauu*
  • Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat seperti tunang, isteri/suami dan ahli keluarganya.. *melainkan,kalau sahabat kita tu nak share masalah or mintak pendapat,.tapi kita jangan sentuh hal2 peribadi dia,selagi sahabat kita tu xcakap topik tu,k*
  • Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat, & hutang(pelajar::pointer,result,biasiswa/pinjaman dll) usah ditanya.. *bimbang membuat kan shbat kita terasa..tapii jika dia yg memulakn,mungkin untuk meminta bantuan kita,,kita bole cuba tolong semampu mungkin..n klu mmg dah confirm shbat dpt naik pangkat/dpt anugerah dekan dll,ucap laa tahniah!haha,jgn laa buat2 xtau plak.haishh*
  • Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi. *biar pecah perut.jgn pecah mulut!hoho*
  • Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Tak perlu mengharapkan sahabat yg perfect,sedangkan kita pon xperfect,kan..*hee klu agak2 sakit hati,terasa or tiba2 dtg perasaan nak marah tuh,cuba positifkan minda.igt blek perkara2 baik pasal dia.dlm masa yg sama,doalah..smoga Allah lembutkan hati kita dan shbt tu utk saling memaafkan.yakinlah,Allah yang memiliki hati.so,mntak pada Al-Halim(Allah Maha Lemah Lembut) supaya hati lebih tenang,k*
  • Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi shbt.kalau dia marah ke,biarkan dia tenang dlu.jangan pula dicurah minyak tanah pada api ye.hehe*cuba kawal hati dan mulut supaya kata2 yang kita luahkan tu,dah ditapis*
  • Cuba menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat.Beri peluang untuk dia bersendiri jugak.Sebab kadang2,kita mmg perlukan masa untuk bersendiri.hehe.jangan terlalu busy body ye.
  • Jangan memburukkan shbt dihadapan org lain..jaga aib sahabat.penting tu!
  • owh ya.bila bersembang2 dgn shbt,pilih topik yg sesuai utk diceritakan.jgn terlalu cerita berkenaan kelebihan kita,sbb ini akn membuatkan shbt meluat..cuba tnya berkenaan crita dia jugak,supaya dia pon rse sronok nak berckp berbnding asyik dgr crita kita.hihi (berbelit2 plak ayat nih..)
  •  
    hari tuhh,ada kawan tanya.'bagaimana jika kita dah berbuat sebaiknya,tapi sbht kita yg xcuba faham diri kita'..hee pada saya,kita memang xpunyai kuasa nk ubah shbt..tapii,yakinlah.Allah tu ada,Dia Maha Mengetahui.mmg hati kne kuat.cuba positifkan diri,Allah nk uji keikhlasan kita dlm bershbt.sbb mungkin lama2 shbt kita pon akan lebih serasi n faham kita.xpe klu kita yg mulakan,asyik kte je nk kne faham dia..xpe..yakin je.Allah yg menilai.penilai yg Maha Adil..
    **nak dpt shbt yg baik,kita kena jadi shbt yg baik dlu,k!!..sama laa jugak,klu nak dpt 'pasangan' yg baik,memahami,dll,kte yg kne didik diri dlu utk jadi camtu.(nak jugak sentuh pasal nie.heheh)* 
     
    satu lagi.sentiasa laa didik hati supaya xmudah rasa cemburu dgn kelebihan shbt tuh..nak share ayat cinta yg saya jumpa nih..
    Firman Allah.surah Al-Nisa' ayat 32 "Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain.(kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan bagi perempuan juga ada bahagian yang mereka usahakan.Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
    "Dan janganlah kamu tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka,sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal" [surah Taha,20:131]
    #jomjadibaikkeranaAllah^_^
    may Allah ease~may Allah bless~

Friday 21 November 2014

Bersabarlah wahai hati :)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^


Assalamualaikum smuaaa..smoga kalian sihat dan dalam perlindungan Allah slalu.today.21 November 2014.28 Muharram 1436.Petang Jumaat.hee trase nak berkongsi crita petang2 yg tenang nihh.
Oh sebelum tu nak tnya,.kalian dah habis ber 'al-kahfi' untuk hari nie??harap2 nye smua dah selesai baca surah al-kahfi..banyak fadhilat baca surah nie :) dan yang penting,amalan nie antara amalan2 sunnah yang dilakukan baginda Nabi Muhammad SAW pada hari jumaat..so.walaupun ada sampai 110 ayat(panjang sket),kita kena cuba habiskan jugakk ye!!hee (cakap kt diri sendiri juga nie.huhu)
Kalau dihayati betul2,ada banyakk cerita dan pengajaran dalam surah nie.cerita berkenaan 'Kisah Ashabul-Kahf', 'Petunjuk Berdakwah', 'Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as', dan 'Kisah Zulqarnain dengan Yakjuj dan Makjuj'..menarik,kann^^jom cubaa amalkan!hee
**jom perbanyak kan juga selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW :)



Actually nak crita pasal satu topik nie.tajuknya,SABAR..haa cliche ann bunyi nyer.smua org tau.. ye,kena sabar.ye,xbole marah marah.ye,kena redha.ye,tau dahh kena 'bla bla bla bla'..tapiiii brape ramai jerr yang dapat amalkan dan buat saat dan ketika diuji?kesabaran diuji..tak payah cakap org lain laa,.cuba tanya diri sendiri.haishh cmne nak jadi pejuang agama kalau masalah diri sendiri pon xbole nak handle,xbole nak sabar..Allah baru uji sikit ann..

Haaa hakikatnya.itulah manusia kan.hee saye ada satu crita nie nak share sket.ceritanya bermula begini......
Hehe,.sbelum bermula kisah,saya nak perkenalkan watak2 dalam crita,.iaitu dua org adik bradik,si A dan si B.(*iklan* dah macam subjek algebra plak ada A ngn B nih.hoho)

Disebuah rumah,tinggal nya sebuah keluarga,.sepasang suami isteri bersama dua orang anak mereka,si A dan si B..A dan B sangatttt rapat.mereka makan bersama,belajar bersama,main bersama,.dan hampir setiap hari buat kerja sama2..tapi suatu hari nih.Allah nak uji..si A secara tak sengaja buat si B marah..sangattt marah..(yelaa,si A nih nakal sket.ngee~) tapiiii cuba teka apa yang si B buat bila dia marah??hee mula2 tu dia diam,xcakap pape pon kat si A..beberapa saat kemudian,si B nie gi bilik air, dia amik wudhu'..haaa kenapa??sebab si B nie takut kemarahan tu yang kawal dia(marah tu kan hasutan syaitan),si B tauu dia nie bukan penyabar,so sebab tu dia amik wudhu',,dia malas nak layan perasaan tu..masuk je bilik,dia decide nak tido,tiba2 dia terpandang al-Quran comel (beserta terjemahan aka tafsir) atas meja study.saat tu ntah kenapa si B rasa nak selak dan baca ayat2 cinta dari al-Quran..so dia ikut kan kata hati time tuh,then dia baca al-Quran tu..nak tau tak,masa dia baca satu ayat tu,dia rasa sebak..sangatt sangat sebak..bila tengok terjemahan,  Allah berfirman: "Dan bersegeralah kamu mendapat keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa..Iaitu orang yang menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah, dan orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan" [surah Ali-'Imran:ayat 133-134]...Allah..waktu tu,si B nie rasa macam nak nangis.haa Allah tegur dia direct,tapi penuh kelembutan,siap bagi tau ganjaran kalau bersabar.."Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"[surah Al-Rahman]..dan lepas tu,kemarahan nya terus reda..dia semakin tenang.Alhamdulillah..

haaa nampak tak camne si B counter kemarahan??kita??ada?..hakikatnya memang tak ramai org yang  bole jadi penyabar dan normal jer,kalau seseorg tu rasa marah,tapi it depends on how we handle it..
cuba kita perhati Surah Ali-'Imran ayat 200.Allah dah berfirman: "Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu serta tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) di samping bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung"..'kuatkanlah kesabaranmu' maksudnya sabar=infinity(a veryyyyyy large number,tak terkira),sabar tu xde had,xde sempadan..'wahai orang beriman' maksudnya Allah tujukan ayat tu utk org2 beriman..so,kalau kita nak merasai jiwa orang beriman,kita kena kuatkan kesabaran..kalau nak jadi orang beriman,kita mesti tingkatkan kesabaran!! so,statement "jangan uji kesabaran aku!sabar aku ada limit jugak!" patut ada ker??haa tanya iman sendiri ye~



saya tak menuding jari pada awak awak smua,.tapi sebagai peringatan untuk diri saya jugak...huhu.
mesti ada yg rasa,'cakap senang arr,cuba buat,.tengok bole ker tak?'..hee sesungguhnya,kita sabar kerana siapa??kalau stakat kerana manusia,memang xmenjadi,,memang xdapat laa nak didik hati..sebab Allah berfirman lagi dalam Surah Al-Muddaththir ayat 7: "Dan kerana Tuhanmu,bersabarlah"..yup!!kita kena bersabarrrr kerana Allah..sebab Allah menguji ikut kemampuan..kan.bole refer ayat terakhir surah Al-Baqarah ayat 286 :))


ngee~baiklah.sampai sini shja perkongsian hri nie. *panjang plak*...
semoga Allah terima amalan kita..insyaAllah..

may Allah ease~
may Allah bless~


Monday 10 November 2014

muslimahku sayang

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^


Assalamualaikum sahabat2 yang disayangi kerana Allah..apa khabar iman kita hari ini?sihat kah?sudah diberi 'makan' kah?hee walau sesibuk mana pon kita,jangan lupa beri makan kepada rohani ye.hihi..siann hati nanti.moga2 hati kita sentiasa segar dan sihat ye :)
emm hari nie nak berkongsi sajak (err tapi xbrapa menjadi laa **xmcm sajak dah..haha) dengan sahabat2 smua....hikss..baca ye!!ngee~ tajuk nya,.

MUSLIMAHKU SAYANG,BANGKITLAH!

Dari tak pakai tudung,kita mula pakai tudung.
Dari pakai tudung yang singkat, kita mula melabuhkan tudung.
Dari tangan terdedah,kita mula tutup dengan baju lengan panjang,tutup dengan sarung tangan.

Hakikatnya,ingat senang ke semua tu?Hakikatnya,ingat mudah ke nak istiqamah dalam perkara2 tu?
Hakikatnya,ingat kuat ke nak berhadapan dengan orang yang perli2 kita,org yg kutuk2 kita,org yang caci kita?
Secara jujurnya,,mula2 tu memang tak mudah.mula2 tu memang susah.mula2 tu memang payah.

tapi,,dalam perit kita menerima kritikan dan kutukan,..nak tau tak apa yang lebihhh memeritkan???
yang sangat MEMERITKAN adalah,.BILA ORG PANDANG KITA BAIK..pandang kita sempurna..pandang kita cukup terjaga..sedangkan,,hati kita masih dicemari dosa..Allah~

Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya,
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya,
Muslimah tertutup dan terjaga itu sempurna orangnya.
Tapi,,
Orang tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh,
Muslimah itu kadang kadang jatuh,
Muslimah itu kadang kadang tak utuh
Muslimah itu kadang kadang tersasar jauh
Muslimah itu kadang kadang lebih berdosa dari pendosa
Muslimah itu kadang kadang terpesong dari landasannya
Hakikatnya,,
Muslimah itu sama,
Hanya manusia biasa
Yang punya jiwa, yang punya rasa..
Hakikatnya,,

Orang tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia,
Kerana dia sedar,
Hatinya tak sejernih yang orang nampak,yang orang kata.
**sedihnya...bila dianggap sempurna,sedangkan hati tak seindah itu.sobss**

Duhai muslimah,
Bertabahlah,.andai itu jalan yang kita pilih.
Yakinlah,Allah yang memelihara kita,
Allah yang menjaga kita,
Lalu,terpulang pada cara kita untuk menghargainya dan menjaganya.
Hidayah Allah itu perlu dicari,bukan dinanti.
Cari sejauh mungkin,gali sedalamnya,
Setelah ditemui,berusaha lah untuk menghalang hidayah itu dari berlalu pergi
Kerana,bila ia pergi,belum tentu kita akan menemuinya kembali.


Duhai muslimah,
Biarlah hati belum bersedia,asalkan kita usaha.
Tidak mengapa jika kita memilih untuk menutup luaran dulu,walaupun dosa belum tertutup sepenuhnya.
Kerana,usaha kita BUKAN KERANA MANUSIA,tapi usaha kita untuk meraih redhaNYA.insyaAllah.
Sekurang-kurangnya,kita cuba menutup apa yang wajib ditutup.
Sekurang-kurangnya,kita cuba menjaga amanah yang diberi Pencipta.
Mungkin dengan usaha kecil kita tu,
Allah kurniakan taufiq dan hidayahNya,
kita tak tahu,kann..

Betul!!
Manusia tu tak sempurna,
Namun jika perubahan tu lillahitaala (kerana Allah Taa'la),
Kuatlah!
Bangunlah!
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bangkitlah!
Ayuh bersama munuju redha Allah!!



Smoga Allah Permudahkan segalanya..heee.Semoga kita dapat istiqamah dalam usaha untuk menggapai dan meraih cinta Allah^_^..hee insyaAllah,.moga bermanfaat..

may Allah ease~may Allah bless~


Monday 3 November 2014

keberkatan masa ^_^

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Allahu Allah =)
Syukur hari nie berkesempatan nak menaip lagi..hee berlalu sudah.minggu yang penuh dengan assignment dan test..fuhh..harap2 usaha berbaloi!hehe..(padahal beratur panjang lagi test n assignment yg belum settle). Cepat betul masa berlalu. hee sekejap jee,nak dekat dah final exam..hmmm.dan.sebagai manusia.sebagai hamba..selalu sangat laa rasa xcukup ngn masa yang ada kan?sedar xsedar,,kita slalu sgt2 mintak masa lebih.masa yang lebih panjang..klu bole,nak sehari tu ada lbih dr 24 jam...sebab kita rasa.dengan masa lebih,kita bole buat lagi byk keje..Allah..

owhh ya.. ada satu pepatah melayu,."masa itu emas"..hehe.tapi orang yang kaya2,byk duit, bole jgk nak bli emas tuh.hakikatnya,.masa itu lebih berharga dari emas.stuju x?heheh..sebab,xde sorg manusia pon yang bole pergi ke masa lepas..kata Imam al-Ghazali, apa benda yang palinggg jauh ngn kita??masa lepas..sebab?sebab mmg kita xkan mampu berpatah balik ke masa lepas,,mcm dlm cite doraemon tuhh..heheh dongeng dan hiburan semata-mata..apa yang perlu kita hargai adalah,masa sekarang dan yang akan datang.
sahabat2,.nak tau tak,Nabi Muhammad SAW dulu pon.dia ada 24jam jugak..dia bole bahagi kan masa untuk  keluarga,masyarakat,negara,.jadi pemimpin yang berwibawa, adil, dan disayangi lagi tuh..haa kita?ada?huu~
manusia nih.jarang sekali nak rasa bersyukur,kan..padahal,dah melimpah ruah dah nikmat yang Allah bagi..

hee sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah,.antara 2.diberi masa yang lebih panjang untuk kita selesaikan sesuatu tugasan atau masa yang berkat,iaitu kita dapat selesaikan sesuatu perkara on time..mana yang akan kita pilih??hee tentunya masa yang berkat kan?..keberkatan masa tu,apabila kita merasa segalanya dipermudah..segala yang sulit n hakikatnya susah,.tapii hati kita tetap dengan keyakinan bahawa adanya Allah sebaik-baik pemberi pertolongan..tapi dengan syarat, USAHA!!

memang benar,.setiap orang tu,,rezki,nikmat dan ujian nya berbeza-beza..tahap kefahaman nya pun berbeza.cara berfikir yang berbeza.apa hikmah setiap perbezaan ini?supaya kita saling bertukar pendapat,bertukar idea,dan berkongsi ilmu..ilmu Allah tu kan luas..hee..untuk merasa nikmat masa yang berkat pun,kita kena usaha kan..so.saya ada sedikit tips untuk sahabat2.moga bermanfaat ye :)



Tips Belajar-Semoga Beroleh Keberkatan =D
1) Belajar niatkan kerana Allah..
  • sebenarnya apa2 yang kita buat pun,sgt2 la perlu diniatkan kerana Allah.dalam sekecil2 perkara pun..
  • misalnya nak makan, minum, mandi, menaiki kenderaan, berjumpa sahabat2, beriadah, spend time dgn  family, kahwin(nak jugak letak.hehe), online, dll..tersangatlah indah.jika setiap perkara kita niatkan kerana Allah,secara tak langsung,akan sentiasa merasa diperhatikan.ngee~ (so kita akan buat bersungguh sungguh laa..sbb ada Allah Yang Maha Melihat..hee)
2) Disiplinkan diri
  • cara nak disiplin kan diri?patuhi jadual belajar(kalau ada buat laa.hehe)..
  • yang lebih penting,cuba amalkan untuk baca satu muka surat al-Quran stp kali sebelum study..
  • klu rasa rajin lagi, bole jgk spend time untuk hafazan..niatkan untuk hafal al-Quran,dan pastikan ada target.misalnya,dalam sebulan,at least nak hafal 2 surah..so.insyaAllah dipermudah..yakinn jer dengan Dia.  (nak share sket,.untuk peringkat2 awal,.cuba laa target nak hafal surah2 kegemaran^_^.. misalnya surah al-jumuah, surah al-mulk, surah yaasin, surah as-sajdah, surah al-kahfi dll)...kalamullah nie,.kalau kita slalu amalkan,insyaAllah mudah dihafal..hee
3) Kembalikan caj-caj positif
  • antara perkara paling penting untuk kembalikan caj positif nie,adalah dengan bersangka baik.bersangka baik dengan Allah, dengan orang lain, dan bersangka baik dengan diri sendiri..sebab apa?sebab kita memangg kena yakin pada kemampuan diri sendiri tau!! (yeahh!we can do it!)heheh
  • jika ada sesuatu yang menghalang fokus, kita perbaharui wudhu',solat sunat 2 rakaat (apa2 solat sunat..solat sunat taubat ke,hajat ke, solat sunat wudhu' pun bole.hee) 
  • owhh ya,.solat sunat dhuha juga,sangat2 dituntut untuk kita amalkan..mudah.2 rakaat pon xpe..hehe..seawal 7.40 pagi pon dah bole buat.(klu ada kelas awal pagi..insyaAllah sempat.cuba curi2 masa k!)kalau yg guna hp power2 tu,,download laa apps waktu solat..masuk waktu solat dhuha pon dia bgtau..hee. solat dhuha nie,bukan untuk kita ingat pada duit, kaya, dan magnet rezki,.tapi yang paling penting,sebagai tanda syukur dan ingatan kita kepada Allah.Ar-Razzak,.Tuhan Yang Maha Memberi Rezki.
4) Utamakan seruan Allah
  • kita mesti cuba sedaya upaya untuk solat di awal waktu.. kalau lelaki, sebaiknya ditunaikan secara berjemaah di surau atau masjid.huu rugi betul jejaka2 yang xnak merebut peluang nie..Allah kan sayang pada ar-rijal(pemuda2) yang hatinya terikat pada masjid^^.hee cubalah jadi pemuda tu!,.bagi para wanita, Nabi Muhammad SAW xlarang kita solat dimasjid atau disurau, tapi solat dirumah itu adalah lebih baik :) (haaa bole rasa tak,betapa berlemah lembut nya nabi,..dia xlarang secara keras pon.tapi dia bgtau apa yang sebaiknya untuk kita,kann^^...owhh tapi,jika ada ceramah, tazkirah, usrah kt surau atau masjid,dibolehkan kita,para wanita untuk pergi.dengan syarat,jaga batas yee)
5)Baca doa dan berwudhu' sebelum study
  • sudah tentunya,.sebelum dan selepas kita berusaha, kita serahkan pada Allah,kann^^..berdoalah.walau sesulit mne pon permasalahan kita,yakinlah,.insyaAllah Dia akan permudahkan..setiap yang berlaku itu.pasti ada hikmahnya.yakin!!
  • untuk mengekalkan wudhu'(bagi sesiapa yang ada masalah.slalu kluar angin misalnya, bole buat solat sunat wudhu'..hehe..bukan cerita lawak.tapi insyaAllah berhasil..niat bahasa melayu pon ok jer.. *sahaja aku solat sunat wudhu' 2 rakaat kerana Allah Ta'ala*)...pengalaman dari seorg shbt saya nie,time solat terawih,slalu sgt dia kena perbaharui wudhu'..ye laa,.kan puasa seharian,byk angin.hehe..sampaikan pernah skali tu,imam dah selesai 8 rakaat, tapi shbt sya nie baru 4 rakaat..haa tapi bila dia buat solat sunat wudhu',,alhamdulillah..ok jer..hee niat kan,,smoga Allah permudahkan.setiap kejadian tu,adalah dengan kehendak Allah,kan..so kita mintak tolong dengan Dia.
6) Amalkan tahajjud dan membaca al-Quran
  • hri tu ada dengar perkongsian seorg ustaz nie,..dia cakap,orang yang amalkan tahajjud tu,tak semestinya bagus, baik,..tapiii..untuk menjadi hamba yang beriman,yang bagus,yang baik,,kita kena cuba amalkan tahajjud,.cuba untuk istiqamah..xpe sikit2..mula2 setahun sekali,then sebulan sekali,.then seminggu sekali, n lebih baik,kalau dapat buat setiap hari..hee..(saya pon masih mencuba..huhu)

sahabat2 yang diredhai Allah,..hati nie terkadang merungut,kan..merungut xsempat nak baca al-Quran laa,.klu bngun tahajjud, rasa xcukup tido laa,..macam2 prasaan lagi..Allah..tapi,bila ada seseorg nie ingatkan saya, dia cakap "sahabat,.sungguh laa.setiap masa yang kita ada nie,kan milik Allah,.adakah kita nak berkira2 dengan Pemilik Masa?kita nak berkira2 untuk beribadah kepada dia,sedangkan dialah yang mencukupkan masa kita??" Allah~waktu tu rasa macam kena penumbuk..dush dush dan dush lagii..haaa nakal betul hati.nak berkira2 pulak..huhuhu..sahabat2.yakinlah.dengan usaha,doa dan tawakkal serta keyakinan kita kepada Allah,.insya'Allah dia permudahkan..jangan berkira2 untuk beramal dan beribadah kpda Dia,ye :)

sebenar benar benarnya..,,saya pun masih dalam fasa membiasakan diri..cuba untuk amalkan..walaupun belum berjaya sepenuhnya.sobsobss..**mohon doakan saya ye..huu**..tapi saya still nak kongsikan jugak.sebab saya sayang kalian, kerana Allah..sharing is caringgg..hihihi..

Semoga kita beroleh keberkatan masa disamping berusaha untuk memperoleh cinta dan redha Nya^^
Allah~moga kita dapat terus istiqamah dalam ketaatan dan kepatuhan pada Sang Pencipta Cinta^_^

"Sesungguhnya, bangun malam(bersolat dan beribadat) itu lebih kuat(mengisi jiwa); dan (bacaan al-Quran pada waktu itu) lebih berkesan" [surah Al-Muzammil, 73:6]
may Allah ease~
may Allah bless~