Thursday, 29 September 2016

Belajar dari persekitaran

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful ;)

Ehee, speaking plak kita.. =P

Pertamanya, syukur Alhamdulillah atas segalaaaa nikmat yg Allah pinjamkan,.dan nikmat yg plg best, nikmat iman dan islam. =D heee bukanlaa nk cakap ayt cliché ponn, tpi memang btul kan,.dengan nikmat iman dan islam nie, membolehkan kita bersangka baik dengan setiap ketetapan Allah, menambahkan keyakinan serta kebergantungan pada Allah, dan emm macam2 laa~
Heee.well, skg nie tetibe rasa nak menulis.rse nak share something.rasa nak meluahkan sesuatu. 

Alhamdulillah, semalam baru lps present paper utk symposium maths..huuu. first time join, n first time jugak rasa malass n xprepare sgt utk presentation tuu. Mgkin sebab before dtg sini, tak tajdid niat kot (?) ehh.terjujo plak.tapi bole jadi tu antara sebab nyaa.sobss.oke. so, program nie dibuat di Terengganu.hmm. time mula2 tau je buat kt tganu, trus excited. Haha.oke,dah hbs mengarut..
Sebenarnya, yang betul2 nk citer kt sini, bukan citer2 mengarut tuu. Ehe. Okay, so sbgai mukaddimah, just nk smua org ada clear picture, cmne keadaan sye before dtg sini. Sye dtg sini, semata2 nk join symposium nie, sorg2, xde kawan, xkenal sesapa (kecuali tahu ada sorg budak laki ni join jgk.tpi mmg takk laa nk cntc dia) n first time dtg tganu naik bas sorg2. Mse nk bli tiket pon, ape yg saya tau, kne amik tiket smpai kuala Terengganu. bila dh smpai, nk buat apa n cmne nak gi hotel pon xtau.heehe. teruk btol!!

Emm tapiii tapiiii nak cakap nyer, sepanjang perjalanan dr kL smpai laaa ke saat nie, banyak sgt Allah hadirkan org2 yang baik2 nak dtg tolong. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Huuu,besarnyaa kasih sayang Allah tuu..sungguh, Dia Maha Pemelihara. Mula dr stesen bas kt kL, ada kakk tu peramah plak, dia tegur dlu.hee rupanya naik bas yg sama, itu pon sbb dia bgtau.kalau tak, mgkin sye xpegi pon kt bas tuu. Bila dah smpai, mmg blur2.haha.yelaa,first time kot.tiba2, kakk tu cri kn teksi utk sye jugak. Syukur..bila smpai, urusan pendftaran tu mula2 ada masalah gak.tapi syukur, Allah permudahkan. Fuhh.oke, bru citer sparuh hri pertama pon dh pnjg citer. Hahahh. Emm nk ikutkn, mmg xhbs laa klu sye nk citer satu2 kt sini. Dan antara byk2 org yg Allah hadirkn, plg saya rasa terkesan, jumpa dgn sorg student UMT nie.mmg budok ganu gok. Haaaaa baikk sgt. Padahal jmpa time makan jeee (lunch), tapi bole rapat smpai dia bawak kluar makan (dinner).hehe,.sempat laaa pegi UTC tganu~ before dia balik tuu, dia pesan “nnti tgk surah Al-Hujurat, ayat 10 yeee..jaga dirii ;) “.. so, smpai je bilik, trus bukakk.

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” [QS al-Hujurat 49:10]

Emm xsure laa pulak apa asbabun nuzul ayat tuu, tapii mmg time baca tu rasa macam, bestnyaaaaa =D. Hri tu murabbi ckp laa, roh2 org beriman nie saling mengenal. Bertemu dan berpisah pon kerana Allah. Yup!agak terasa laaa,.sebab kita mula2 berkenalan pon, disebabkan kalimah tauhid tu jgk. Perasaan skg is bahagia,.bukan semata2 sebab berjumpa dgn org2 yg baik,tapi jugak kerana Maha Penyayang nyaa Allah ;) Dia yg permudahkan smua nyaa, melalui org2 nie.

Owhh yeee,.ada lgi satu bnda nk citer. Untuk pengetahuan, sye present hari kedua.which means, sempat tgk bykk jgk presentation yg first day tuu.haha. perasaan before present, mmg sgt2 berdebar. Berdebar sebab bila blatih, slalu tak hbs. So slide tgh2 smpai hbs tu, xtau nk ckp apa. And one more thing, berdebar sgt sebab terbayang org2 yg akn jdi audience utk presentation tu. Pangkat2 Prof, lecturer2, student phD n master universiti2 lain..tarbayang sesi Q&A yg takut xtau nk jawab…huhu, dan bila reflect punya reflect, rupanya Allah nk bg something. mgkin kena muhasabah balik. Sesungguhnyaa, pertemuan dgn Allah tu adalah suatu kepastian. Tapiii mcm mana keadaan kita nanti? Hakikatnya, xpernah rasa bersedia pon nk berhadapan ngn soal jawab tuu. Mcm mana kalau amal2 kita rupanya xckup?mcm mana klu kita xdpt nk jwb soalan2 yg ditanya?kalau kt dunia, mgkin laa bole ‘goreng’ macam2..tapi nnti, anggota je yg akn jdi saksi. Semua kebenaran tu terbongkar. Ada jelaa hikmah bila manusia ni x tau bila tempoh masa dia kt dunia nie akan tamat. Sebab sye yg nak berhadapan dgn presentation ni pon dh tak lalu nk mkn (padahal mknn hotel sedap2 kot), sakit perut sebab berdebar sgt (kot.), n nak relax2, buat2 tenang pon xbrape menjadi.apatah lagi klu tau masa kematian tu bila.perhhh..rasa nya nak tidur utk rehat sekejap pon xsanggup kot.huhuu..



Dalam setiap urusan harian kita, sebenarnya banyak benda yg Allah nak ajar. Macam2. Bole jadi Allah nak ajar sabar. Bole jadi Allah nk ajar erti bersyukur. Bole jadi Allah nak ajar perlunya kebergantungan pada Dia.dan bole jadi jugak Allah nak ajar bahawa kehidupan dunia ni mmg sementara. Pandangan, pendengaran, dan perasaan ni bukan sekadar untuk dinikmati, tapi untuk kita belajar mentadabburi jugak. Bila tgk dedaunan pokok ditiup angin, ingat Allah. Bila terbau makanan yang sedap2, ingat Allah. Bila dibantu oleh org yg baik2 pon, merasa Maha Besar nya Allah..hakikat ibadah tu bukan hanya ketika solat, tapi ianya adalah keseluruhan kehidupan.


Semoga kita menjadi hamba yang berusaha mendapatkan redha dan cinta Allah semata~amiin amiin insyaallah…

**Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu**

may Allah bless~

Thursday, 22 September 2016

apa persediaan kita?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Dalam kehidupan nie, terrlalu banyak persediaan yang perlu kita buat. sangat banyak.
dan reflect pada hidup aku sekarang, banyak sangat benda yang bermain difikiran,. dalam masa terdekat nie, persediaan untuk ke simposium maths,. yelaa,nak kena prepare slide, cari hotel, duit tambang lagi, macam2..dan benda2 lain pon, banyak jelaa yang bermain difikiran..
tapiii setakat mana persediaan aku nak berhadapan dengan perkara yang pasti, sakaratul maut, berbanding perkara2 dunia yang xpasti ponn.banyak mana bekalan yang dah aku sediakan untuk negeri yang abadi tuu?

tadi tgk kat fb, ada satu pasangan nie, baru je 3 minggu berumah tangga n suddenly, si suami tu meninggal kena gilis ngn lori..inna lillahi wa inna ilaihi rajiun~
time aku tengok video kawen dorg tuu, xtau kenapa  air mata nie mengalir pulakk.bukan sebab aku kenal arwah. tapi mungkin sebab aku dah tau episod seterusnya..dalam tu, arwah, isteri dia, dan saudara2 terdekat nampak happy je, bahagia,.
dan yang penting, aku terbayang bagaimana kalau yang sedang tertawa gembira tu, aku.
well, dunia. bila tgk kawan2 dapat kerja yang best, slalu terpikir bilaa laa turn aku merasa.
bila dapat invitation kawan2 kawen, pernah je terfikir bilaa laa turn aku pulak.
tapii bila Allah datangkan peringatan kematian tu, sebanyak mana kita terfikir bilaa tiba turn kita?
kita terlebih bersedia untuk kehidupan yang xpasti berbanding kehidupan yang pasti.
kita terlebih bercita2 untuk kebahagiaan yang xkekal berbanding kebahagiaan hakiki.
kita terlalu mencintai makhluk yang diciptakan berbanding Pencipta tu sendiri.

sedangkan Allah dan berfirman pon,
"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.."

mengingati kematian bukanlah bermaksud perlu solat tanpa henti, duduk atas tikar sejadah tanpa mempedulikan sekeliling, dan sentiasa bersedih meratapi hari kematian tuu..bukan.bukan macam tuu.
personally pada aku, mengingati kematian tu penting untuk kita tak rasa terikat dengan dunia, membuatkan kita lebih mengingati Dia, membuatkan kita sentiasa berusaha menjaga amal2 kita, membuatkn kita lebih bersyukur dan tak cemburukan nikmat2 dunia org lain, membuatkan kita lebih menghargai setiap detik dan saat yg Allah pinjamkan, membuatkan kita lebih menghargai org2 sekeliling, membuatkan kita lebih mudah memaafkan org lain, dan membuatkan kita lebih berusaha nak berdakwah tu. biiznillah.

setinggi mana keyakinan kita dengan adanya hari akhirat?
sebanyak mana kerinduan kita untuk bertemu dengan Allah?
sejauh mana mujahadah kita melonggarkan ikatan2 dunia?
sebanyak mana persediaan kita menghadapi sakaratul maut?
setakat mana keinginan kita untuk mendapatkan nikmat syurga?
setakat mana usaha kita menghindarkan diri dari jurang2 neraka?


semoga peringatan kematian ini menghidupkan hati yang mati...

may Allah bless~


Thursday, 15 September 2016

salam aidiladha =D

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ;)

AllahuAkhbar AllahuAkhbar AllahuAkhbar
Lailahaillallahu waAllahuAkhbar
AllahuAkhbar walillahilhamd

Hari nie 13 Zulhijjah 1437H.
10 Zulhijjah yg lalu, kita meraikan Hari Raya AidilAdha. n klu difikir2kan, ape yg significant nye Raya AidilAdha atau Raya Haji nie berbanding Raya AidilFitri??Apa significant nye kita dibolehkan bertakbir selama 4 hari utk Raya AidilAdha n hanya sehari utk Raya AidilFitri??Apa significant nye digalakkan menyembelih korban semasa Raya AidilAdha dan xperlukan smua tu semasa Raya AidilFitri?? Ehee..actually betul jelaa yg smua tu memang dr Allah kan..tapi, setiap suruhan Allah tu always come with reasons..banyak je yg Allah nak ajar melalui smua tu. banyak je hikmah yg terselit disebalik perkara2 tuu..
and it depends on us, nak berusaha melaksanakannya ataupun tidak. it depends on us nak berusaha memahaminya ataupun tidak. it depends on us nak berusaha menyampaikannya ataupun tidak.

Dari sumber al-quran tu sndri, banyak je diceritakan kisah Nabi Ibrahim, salah seorang Rasul Ulul Azmi(antara rasul yg plg byk diuji) samada melalui Surah Ibrahim itu sndiri atau surah2 lain dlm alquran. Antaranya kisah Nabi Ibrahim dan ayahnya (termasuk kaumnya), kisah Nabi Ibrahim dan rajanya, kisah Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar, sampaila kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Jika ditadabburi, banyak hikmah dan pengajaran yg Allah nak ajar melalui kisah2 ni,kan..
Dan agak2, apa common theme utk smua cerita2 tu??
Kasih sayang?
Cinta?
or Pengorbanan?
emm xsure laa ape yg smua org fikirkan tapi personally, I would like to say that it is all about sacrifice.yes!pengorbanan..
Berkorban perasaan utk bertegas dgn seorang ayah yg merupakan darah daging sendiri, kerana Allah.
Berkorban melawan ketakutan dlm diri utk melawan raja yg zalim, kerana Allah.
Berkorban meninggalkan Siti Hajar dan anaknya yg disayangi di padang pasir, kerana Allah.
Berkorban menyembelih anaknya Nabi Ismail yg disayangi, kerana Allah.

**will be continued...