Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Dalam kehidupan nie, terrlalu banyak persediaan yang perlu kita buat. sangat banyak.
dan reflect pada hidup aku sekarang, banyak sangat benda yang bermain difikiran,. dalam masa terdekat nie, persediaan untuk ke simposium maths,. yelaa,nak kena prepare slide, cari hotel, duit tambang lagi, macam2..dan benda2 lain pon, banyak jelaa yang bermain difikiran..
tapiii setakat mana persediaan aku nak berhadapan dengan perkara yang pasti, sakaratul maut, berbanding perkara2 dunia yang xpasti ponn.banyak mana bekalan yang dah aku sediakan untuk negeri yang abadi tuu?
tadi tgk kat fb, ada satu pasangan nie, baru je 3 minggu berumah tangga n suddenly, si suami tu meninggal kena gilis ngn lori..inna lillahi wa inna ilaihi rajiun~
time aku tengok video kawen dorg tuu, xtau kenapa air mata nie mengalir pulakk.bukan sebab aku kenal arwah. tapi mungkin sebab aku dah tau episod seterusnya..dalam tu, arwah, isteri dia, dan saudara2 terdekat nampak happy je, bahagia,.
dan yang penting, aku terbayang bagaimana kalau yang sedang tertawa gembira tu, aku.
well, dunia. bila tgk kawan2 dapat kerja yang best, slalu terpikir bilaa laa turn aku merasa.
bila dapat invitation kawan2 kawen, pernah je terfikir bilaa laa turn aku pulak.
tapii bila Allah datangkan peringatan kematian tu, sebanyak mana kita terfikir bilaa tiba turn kita?
kita terlebih bersedia untuk kehidupan yang xpasti berbanding kehidupan yang pasti.
kita terlebih bercita2 untuk kebahagiaan yang xkekal berbanding kebahagiaan hakiki.
kita terlalu mencintai makhluk yang diciptakan berbanding Pencipta tu sendiri.
sedangkan Allah dan berfirman pon,
"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.."
mengingati kematian bukanlah bermaksud perlu solat tanpa henti, duduk atas tikar sejadah tanpa mempedulikan sekeliling, dan sentiasa bersedih meratapi hari kematian tuu..bukan.bukan macam tuu.
personally pada aku, mengingati kematian tu penting untuk kita tak rasa terikat dengan dunia, membuatkan kita lebih mengingati Dia, membuatkan kita sentiasa berusaha menjaga amal2 kita, membuatkn kita lebih bersyukur dan tak cemburukan nikmat2 dunia org lain, membuatkan kita lebih menghargai setiap detik dan saat yg Allah pinjamkan, membuatkan kita lebih menghargai org2 sekeliling, membuatkan kita lebih mudah memaafkan org lain, dan membuatkan kita lebih berusaha nak berdakwah tu. biiznillah.
setinggi mana keyakinan kita dengan adanya hari akhirat?
sebanyak mana kerinduan kita untuk bertemu dengan Allah?
sejauh mana mujahadah kita melonggarkan ikatan2 dunia?
sebanyak mana persediaan kita menghadapi sakaratul maut?
setakat mana keinginan kita untuk mendapatkan nikmat syurga?
setakat mana usaha kita menghindarkan diri dari jurang2 neraka?
semoga peringatan kematian ini menghidupkan hati yang mati...
may Allah bless~
No comments:
Post a Comment