Monday, 22 December 2014

Panduan Hidup ^^

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Alhamdulillah,,musim exam kembali lagiii(errr..)..and, less than a month insyaallah,,done my degree!!
Allah,cepat dan pantas nya masa berlalu pergi..

okey,.biasa musim2 study week nie,ape yg kita buat?opkos laa study ann..tpi secara spesifiknya,kita mesti pegi tnya kawan2 yg slalu pegi kelas,lecturer ada bagi pape tips tak,topik apa yg agak2 kluar,bincang2 past year questions,ulangkaji topik2 yang tak pahamm..kan kan kann..betul tak?
untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan,dalam test,kita fokus dlm kelas,and pay attention pada apa yg lecturer ckp,.lecturer suruh fokus kat certain2 topic tu,kita ikut..dia suruh buat and fahamkan tutorials,kita buat..sebab??sebab nak lulus dengan cemerlangnyaaa.. (untonglaa anda2 yg cemerlang smpai dpt dean list ann.tahniah^^)



Sahabat2 yg diredhai Allah...pernah tak kita kaitkan smua tuh dgn hakikat sebenar seorg hamba??
apa tujuan penciptaan kita sebagai hamba??
Firman Allah: " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"
[surah Al-Dzariyat; 51:56]
Haa Allah terang2 dah bgtau,,tujuan penciptaan kita,agar beribadah kepadaNya..Maha Suci Allah,Dia beritahu kita tujuan hidup,skali ngn 'kitab panduan' yang sgt tepat isi kandungannya, iaitu al-Quran..

Kita nak berjaya dalam exam,kita ikut ckp lecturer,sbb lecturer tu yg bg soalan,lecturer tu yg akan menilai,..so nak berjaya dunia akhirat,nak masuk syurga (^_^), kita kena laa ikut panduan yg Allah bagi,ann :) ..bila Allah suruh melabuhkan jilbab(tudung)sehingga ke paras dada,kita labuhkan..bila Allah suruh jauhi zina,kita kena berusaha jauhkan diri dari perkara tu..bila Allah suruh wanita beriman utk tidak melenggok2kan suara,kita kena akur..
Sebab Dia yang Maha Menciptakan mahkluk.Dia Al-Khaliq..Dia Yang Maha Mengetahui kelemahan manusia dan mahkluk2 ciptaanNya..
Duhai muslimah,Allah beri byk syarat kpda kita sbb dia tahu kelemahan lelaki..kelemahan mereka bila berhadapan dgn wanita..demi untuk menjaga maruah dan kesucian keduanya,kita taat perintah Allah,kayy ;) (Kita kena tlg mereka jaga hati jugakk tauu!! *harap2 xde org salah phm statement nihh.hihi*)

Allah..sahabat2,bila Allah dh ketuk pintu hati nie dgn hidayah,,time tuhh kita rasa sgt2 terharu,,terharu sebab dalam keadaan hati dan jasad yg masih berbuat dosa,Allah tetap beri peringatan kt kita..betapa Allah Maha Penyayang.. 
"smoga Allah limpahkan taufiq dan hidayahNya kepada kita dan smoga ianya kekal dalam hati hingga akhir hayat kita..aamiiin"



*Kalau kita beli hp or laptop baru,,mesti ada buku panduan kan..supaya kita tak tersalah guna*
*Kadang2 lampu isyarat tuh menyusahkan,buatkan kita lambat..tapi hakikatnya, patuhi lampu isyarat yg menyusahkan tu adalah cara terbaik supaya kita selamat dan supaya smua org dpt peluang yg adil*

#zikirdanfikir
#alldabestsmuaa^_^
#exammodeison
#jadikanalQuranpanduanhidup:)

may Allah ease~
may Allah bless~

Tuesday, 9 December 2014

Menghafal =D

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^


Pada suatu hari.
Dalam sebuah kelas.
Ketika semua pelajar sedang fokus.

Lecturer : All these diagrams are important.make sure you understand it well
Saya        : *owhh okayy..so kena 'tanda' nih(sambil amik highlighter)*
Lecturer : Tapi awak xpayah laa hafal ye.dari hafal benda2 nie, baik hafal al-quran.
Saya        : *gulpp.pesanan ikhlas nie.take note!*






"Beri hatimu pada Allah, pasti Allah temukan untukmu dengan pemilik yang terbaik"
"Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik"

#randomupdate

may Allah ease~
may Allah bless~

Saturday, 6 December 2014

Lafaz Yang Tersimpan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

LAFAZ YANG TERSIMPAN~UNIC~ 
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya


Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia


Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu


Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia


Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata


Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan 


=>mengikut apa yg sye faham,,
*scra tersurat,lagu nie bermaksud.kita xspatutnya ego or tggu masa yg sesuai utk lafazkan betapa kita syg mak n abah kita.sbb takut masa yg 'sesuai' tu tiba,dorg dh xde..hee lagi2 lelaki. #opss..(yelaa,klu abangah n adik cakap 'sayangg mak',,msti mak crita kt saya..haa nk tunjuk betapa dia eksited anak2 laki dia ckp.sbb anak pmpn nie xsegann nak berterus terang.hoho)
*tapi scra tersirat nyer,kne sentiasa berbakti pada ibubapa,buat baik pada dorg,dan palingg penting,sentiasa doakan kesejahteraan dunia dan akhirat mereka tiap2 kali lps solat.berbakti semampu mungkin dan hargai pengorbanan mereka selagi mereka masih hidup,ok!!
=>jika ibu bapa sudah tiada,,berdoalah supaya Allah mengampunkan mereka,diringankan dan terhindar dari azab siksa kubur,tolong langsaikan hutang mereka(selagi mampu) dan sambungkan sillaturrahim dengan sahabat2 mereka..huhu. (ingat!!doa anak yg soleh adalah antara sedekah jariah,sedekah yg berterusan utk parents kita)
=>jika benar sayang,,jagalah hak mak ayah kita.hak dunia dan akhirat..tutup aurat,solat,baca al-quran, buat perintah Allah,tinggalkan larangan Allah..tolong mereka,agar mereka selamat dari siksa kubur.insyaAllah.mudah2an..
~wallahu a'lam~

sayanggg mak abah ^_^ kerana Allah

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah', dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : 'Wahai Tuhanku,  kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik aku diwaktu kecil'
[Surah Al-Isra', 17:23-24]

may Allah ease~may Allah bless~


chocho dan chichi

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^


Assalamualaikum..hee nak tanya.sape suka kucing??eheh..yang saya perasan,xramai orang yang suka kucing nih.yg takut,xminat,n mmg xske pon ada..hehe
saya pon xske kucing jugak.dulu.sebab time kecik2,kat kawasan umah tu,ada sekor kucing nih,nakalll sgt.dia ske kejar2 org.haaa tu main reason kenapa sye mmg xske makhluk berbulu si 'meeoww' tuhh.
masa berlalu~sejak ada sorg ustazah kt skolah nie bg tazkirah supaya belajar utk syg kucing,(sbb Nabi Muhammad SAW pon syg kucing^.^),,sye pon blaja laa utk mesra alam ngn si meoww2 nie..

cerita nihh mesti boring..tapi nk share jugak!hehe.nak dijadikan cerita,bulan Ramadhan baru nih (july) ada sekor kucing betina ni beranak kat depan rumah.lima ekor plak tuhh anak dia.haihh berak n kencing merata,dok mengiau2 kat pintu rumah,,haa rse srabut sgt. yg jadi mangsa,saya n abah laa yg kne bersihkan najis2 dorg(padahal abah yg byk buat.hahah),sbb kitorang yg bg makan klu dorg tu dok ngiau2,,.*terpaksa bertanggungjawab -.- *
owhh ya.time raya tuh,kitorang blek kg,seminggu laa jgk..smpai2 jer,tgk kucings tu ada dh kt depan umah,.dan yang menyedihkan,anak dia tinggal 4 ekor je,sekor lagi hilang,xtau kt mne.tapiii 2 ekor jer yg gerak2..sye igtkan,2 ekor lagi tuh tido mati,rupa2 nya,mmg dah mati.keras..huu..abah yg kebumikan bangkai kucing 2 ekor tuh.hmm siann plak kt si ibu tuh,.
disebabkan tinggal dorg bertiga,,sye bg nme.si ibu chocho,anak1 chacha,anak2 chichi..satu hari tuh,,time sye kt kolej,akak wasep,tetibe hntr gmbr chacha yg tgah nazak.kne buli ngn budak2..hari esoknya,,chacha mati.abah jugak yg tolong tanam bangkai chacha.huuu sedihh~

dipendekkan crita,,4bulan dah berlalu.4bulan jugak laa umo chichi..hee chocho n chichi dah jdi haiwan peliharaan kt umah.dorg bebas bergerak ke mana saja.klu nk kluar,dorg ngiau2 kt pintu tuh.hujan ke,lapar  ke,dorg balik laa.hehe tido pon kt dlm umah.hoho.sronokkkk tgk dorg men.bahagia jer..tapiiiii termasuk hari ni,dah seminggu chocho xblek umahh..tinggal chichi si anak jer.bila tnyaa kwn2 yg ada kucing nih,dorg ckp,,sama ada kena curi,atau mati kne langgar.haaa sedihhh..smggu yg berlalu nih,,bpe kali dh sye nangis sbb tringat kt chocho..sedihh sbb kesian kan si chichi xdpt men2 ngn ibu dia,n sedih sbb klu mati kt mne2,,msti smua org biar jer bangkai dia membusuk,.sobss..pape pon,saya yakin,Allah sebaik2 Pemelihara..hati kne redha.Alhamdulillah.Allah bg peluang merasa perasaan nih.chichi pon dah dah besar sket,xpayah menyusu dah.pasti ada hikmah :)
walaupun skg chichi xceria mcm slalu,.asyik makan tido makan tidooo jer,tpi masa berlalu,,mesti chichi pon akan ok (dia pon mcm manusia jugak.hee)
huu xpelaa.saya anggap tu sbhagian dr ujian Allah jugak..sedangkan kucing hilang pon dh sedih sgt,,Allah~apatah lagi klu diuji kehilangan org yg kita syg..xbole nk byg.takut pon ada..tapii

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan" [surah Al-Anbiya', 21:35]

"Semua yang ada dibumi itu akan binasa" [surah Al-Rahman, 55:26]





Semoga mak,abah,akak,abangah,n adik dalam peliharaan Allah slalu :)

*hee asif.maaf sebab ayat tunggang langgang*
*mood:rinduuu*

"kullu nafsin zaaiqatul maut"
may Allah ease~may Allah bless~