Tuesday, 13 January 2015

Sahabat Selamanya~

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Buatmu Sahabat =)

Di awal detik permulaan,
kita tidak saling bersalaman.
Di awal detik perkenalan,
kita tidak saling menyatukan.
Di awal detik pertemuan,
kita tidak saling mengenalkan.

Hari silih berganti..
siang berganti malam,
minggu berganti bulan,
putaran waktu terus beredar dan berputar.

Kini,

Terselitnya rasa mahabah,
terpalitnya rasa kasih,
terpancarnya sinaran ukhwah.

Kita mula mengenal erti persahabatan,
kita mula bersama mengharungi ujian.
Walau terkadang terselit rasa sedih,
walau terkadang terselit rasa marah,
walau terkadang terselit rasa gelisah.

Tapi,

Kita tidak mudah melatah,
hanya dengan sekecil mehnah,
direntas penuh cekal dan tabah,
diharungi diharung tanpa lemah dan rebah,
ditempias tanpa resah dan gundah.

Dari situ lahirnya ikatan ukhwah 
yang semakin bercambah.



TERIMA KASIH sahabatku sayang,
Kau mengajarku erti kematangan,
kau mengajarku erti kesabaran.
Tatkala ku hampir terlena,
kau kejutkanku dari mimpi yang panjang.
Tatkala ku hampir berputus asa,
kau mengingatkanku dengan ayat2 cintaNya.

Duhai Ilahi,
Kau yang Maha Mendengar suara hati ini,
Kau berkatilah persahabatan ini,
Kau kuatkanlah hati kami 
agar tetap redha dengan ujianMu
Kau satukanlah hati kami
dalam mentaati perintahMu.
Amiin Ya Rabbal A'lamin..

may Allah ease~
may Allah bless~


Thursday, 8 January 2015

siapa nombor 1?


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^


Aku tersangat hairan..

Manusia mampu terus bangun dan bergegas untuk bersiap untuk peperiksaan dan kuliah kerana sudah terlambat..
Tetapi berfikir-fikir untuk bangun Subuh..

Manusia sanggup mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk berjumpa manusia.. Perfume, pakai cantik-cantik, baju pun lawa..
Tapi, untuk Allah, baju pun berbau, buat sembil lewa..

Manusia boleh study 5-6 jam, sampai tak tidur.. Tak salah..
Tapi, kenapa nak buka al-quran 5-6 minit pun tak boleh? Baca, hayati maknanya, 5-6 minit je kan?

Manusia merasa tersangat menyesal dan sedih apabila examnya teruk.. Jawab tak sempurna, banyak terlupa.. Risau tak terhingga..
Tapi, kenapa kita tak rasa apa-apa pun kalau solat tak khusyuk? Kenapa tak rasa risau kalau-kalau solat kita tidak diterima apatah lagi memberi kesan kepada hati?

Manusia akan bertindak bersungguh-sungguh apabila dia mengetahui kepentingan sesuatu perkara.. 

Adakah Allah nombor 2 dalam hidup kita?




~JUJURLAH DALAM USAHA MENGGAPAI CINTA DAN REDHA ALLAH~

#copynpaste
#zikirdanfikir
#masihmoodexam
#jommuhasabahdiri :)

may Allah ease~

may Allah bless~

Tuesday, 6 January 2015

Ujian Hati ;(

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Allah..Engkaulah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui isi hati..
2hb-13hb Januari..Minggu exam,penuh dengan cabaran.dan sangat memerlukan kekuatan rohani..huuu

Setiap orang,di uji dengan ujian berbeza,dan dikurniakan rezki yang berbeza..yakinlah!tapii kadang2 hati nie nakal sgt kann..
pernah tak awak2 smua merasa cemburu dengan kelebihan org len??tak kisah laa apa2 bentuk kelebihan pon.Jika kelebihan org lain itu menjadi batu loncatan untuk kita semakin bersemangat untuk berusaha,xpe jugak..tapi jika bukan yang itu?..Allah..jika 'perasaan tu' hadir tanpa diundang,rse mcm nk nangis.sedih sgt..sedih sebab belum berjaya mendidik hati sepenuhnya..sedangkan Allah dh ingatkan,melalui ayat2 cinta-Nya,,xperlu iri hati pada kelebihan yg dah Allah berikan pada org lain..Allah,,bantulah kami untuk usir perasaan tu jauh2..

    Firman Allah.surah Al-Nisa' ayat 32 "Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain.(kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan bagi perempuan juga ada bahagian yang mereka usahakan.Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
    "Dan janganlah kamu tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka,sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal" [surah Taha,20:131]
oleh itu duhai sahabat yang diredhai Allah,andainya ada ketika perasaan tak diundang tu hadir,,istighfar lah.berdoalah semoga kita terhindar dari hasad dengki dan sifat2 mazmumah yang len..antara cara untuk kikis perasaan tu jgk,adalah dengan mendoakn kebaikan untuk kwn kita tu...kenapa?supaya kita dapat halau ego kita jauh2..bila kita mendoakan untuk org lain dgn ikhlas,insyaallah doa itu akan didoakan untuk kita jgk.

p/s:peringatan kpda diri saya dan anda2 skalian..
ingatlah!Allah yang PINJAMKAN nikmatNya kpda kita,,supaya kita belajar erti bersyukur dan merendah hati,bukan untuk menunjuk2..xperlu pon nak menghebohkan kelebihan diri yang Allah PINJAMKAN pada kita,,supaya kita dpt tlg shbt2 kita jaga hati jugak,,okayy^_^


#telahtertulisrezkimu
#pemerhatidarijauh

may Allah ease~
may Allah bless~