Monday, 19 January 2015

love story :)



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^
Sedang aku duduk bersendirian, fikiranku laju bermain dengan pelbagai persoalan. Tiba-tiba aku disapa oleh teman sebilikku, Nurul Iman.
"Assalamualaikum, Shera," katanya kepadaku.
Aku tersenyum sewaktu memandang wajahnya, sungguh lembut dan tenang hati memandang. "Waalaikumussalam," jawabku.
"Nun termenung jauh, sedang berfikir tentang apa?" tanya Iman.
Perlukah aku beritahu dia? Siapakah dia? Adakah berhak dia mengetahui segala isi hatiku walhal kami baru sahaja kenal? Haih.. Entahlah. Apa yang pasti, tidak mampu aku mengeluarkan kata-kata pada saat itu. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan.
Biarpun aku tidak menjawab persoalannya, dia tidak mengambil hati. Malahan, dia masih mengatur bicara untuk memecahkan kesunyian di antara kami. "Hmm.. Mesti awak tengah fikir tentang cinta, kan?"
Aku masih diam membisu. Sungguh mudah dia menebaknya. Apa jelas sangatkah kelihatan mengenai isu itu di rautku? Diukirnya sebuah senyuman di wajahnya yang mulus. Mahu dikatakan dia cantik seperti supermodel, tidak. Mahu dikatakan dia tidak cantik, menarik pula bila dipandang wajahnya. Apa yang pasti aku dapat merasakan satu ketenangan di saat aku menatap wajahnya. Dia kelihatan baik. Kelihatan seperti boleh dipercayai. Senyuman di bibirnya masih terukir.
Dilihatnya wajahku seraya menyambung kata, "Bercinta ni seronokkan?"
Tersengih aku dibuatnya. Mahu sahaja menjawab seronok tapi hati segan pula. Dia seakan mengerti perasaanku yang mungkin agak segan untuk berbicara soal ini. Apatah lagi, aku tidak pernah mengenalinya.
"Rasa macam di awang-awangan. Apa orang kata? Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena... Kan?" tanpa jemu dia cuba mendapatkan responku.
"Hmm.. Mungkin," jawabku ringkas.
"Haa? Mungkin?" soalnya disusuli dengan tawa nipis.
Aku hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.
"Awak pernah bercinta?"
"Entahlah. Saya pun tak tahu nak kata macam mana," aku meluahkan kepadanya.
"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak pasti?"
"A'ah. Mahu dikatakan kami bercinta, kami tidak pernah declare pun. Mahu kata tidak, kami berhubungan lagaknya seperti orang yang bercinta. Saya sendiri tak pasti."
"Titt!" Telefonku berbunyi menandakan masuk satu mesej. Terus aku buka dan baca, 'Nenek! Nenek dah sombong kan, sekarang? Asyik busy je. Jom jumpa! :D'
Entah mengapa aku tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh Haziq yang ku gelarnya 'atok'. Terus laju jariku menari di atas butang-butang telefon bimbitku, membalas mesej kepada rakanku itu. Sedari sekolah lagi kami memang rapat. Biarpun sering bertengkar, tapi hubungan kami bertambah mesra. Aku berasa senang bila bersamanya. Ada semacam perasaan seronok dan adrenaline ku laju mengalir dalam tubuh di saat aku meluangkan masa bersamanya.
'Ahah. Tak pasal-pasal lah atok ni! Sombong apa ke benda nya? Awat? Rindu eh? :p'
-message sent-
"Dapat mesej dari yang tersayang ke?" soal gadis berlesung pipit itu melenyapkan khayalanku sebentar tadi.
"Isy.. Bukanlah. Kawan je," jawabku tersipu-sipu malu.
"Iye ke?" nadanya seolah mengusikku. "Kalau kawan takkan lah senyum lebar sampai ke telinga?"
"Titt!" -message in-
'Mestilah rindu nenek yang tersayang ni...... :*'
Sekali lagi bibirku mengukir senyuman. Entah kenapa aku tersenyum pabila membaca mesej yang dihantar oleh kawan lelakiku itu. Seolah-olah satu tindakan luar kawal. Seolah-olahadrenaline ku tidak mahu surut pabila ada sahaja perkara yang berkaitan dengannya. Hmm... Aku jadi terfikir mungkinkah aku sedang bercinta tanpa aku sedari? Mungkin inilah yang dikatakan cinta cuma aku masih mahu menafiknnya selagi kami tidak official? Ah! Tak! Tak mungkin! Takkanlah kami bercinta sedangkan kami selalu bertengkar?
Aku ketepikan sebentar telefon tanganku, seraya menjawab persoalan yang diajukan oleh teman sekamarku, "Sungguh, lah. Kitorang kawan, tak couple pun. Hmm.. Kalau kamu nak tahu, dari dulu sampai sekarang memang niat Shera nak cinta pertama dan terakhir untuk suami Shera je. Tak nak lah kongsi dengan orang lain. Apa seronok. Nanti kalau kita dah kahwin, dah tak rasa dah nikmat bercinta. Lagi satu, orang selalu kata cinta pertama paling susah nak lupa tak kira lama mana pun. Sebab first love selalu bagi kesan paling mendalam. Jadi, mestilah Shera nak suami Shera jadi cinta pertama. Tak nak lah bila kahwin nanti terkenang pulak dekatex-boyfriend ke apa ke, kan?" Panjang lebar aku berikan jawapan. Terasa puas bila dapat beritahu pada orang tentang prinsipku biarpun ditanya berpuluh kali.
Wajahnya begitu lembut, ditambah pula dengan senyuman yang tak pernah lekang daripada bibirnya membuatkan aku senang untuk berbicara soal ini dengannya. Dia kelihatan begitu tenang sekali sebelum meluncurkan kata-kata daripada bibirnya.
"Oh. Baguslah macam tu. Seronok mendengarnya. Sejuk perut ibu mengandung."
Aku tersenyum mendengar setiap tutur bicara yang keluar daripada mulutnya. Kadang, ada timbul sedikit perasaan bangga kerana biarpun aku bukannya daripada keluarga yang alim-alim, yang memakai tudung labuh atau niqab, aku masih lagi berpegang teguh dengan prinsip. Sekurang-kurangnya dapatlah dia mengerti aku juga faham syara'. Aku faham Islam melarang hubungan couple sebelum bernikah.
"Hmm.. Awak, pernah bercinta?" ku tanya gadis kecil molek yang duduk disebelahku. Saja mahu mengujinya.
"Bercinta? Mestilah pernah. Rugi tau orang yang tak pernah bercinta," ujarnya tanpa segan silu.
Kata-katanya itu membuatkan perasaan ingin tahu ku mebuak-buak. Rupa-rupanya orang yang disangka baik ini, yang lembut tutur bahasanya, yang baik budi pekertinya masih juga bergelumang dengan perkara sebegini. Benarlah sangkaanku selama ini. Biar sealim mana pun orang, mesti ada juga yang pernah terlibat dengan benda-benda ini.
"Seriously? Tak tipu?" aku berasa sedikit teruja dengan jawapan yang diberikannya.
"Iya. Buat apa saya nak tipu awak?"
"Wow! Kalau macam tu, story lah kat saya. Siapa boyfriend awak tu? Berapa lama korang dahcouple?"
"No... No.. No... Saya lebih suka kalau awak sebut kekasih.. Kekasih hati. Tak syok lah sebutboyfriend sebab saya ramai boyfriend tau.." ujarnya bergurau.
"Ish.. Tak sangka kan... Kamu ni nampak je macam ni. Tapi, ramai boyfriend rupanya. Apa orang kata, alim-alim kucing? Eeee... Gatal......" usikku.
"Lah... Awak pun ramai boyfriend cakap orang. Tu, Rahman, Azree, Farish, Daniel semua tu siapa? Haaa."
Aik? Dikenakan aku semula. Loyar buruk sungguh minah seorang ni. Nasib baik mood aku baik, kalau tak memang kena dengan aku. Ishh......
"Iya lah.. Apa-apa lah cik Nurul Iman bt Yahya oii... Tak habis-habis dengan loyar buruknya tu. Tapi kan, Iman... Kenapa kamu saving sangat ha? Tak pernah nak share kat saya pun pasal kekasih hati kamu tu?"
"Hmm... Ada lah... Cuma awak tu.. Sibuk sangat bermesej dengan teman tapi mesra."
Aku hanya tersipu malu mendengar komennya.
"Awak ingat awak je rindu kat 'atok' awak tu? Saya pun rindu tau dekat cinta hati saya tu. Rinduuuuu sangat. Ish... Tak terkatalah. Rasanya rindu awak kat 'atok' pun tak boleh challengekerinduan saya kot?"
"Aik... Ni macam dah lain dah ni? Rindu, rindu... Mesti selalu dating kan? Sebab tu rindu macam tak boleh nak berpisah langsung dah ni.. Kan?" aku cuba mengorek dengan lebih mendalam lagi.
"Bravo! You got 10 points for the correct answer!" ujar Iman sambil menepuk-nepuk tangan.
"Ish.. Seriously. Betul, kan kamu selalu dating? Kan kan?"
"Saya serious lah ni... Tiap-tiap kali dapat panggilan daripada cinta saya tu, mesti kena pergidating lah. No kompromi. Kalau tak, kena marah... Eeee... Takut tau kalau kena marah."
"Garang juga kan kekasih awak tu. Nasib baik lah 'atok' tu reti merajuk je, tak marah-marah."
Dia tersenyum nipis mendengar kata-kataku itu. Iman kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Ha, marah tu kan tanda sayang. Kalau awak nak tau... Dia sweet sangat. Hari tu saya kena mouth cavity sebab itu lah. Manis sangat," ujarnya sambil ketawa nipis.
"Hmm. Iya lah... Tapi kan Iman, kenapa Shera tak pernah pun nampak kamu contact dengan dia? I mean, tak pernah pun nampak kamu SMS ke... Call ke... Pelik juga. Kamu ni saja reka cerita eh?"
"Ish.. Tak lah. Memanglah awak tak pernah nampak saya SMS ke, call ke. Sebab saya old school. Baca surat cinta je. Lagipun, kekasih hati selalu je call saya."
"Yeah? Hmm.. Siapa eh dia? Dari tadi kamu cerita tapi tak sebut pun nama dia. Cuba kamu cakap siapa dia. Mana tau saya kenal...."
"Betul ni nak tau?"
"Iya... Mana tau nanti kita boleh keluar sama," ujarku.
"Allah."
Aku terdiam membisu mendengar kalimah itu yang keluar daripada bibirnya. Iman yang dari tadi duduk di sebelahku tersenyum melihat aku terpinga-pinga.
"Mesti Shera terkejut kan kenapa saya cakap macam tu?"
Aku masih terdiam. Terasa seperti dipermainkan pun ada. Kusangkakan dia juga sepertiku. Tapi...
"Tapi.... Tadi kamu kata dia call lah, bagi surat cinta lah, marah lah.... Kamu cerita as if he is a man. Tapi...."
Iman masih mengekalkan senyuman di bibirnya sebelum menjawab persoalan yang bermain di mindaku.
"Shera, setiap kali azan, setiap kali itulah Allah call saya. Kalau saya tak jawab, kalau saya tak 'dating' dengan Dia, tidakkah Dia marah? Lagipun, Allah memang sweet. Sebab Allah tak pernah tinggalkan kita, hambaNya, dalam keadaan yang terkapai-kapai tanpa petunjuk. Sebab tu Allah bagi kita surat cinta iaitu Al-Quran. Allah pun selalu bagi kita hadiah. Hari-hari, setiap detik, setiap waktu. Cuba awak bayangkan kalau Allah tak hadiahkan kita mata. Setiap kali kita nak melihat, terpaksa sewa dengan Allah. Jenuh, kan kita?"
Tiada kata yang dapat aku susun untuk mematahkan hujah teman sebilikku itu. Setiap butir kata yang diluahkannya ada kebenarannya. Aku tunduk malu mendengar apa yang dia perkatakan.
"Hmm.. Memang lah. Tapi, siapa yang nak membujang sampai ke tua? Allah sendiri suruh kita usaha kan dalam apa jua perkara? Jadi, saya cuba mengenali hati budi dia. Lagipun, bukannya kitorang couple..."
"Shera, awak nak tak suami yang baik?" tanyanya lembut.
Aku mengangguk tanda ya.
"Kalau awak nak suami yang baik, awak mesti jadi baik dulu, kan?" tanyanya lagi.
Sekali lagi aku mengangguk tanda setuju.
"Jadi, apa kata sebelum awak bercinta dengan manusia, awak bercinta dengan pemberi cinta dulu. Let Allah be in your heart before anybody or anything else. Lagipun, love story kita kan Allah yang tulis?"
Love story kita Allah yang tulis. Ya, satu pesanan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sekarang, baru aku mengerti... Jangan hanya berangan untuk dapat satu pertemuan yangsweet tetapi, binalah satu percintaan yang sweet dengan Si Pemilik Cinta. Insya-Allah, love storykita akan menjadi sweet.

*smoga bermanfaat^_^*
may Allah ease~
may Allah bless~

No comments:

Post a Comment