Tuesday, 25 April 2017

Beramallah semampumu

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani~

Dalam sehari2, kita sibuk dengan urusan harian masing2. bangun, mandi, breakfast, keje/kelas, lunch, smbung keje, rehat, dinner, tido. then, repeat the same cycle. exactly the same cycle.. salah?tak laa..xde salah dan silap pon. macam robot pon, oke je..xpee.
cuma nyaa, salah bila kita xletakkan niat n matlamat utk stiap cycle kita tu. salah bila kita xrse nak buat penambahbaikan pon dlm cycle harian kita tu. salah bila kita xrasa dan tak fikirkan langsung perihal keadaan org lain untuk diselitkan dlm cycle harian kita..

menjadi daie ilallah bukanla semudah mengunggapkan dengan katakata.tapi lebih kpda praktis nya. hari tu,,time pengisian, ada ukhti ni ckp,jgn jadi mcm robot. lpstu, ada org tanya.."Macam mana nak make sure kita xjadi seperti robot sdgkan mmg aktiviti harian kita, kbnyakannya mmg bnda yg sama"..hemm, make sense jugak kann soalan tu..klu dah tugas pelajar adalah bljar, kne prgi kls,itu jelaa yg dia akan buat..klu dah tugas doktor merawat, pegi balik hospital, jmpa pesakit, memang itu jelaa yg dia biasanya buat..klu dah tugas guru/lecturer mengajar, jmpa student, memang itulaa yg spatutnya dia berbuat,kan.. 

So apa yg saya faham, TIDAK menjadi robot bukanla sematamata bermaksud, kita langsung xbole ulang benda yg sama hingga melawan fitrah kita sbg manusia yg bekerja. pada saya, ia lebih kpda penghayatan dgn hati utk melalui hari2 kita, serta perasaan sentiasa nak berbuat baik, menyumbang, dan mencari medan untuk berbuat sesuai dgn perintah Allah.beramal dengan sunnah nabi SAW. atau dlm erti kata mudahnya, selitkanlaa aktiviti harian kita dgn perkara2 positif, berusaha utk membantu dan berbuat baik pda sekeliling, dan menyumbang seboleh mungkin dr segi harta, wang, tenaga,dan masa demi untuk menggapai redha Allah, insyaallah. owhh lagi 1, jgn pndg remeh stiapp amal yg mgkin nmpak kecil, sbb kita bukan Tuhan yg menilai. jauhi sikap 'meletak nilai' pada amal2 sendiri, mahupun org lain..
tringat laa, murabbiah penah share, ayat from surah al-kahfi [Qs 18: 103-104]
"Katakanlah(Muhammad): 'Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?'.Iaitu orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya"
Ayat nie biasa dengar,kann..tiap2 hri jumaat, kita come across dgn ayat nie. dan slalu je org share tadabbur psl ayat nie,kan..tapi how frequent pon kita dgr,anggaplaa ianya peringatan berterusan dr Allah untuk hati yg leka tuu.huuu. owhh btw, murabbiah kata, kita nie slalu merasa cukup dgn apa yg kita dah berbuat. mungkin kdg2, terdetik je "owhh aku dah bangun tahajjud hri nie, so xpe laa xbuat solat sunat lain dah..oke laa tuu dr org yg xbangun" atau ponn "haaa tadi dah sedekah, rm10 pulak tuu,xpe jelaa xsedekah dah,cukup dah sedekah aku untuk hari ni" (huuuhuuu.nangissss).. beliau kata,benda ni mgkin nmpk xde apa2 pon.bnda biasa je,,tapiii cuba muhasabah balik lintasan hati kita tuuu..jangan sekali2 merasa cukup dgn amal2 sndri.jgn sesekali menghitung2 kebaikan diri mahupun org lain..again, sebab kita bukan Tuhan yg layak menilai..berbuatlah!berbuatla sebanyak dan semampu mungkin. sebabb takut jelaa,klu terdetik perkara2 mcm tuu, bimbang kita termasuk golongn org2 yg yg sia2 perbuatannya.nauzbillahiminzaalik.


Imam Asy-Syafii pernah bkata, "sesiapa yang mampu melihat kekurangan dalam dirinya, maka dia akan mencapai istiqamah"..haaa dasat kan!maksudnyaa, jika kita sentiasa rasa terdapat kekurangan dan kelompongan dalam amal2 kita, dlm usaha2 kita, pasti kita akan rasa nak berbuat lagi dan lagi.tidak mudah merasa cukup dgn ibadah dan amal2 kitaa...itula istiqamah.
So, kepada anda2 skalian (yg menaip terutamanya), berbuatlah! menyumbanglah! memberilah! beramallah! kerana Dia Maha Melihat, Maha Menghitung, Maha Mensyukuri hamba2Nya..Berusaha lah untuk meraih cintaNya.

Dalam satu hadis qudsi, dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman:
"Barangsiapa menyakiti waliKu, maka sesungguhnya Aku memaklumkan perang padanya. Dan tiada mendekati hambaKu kepadaKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai dari mengerjakan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu melakukan yang sunat hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Aku menjadi pendengar apa yang ia dengar, menjadi penglihatannya apabila ia melihat, tangannya yang ia tamparkan dengan dia, dan kakinya yang ia berjalan dengan dia; dan demi jika ia meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepada dia; dan demi jika ia meminta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku melindunginya" - (HR Bukhari)
Syarah hadis nie agak panjang..tapi nak fokuskan pada ayat yg saya bold kan tuu.. Dlm Kitab Hadis 40 (susunan Imam Al-Nawawi), apabila Allah mencintai seseorang hamba, maka Allah akan mengawas dan memelihara pendengaran, penglihatan, tangan dan kaki dari godaan syaitan dan dr perkara2 maksiat. Hamba yang mencintai dan dicintai Allah akan berusaha untuk memastikan setiap yg dia dengar, lihat, dan berbuat, adalah perkara2 yang disukai Allah serta sentiasa dlm kerangka redha Allah. tertanyatanya diri sendiri, adakah Allah benar2 telah menjadi penglihatan, pendengaran tangan, dan langkahan kaki akuu??sobss..

Dan sebagai tambahan, bersabarlah melakukan ketaatan, kebaikan dan amalan2 yang dicintai Allah.bersabarlah meninggalkan perkara2 maksiat, perkara2 yang tidak disukai Allah, samada lintasan akal dan hati, dosa/maksiat ketika di khalayak, mahupun ketika sendiri2..muhasabah kembali akhlak/sikap kita ketika bersendirian..ingatlaa, Allah tu Maha Melihat.

semoga Allah sentiasaa tuntun hati2 kita ke arah jalan yg diredhai dan diberkati. amiin2 insyaallah~

**post yg ditujukan buat diri sendiri.Please take note dear myownself!