Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^
Allah..Engkaulah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui isi hati..
2hb-13hb Januari..Minggu exam,penuh dengan cabaran.dan sangat memerlukan kekuatan rohani..huuu
Setiap orang,di uji dengan ujian berbeza,dan dikurniakan rezki yang berbeza..yakinlah!tapii kadang2 hati nie nakal sgt kann..
pernah tak awak2 smua merasa cemburu dengan kelebihan org len??tak kisah laa apa2 bentuk kelebihan pon.Jika kelebihan org lain itu menjadi batu loncatan untuk kita semakin bersemangat untuk berusaha,xpe jugak..tapi jika bukan yang itu?..Allah..jika 'perasaan tu' hadir tanpa diundang,rse mcm nk nangis.sedih sgt..sedih sebab belum berjaya mendidik hati sepenuhnya..sedangkan Allah dh ingatkan,melalui ayat2 cinta-Nya,,xperlu iri hati pada kelebihan yg dah Allah berikan pada org lain..Allah,,bantulah kami untuk usir perasaan tu jauh2..
Firman Allah.surah Al-Nisa' ayat 32 "Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain.(kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan bagi perempuan juga ada bahagian yang mereka usahakan.Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
"Dan janganlah kamu tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka,sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal" [surah Taha,20:131]
oleh itu duhai sahabat yang diredhai Allah,andainya ada ketika perasaan tak diundang tu hadir,,istighfar lah.berdoalah semoga kita terhindar dari hasad dengki dan sifat2 mazmumah yang len..antara cara untuk kikis perasaan tu jgk,adalah dengan mendoakn kebaikan untuk kwn kita tu...kenapa?supaya kita dapat halau ego kita jauh2..bila kita mendoakan untuk org lain dgn ikhlas,insyaallah doa itu akan didoakan untuk kita jgk.
p/s:peringatan kpda diri saya dan anda2 skalian..
ingatlah!Allah yang PINJAMKAN nikmatNya kpda kita,,supaya kita belajar erti bersyukur dan merendah hati,bukan untuk menunjuk2..xperlu pon nak menghebohkan kelebihan diri yang Allah PINJAMKAN pada kita,,supaya kita dpt tlg shbt2 kita jaga hati jugak,,okayy^_^
#telahtertulisrezkimu
#pemerhatidarijauh
may Allah ease~
may Allah bless~
No comments:
Post a Comment