Saturday 6 December 2014

Lafaz Yang Tersimpan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

LAFAZ YANG TERSIMPAN~UNIC~ 
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya


Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia


Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu


Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia


Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata


Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan 


=>mengikut apa yg sye faham,,
*scra tersurat,lagu nie bermaksud.kita xspatutnya ego or tggu masa yg sesuai utk lafazkan betapa kita syg mak n abah kita.sbb takut masa yg 'sesuai' tu tiba,dorg dh xde..hee lagi2 lelaki. #opss..(yelaa,klu abangah n adik cakap 'sayangg mak',,msti mak crita kt saya..haa nk tunjuk betapa dia eksited anak2 laki dia ckp.sbb anak pmpn nie xsegann nak berterus terang.hoho)
*tapi scra tersirat nyer,kne sentiasa berbakti pada ibubapa,buat baik pada dorg,dan palingg penting,sentiasa doakan kesejahteraan dunia dan akhirat mereka tiap2 kali lps solat.berbakti semampu mungkin dan hargai pengorbanan mereka selagi mereka masih hidup,ok!!
=>jika ibu bapa sudah tiada,,berdoalah supaya Allah mengampunkan mereka,diringankan dan terhindar dari azab siksa kubur,tolong langsaikan hutang mereka(selagi mampu) dan sambungkan sillaturrahim dengan sahabat2 mereka..huhu. (ingat!!doa anak yg soleh adalah antara sedekah jariah,sedekah yg berterusan utk parents kita)
=>jika benar sayang,,jagalah hak mak ayah kita.hak dunia dan akhirat..tutup aurat,solat,baca al-quran, buat perintah Allah,tinggalkan larangan Allah..tolong mereka,agar mereka selamat dari siksa kubur.insyaAllah.mudah2an..
~wallahu a'lam~

sayanggg mak abah ^_^ kerana Allah

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah', dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : 'Wahai Tuhanku,  kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik aku diwaktu kecil'
[Surah Al-Isra', 17:23-24]

may Allah ease~may Allah bless~


No comments:

Post a Comment