Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah...syukur,.dah hampir 4 bulan berlalu.benarlah pepatah arab,. "masa itu ibarat mata pedang.jika kita tidak memotong masa, masa yang akan memotong kita" (eheh..ada kaitan kerr)
Tak sangka, 4 bulan yang hampir berlalu nie, bermakna 4 bulan saya tamat pengajian dan 4 bulan jugalah saya di sini.mencipta memori. Di sini, Sek Men Islam Al-Amin Gombak...Menjadi guru ganti,di sini, memang tak terlintas di fikiran,tapi yakin.."telah tertulis rezkiku"..hehhe..mengimbau kembali detik2 lalu, macam mana bole berada disini. Bermula dengan sembang2 kosong dengan jiran, menyatakan niat nak menjadi guru ganti.Beberapa hari kemudian, dia bagi number seseorang untuk dihubungi.ingat lagi, petang jumaat,pukul 5 petang..tapi disebabkan dia bagi number hp, so try jugak laa call.Nasib baik beliau angkat.hihihi(buat2 xtau office hour dah tamat).Then, beliau suruh datang hari Isnin.perhh..semangat siapkan resume dll..Isnin (2 Feb), terus menuju ke pejabat.kot2 kena interview...tak lama kemudian, beliau datang, suruh tunggu kerani untuk ambil borang n beliau ckp, "lepas isi borang, join perhimpunan ye". Saya jawab, "baikk"..tapi dalam hati.."ehh,trus diterima?alhamdulillah>_<"
Menjadi seorang guru,merupakan cita-cita saya suatu masa dulu..Alhamdulillah,Allah bagi peluang merasa perasaan tu..syukur.semoga pengalaman sepanjang menjadi guru nie dapat digunakan untuk mencapai cita-cita sebenar,menjadi pensyarah matematik ;) *doa kan ye^^*
Setiap yang berlaku,adalah dengan izin Allah..dari bulan Feb disini,hingga kini,bulan Mei..hihi dapat juga merasa sambutan Hari Guru Sek Men Islam Al-Amin..bukan hadiah yang diharapkan,bukan juga ucapan puji-pujian yang didambakan.cukup sekadar kalian memahami apa yang di ajar,itu sudah cukup melegakan dan memuaskan hati..
Setiap pekerjaan adalah amanah.Begitu juga pendidik..memikul amanah untuk menyampaikan ilmu dan secara tidak langsung,berdakwah.
Memikul amanah sebagai pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu duniawi.Malah,penekanan terhadap akhlak,aqidah dan ibadah pon penting...
Baru-baru nie,terdapat pelajar yang rasa berputus asa dengan result yang dia dapat,.merasa betapa tak pandai nya dia..merasa betapa tak bergunanya dia..Allah,saat tu hati meronta2 nak memberitahu,bahawa rahmat dan kasih sayang Allah tu sangattt luas.Allah menguji kerana sayang.itulah pentingnya peranan pendidik,menyuntik harapan dan semangat,dan menyatakan hakikat kebergantungan kepada Allah itulah keutamaan..syukur,.
Nikmat kefahaman milik Allah..apa yang mampu saya lakukan hanyalah berusaha untuk memahamkan,berdoa, dan bertawakal...kadang2,bila terdapat pelajar yang xfaham sesuatu pembelajaran,kebanyakan guru akan menyalahkan pelajar,kerana malas,salah mereka sendiri,main2..ye,.saya setujuu sangat.tetapi, reflect balik kesilapan guru tu juga penting..adakah kita dah bersungguh2 mengajar?adakah kita dah mengikhlaskan hati untuk menyampaikan ilmu?adakah kita telah mendoakan pelajar-pelajar?
Allah,,semoga Kau kurniakan nikmat keikhlasan dalam hati kami melakukan sesuatu itu keranaMu lancarkanlah lidah kami untuk menyampaikan ilmuMu, dan kurniakanlah nikmat kefahaman kepada pelajar-pelajar kami semuanya..Ya Allah,Ya Fattah, Ya A'lim...
aamiiin.
#sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Ta'ala =D
may Allah ease~may Allah bless~
No comments:
Post a Comment