Monday, 2 November 2020

Dengan Allah, untuk Allah, bersama Allah

 Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


"Duhai sahabat,

Kecintaan kepada Allah itu, terwujud pada seorang hamba yang meninggalkan hawa nafsu.

Dia berhubungan dengan zikir kepada Tuhannya.

Dia menunaikan hak-hak Tuhannya.

Dia memandang Allah dengan hatinya.

Apabila berbicara, maka dia berbicara dengan Allah.

Apabila berdiskusi, maka dia berdiskusi tentang Allah.

Apabila bergerak, maka dia bergerak kerana perintah Allah.

Apabila diam, maka dia diam bersama Allah.

Jadi,

Dia dengan Allah, untuk Allah, dan bersama Allah"

Hidup ini, kerana Dia. 


Kata-kata oleh murabbi saya yang sangat saya berterima kasih padanya kerana tidak lelah mengajak saya kepada kebaikan.

Moga Allah ganjarkan kebaikan sebanyaknya buat dia dan buat kita yang membaca.

Moga Allah bantu dan berikan jalan keluar terhadap setiap permasalahan dalam hidup kita.

Moga kita dapat sentiasa berusaha menjadi hamba yang terbaik, disisiNya.

May Allah ease~

May Allah bless~

"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah"

[QS 74:7]



Saturday, 31 October 2020

~Cukuplah~

 Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


(BEGINIKAH RASANYA DIHARGAI?)

"Doktor slow slow ek cucuk saya"

"Okay aunty. Memang sakit sikit sebab kita cucuk urat dalam(arteri). Aunty tahan je. Tak mau gerak-gerak"

"Tapi doktor cucuk perlahan tau"

.

.

"Doktor..."

"Ya, kenapa aunty?"

"Thank you doctor"

"Apa aunty?"

"Nothing. Just. Thank you. So much"

"Ya. Terima kasih juga aunty"

.....................................................................................................................................................

Beginikah rasanya dihargai manusia?

Kadang-kadang kita terlupa bagaimana rasanya dihargai. 

Sebelum ini, ada moment yang kita sangat terluka dengan sebuah kata-kata.

Kita terluka dan sedih dengan perbuatan mereka.

Sampaikan ada masanya, perlu memujuk diri dengan mengatakan,

 "Tak apa, teruskan berbuat baik, walaupun orang layan kau buruk"

"Sebab Allah ada. Dia pasti akan ganjari semuanya walaupun manusia tak pernah"


Manusia memang diciptakan dengan fitrah mahu dirinya dihargai. Tapi yang uniknya, Allah ciptakan dunia ini bukan untuk kita dapat semua penghargaan tu secara cash. Allah hanya akan penuhi fitrah mahu dihargai ini dengan ciptakan bayaran pahala dan syurga di akhirat sana.

Iaitu, bila kita berbuat kebaikan, hatta sebesar biji sawi, yakinlah, Allah takkan pernah sia-siakannya. Bayaran kebaikan dan amal soleh itu adalah pahala dan syurga. Sebaik-baik balasan dan penghargaan adalah di sana. Pada masa itulah, Allah puaskan keinginan kita untuk dihargai.


Allah sudah sediakan semuanya. Dia cuma nak kita bersabar sahaja.

Dunia ini bukan untuk menuai segala benih yang ditanam dan dibaja. Ada jjuga benih yang kita usahakan, tabur dan siram, namun pokok dan buahnya hanya mampu dipetik di akhirat sana.

Jadi kenapa perlu kecewa?

Sedangkan Allah ada. Allah yang tak pernah berhenti mengira dan tak pernah leka. Yakin!

Remember when you try to do good even in bad situation, Allah sees.

Remember when you try to smile when people screwed you, Allah sees.

Remember when you try to give flower when people throw stones at you, Allah sees.

Always remember that He's never blind. He always sees :)

..............................................................................................................................................

Dipetik dari buku bertajuk 'Bukan Hamba Orang' dengan sedikit pengubahsuaian. ehe

Rasa menarik sangat tajuk dan pengisian penceritaan tu. 

Antara key point untuk situasi ini adalah, ikhlas~

Ada seorang Ust ni, Ust Hannan Attaki pernah cakap(lebih kurang laa), 

"Mudah sahaja untuk kita menyembunyikan usaha/amal kita jika berbuat kebaikan kepada seseorang tanpa pengetahuan orang lain. Tapi yang sukarnya adalah apabila orang tersebut (yang kita berbuat kebaikan kepadanya), tidak menghargai malah menghina kita. Ianya akan membuatkan kita mula mengungkit kembali kebaikan yang pernah kita lakukan. Disinilah ikhlas dan redha itu teruji"

(sangat suka dengar pengisian beliau. tapi mampu tengok kat Youtube jelaa.ehe) 

Subhanallah. Masyaallah. Lapangnya hati orang yang Allah kurniakan nikmat ikhlas dan redha ni. Banyak yang perlu kita belajar untuk didik hati agar sentiasa ikhlas dan redha. Manusia yang paling hebat, kekasih agung kita pon diuji dengan kejian dan hinaan. 

Baginda Nabi SAW telah dikecam, dihina, malah dilemparkan batu oleh penduduk Taif ketika baginda berdakwah kepada mereka. Tetapi apa yang baginda Nabi SAW balas? Dengan doa dan harapan yang sangat tinggi agar penduduknya akan beriman suatu masa nanti..





Betapa ikhlas dan kuatnya hati baginda Nabi SAW. Moga Allah beri kekuatan kepada kita juga untuk mencontohi baginda.

                                       

Cukuplah. 

Cukuplah mengharapkan penghargaan dari manusia yang tidak mampu menghargai sebaiknya.

Cukuplah serahkan sahaja usaha dan amal kita ini untuk dipersembahkan kepada Dia yang Maha Peneliti, Yang Maha Menyaksikan, Yang Maha Penghitung, Yang Maha Mengadili, Yang Maha Pemberi Manfaat, Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Mengetahui.

Hasbunallah. Cukuplah Allah bagi kami:)

"Allah akan menapis dan menguji hingga sebab kita di perjalanan ini hanyalah Dia. Hanya Dia"

#hasbunallah

#thestruggleisreal

#memaafkan

 






Sunday, 17 May 2020

Damba Kasih


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu... 
Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..



-hamba yang mendamba kasihMu-
Wahai Allah ArRahman ArRahiim AlWadud