Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama
Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kata orang,
seberapa kerap kita memikirkan seseorang, menjdi tanda seberapa banyak kita
mencintainya..Maka, seberapa
kerapkah kita memikirkan Allah, Dia yang memberi segalanya pada kita???huuu..
*tepuk dada, tanya iman*
Saya jumpa
ayt tuu mse dok scroll2 effbee(baca:FB)
hari tuu.(tapi lain sket laa ayat dia). Baca ayt 1st, bajet2 jiwang.tapi smpai
ayt kedua, perhh! tersentap kita!
dan betulla
persoalan tuu, seberapa kerap kita memikirkan Dia? seberapa banyak kita
mencintaiNya berbanding perkara2 lain? apa perasaan kita pada Allah??
Hari nie, 12
Ramadhan 1428H..yang juga bermaksud kita sepatutnya dah masuk juzuk 12 tilawah
tadabbur kita.insyaallah..didoakn smoga Allah terus menerus bg kekuatan pada
kita utk beramal~aamiin.
Beberapa
hari lepas, Allah takdirkan sye berpeluang pegi dgr ceramah ustazah NorHafizah
Musa. dan saya pergi, bukan semata2 sebab ustazah tu orang popular, orang
terkenal(sbb ada je ceramah ustaz2 tv yg sye xpi ponn.huu),.tapi kerana sye sgt
bersyukur adanya orang yg seperti ustzh yg xpernah lagi xberjaya menyentuh hati
sye bila tgk ceramah2 nya di utube..dan
bersempena dgn Ramadhan, ustzh share satu tajuk yg sye kira,, masyaallah best
nyaaaa =) so disini nak kongsikan sdikit apa yg sye dapat :) mogamoga penulisan
ini dapat mengingatkan saya yg mudah alpa dan leka nie..insyaallah
10 bukti
kita Mencintai Allah ☺
1) Kesediaan
untuk berkorban demi Allah.
- Kata
ustazah, jika tiada istilah berkorban, bermaksud bukanlaa cinta. nak katanya,
bila kita kata cinta, pastii perlunya pengorbanan. perlunya bermujahadah!
- Huuu sedih
jelaa bila ustzah kata, terlalu sedikit je sbnrnya perkara2 yg kita korbankan
jika dibandingkan dengan para sahabat. Jika para shbt, mereka benar2 berkorban
harta, jiwa, tenaga, dan perasaan especially bila pergi berperang. byk yg
dikorbankan.. Kita?? Paling2 pon berkorban perasaan/emosi je sebenarnyaaa.(tu
pon susah dan tertewass.sobbss)
- Yelaa, klu
bab harta, pernahkah kita bersedekah smpai level 'berkorban'?(jarang2laa
terpaksa berlapar demi sedekah.hemm). korbankan tidur demi solat tahajjud?huu
memang termuhasabah sgtt!
- Jika kata
cinta Allah, maafkanla 'mereka'. Korbankanlaa perasaan marah tu, bersabar.
Susah nk laksanakan, tapi boleh!biarla klu smpai menangis2 pon untuk memaafkan
sebab hati terluka.tapi bersabarlah!(perempuan laa biasanyaa.hoho)
- Dan
yakinlah, "Kalau kamu berbuat baik, sebenarnya kamu berbuat baik untuk
diri kamu sendiri" :)
2)
Membinasakan pohon-pohon kecintaan terhadap dunia.
- Haaa ni
pon susah. bukanlaa bermaksud kita terlalu mencintai dunia, tapi takut
sayang/cinta kita tuu, bukan didasarkan kerana Allah. as simple as syg nya kita
pada parents. huuuaaa~
- [Qs Al-Ahzab 33:4] "Allah tidak
menjadikan bagi seseorang, dua hati dalam rongganya..." which means,
jika kita kata ada perkara lain dlm hati, mustahil untuk mengatakan ada Allah
jugak. jika kita dah penuhkan hati kita dengan perkara2 lain, susah untuk
meletakkan Allah juga didalamnya. Sebab Allah tu Maha A'lim.Maha Mengetahui
kelemahan dan kelebihan makhluk ciptaannya. Jadi, pilihan dihati
masing2..Meletakkan Allah, atau perkara lainnya?Pilih satu!
-
Hakikatnya, bukanlaa mudah untuk benar2 menghilangkan kecintaan kpda dunia,
tapi, mohonlaa bantuan dan pertolongan Allah. mintalah untuk sentiasaa
dikurniakan taufiq hidayah ke arah redhaNya.
- Mintalah
Allah berikan 'dunia' disaat kita tidak lagi memerlukan 'dunia', agar kita
benar2 dapat meletakkannya ditangan, dan menguruskannya dengan penuh taqwa.
3)
Menghindari agenda-agenda yang melalaikan.
- Jika
merasakan menonton movie, bereffbee, banyak tidur,(dll) itu melalaikan,
bermujahadahlah meninggalkannya/mengurangkannya.
- Kelalaian
adalah musuh utama bagi orang yang mencintai dan dicintai Allah.
4) Membaca
alquran disertai penghayatan dan pemahaman.
- Jika kita
kata mencintai Allah, jagalah hubungan dengan al-quran. Gunakan peluang di
bulan Ramadhan ini untuk benar2 membina hubungan dgn al-quran.
- Yakinlaa
dengan penghayatan dan pemahaman (serta bacaan) al-quran, akan memberi
ketenangan hati dan ketnteraman jiwa. insyaallah.
5) Faham
dengan sebenar-benarnya sifat-sifat Allah serta menghayati asma' alhusna.
- Banyakkan
berzikir dan memahami asma' alhusna kerana dengan mengetahui sifat2 Allah,
membantu kita menjalani kehidupan dengantenang dan kebergantungan sepenuhnya
kpda Allah.
- Melalui
sifat Allah Ar-Razzaq (Allah Maha Memberi Rezki) memberi keyakinan bahawa Allah
akn kurniakn rezki tanpa sekatan mahupun berkurang walau sedikit pon. (serta
byk lagi sifat2 Allah yg lain).
6) Melihat
dan merasa setiap nikmat yg diberi akan menambah kecintaan kpda Allah.
- Antara
tanda Allah mencintai kita juga, adalah apabila kita sentiasaa memandang nikmat
berbanding kekurangan/ujian. Dengan melihat nikmat yg Allah beri hakikatnya
terlalu amat banyak jika dibandingkan dengan ujian. Smoga kita menjadi hamba yg
sentiasa bersyukur dan bersabar.aamiin.
7) Orang
yang mencintai dan dicintai Allah, sentiasa berusaha melengkapkan yg fardhu, dan
menambah amalan- amalan sunat.
- Dalam satu hadis qudsi, dari Abu
Hurairah RA katanya, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah
berfirman,
“Barangsiapa yang menyakiti waliKu, maka
sesungguhnya Aku memaklumkan perang kpdanya. Dan tiada mendekati hambaKu kpdaKu,dengan suatu pekerjaan yang lebih
Aku sukai dari mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya
kepadaKu dgn melakukan segala yang sunat sehingga Aku mencintainya.
Maka apabila Aku telah mencintanya, adalah Aku yang menjadi pendengaran yang ia
dengan dengannya, dan penglihatan yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang
ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; dan demi jika
ia meminta kpdaKu, nescaya Aku berikan kpdanya; dan demi ia meminta
perlindungan kpdaKu, nescaya Aku melindunginya". (HR Bukhari).
8) Mengikut sunnah nabi.
- Berusaha untuk mempertingkat dan mengamalkan amalan2 sunnah dari perbagai
sudut atau aspek. Bukanla difokuskan melalui ibadah khusus shja sprti solat
dhuha, puasa sunat, solat rawatib, dll..tetapi juga merangkumi keseluruhan
kehidupan sekecil2 bermanis muka dengan saudara/orang lain. ini juga
sunnah!
- Contoh yg ustazah beri, seorang suami yang membantu isterinya membuat kerja2
rumah, berlemah lembut, dan berhemah menegur anak isterinya juga sunnah. Nabi
SAW buat tuu.
(heheh..dgr contoh ustazah beri nie, ramai ibu2 tersenyum>.<)
(heheh..dgr contoh ustazah beri nie, ramai ibu2 tersenyum>.<)
9) Sentiasa berzikrullah. Mengingati Allah.
- Berzikrullah dari sudut lisan, kata2, perbuatan, pemikiran, dan
hati..dalam setiap perkara.
- Bermaksud, jika kitaa mengingati Allah dengan kata2, setiap perkataan yg
keluar dr mulut kita hanyalah perkara2 yg baik dan Allah redha. Jika kita
mengingati Allah dengan perbuatan, setiap yang kita lakukan hanyalah perkara
yang Allah suka. (seperti hadis diatas)
10) Bermunajat di sepertiga malam.
- Yup! ustazah kata, nie antara indicator nya jugak bila kita
mengaku kita mencintai Allah..dush2.terkesan sgt. kita kata kita cintakan
Allah, tapi tahajjud seminggu skali pon susah.sobss.
- Jadikanlaa waktu sepertiga malam tu sbgai wktu untuk kita benar2 memuji,
mengingati, mengadu, dan merintih kpda Al-Wadud,yang Maha Mencintai hambaNya.
- Gunakan Ramadhan sbg medan untuk kita perbaiki amalan tahajjud kita dan dalam
usaha mencari lailatul qadar.
- Mintalah kekuatan, taufiq dan hidayah dr Allah untuk bertahajjud serta
menghayati Surah Al-Muzammil (perintah solat tahajjud untuk nabi.dan kita juga)
Alhamdulillah. so thats it!xnak komen pnjg2 dah sbb post nie pon dah
panjang.hee..
Hakikatnya, semua
senarai diatas nie memrlukan mujahadah. back to #1). Semoga Allah sentiasa beri
kekuatan untuk kita berkorban demi meraih redha dan cintaNya.
Akhir kata, berdoalah
kepada Allah agar diberikan
perasaan cinta kpdaNya, bersyukur dgn pemberianNya, bersabar keranaNya, dan
kekuatan utk berhadapan dgn dunia dariNya. aamiin.
may Allah ease~may Allah bless~
No comments:
Post a Comment