Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^
Hamba. Tujuan penciptaannya adalah untuk beribadah kepada Yang Maha Pencipta. Setiap perkara yang dilalui setiap hamba telah pon ditetapkan oleh Dia.
Namun terkadang,hati ni nakal..Di saat di uji dengan sedikit cubaan dan ujian, hanya itu yang menjadi fokus..Memikirkan ujian yang datang menimpa, lebih banyak berbanding memikirkan nikmat yang tidak terhitung yang telah dikurniaNya. Ujian nie datang dalam pelbagai bentuk dan untuk mendapatkan ganjaran syurga yang exclusive, kita mestilah di uji dulu,kann :)
Allah berfirman: " Dan sesungguhnya akan Kami berikan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu)orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'(Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali) "Surah Al-Baqarah ayat 155 & 156
Kenapa perlu adanya ujian???
Okayy kita buat analogi.(ehh yeke panggil nya analogi?heheh).Contohnya sistem pendidikan kt negara kita,.kenapa ditekankan peperiksaan, gradings, softskills, dll tu??antara sebabnya,untuk mencungkil kebolehan students dan bagi ganjaran(anugerah dekan, olahragawan, olahragawati, dan macam2 anugerah lagi laa.hee) kpda sesiapa yang dapat good grades dan talented dalam bidang tertentu.
Begitu jugak utk dapatkan syurga ;) kita perlu diuji untuk diukur tahap kesabaran dan kesyukuran kita atas setiap yang Allah dah tetapkan.
Firman Allah: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"
Surah Al-Baqarah ayat 214
Ketika sesuatu ujian yang tidak kita jangka datang menyapa, hati nie sampaikan merasa."Kalaulah aku.." "Kalaulah ini..." "Kalaulah itu.." ~Tapi hakikatnya,,perlu ker ber 'kalau kalau' sedangkan kita tahu,setiap yang terjadi adalah dengan kehendak Allah.
Ya,memang susah nak dilaksanakan berbanding hanya menyatakan..tapi kita bole cuba =D
Pertama sekali, beristighfarlahh.mungkin disebalik ujian itu,ada teguran dari Yang Maha Mengetahui.Kemudian,muhasabah diri.mungkin juga perkara yang berlaku adalah akibat kecuaian dan sikap kita.Allah tidak menguji saja2,melainkan pasti terselit hikmah yang tersendiri..yakin!..dan yang paling penting,sabar dan redha.Bagaimana mahu sabar dan redha??Pujuk lah hati.positifkan minda.fikirkan nikmat2 yang Allah beri yang tidak terhitung berbanding ujian yang 'sedikit' tuu.huhu.walaupun kita terpaksa bermonolog dengan diri sendiri,lakukann..Ingat!Allah tidak membebani seseorang melebihi kesanggupan nya.Jika kita rasa besar nyaa ujian yang diberi,itu tanda nya kita sememangnya org yang kuat!Orang yang kuat memang bisa di uji dengan ujian yang agak berat..
DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT^.^
Iringi setiap langkah kakimu dengan hati yang berani;
Tabah dalam perjuangan mencapai keredhaan Allah;
Ukirlah senyuman dibibirmu meskipun hatimu sakit dipanah ujian;
Sampaikan segala harapan dalam doa yang tulus dari hatimu diwaktu bersendirian denganNya;
Ketahuilah...
Sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu;
Walau seberat mana cabaran yang dibekalkanNya kepadamu;
Tak pernah sedetik pun Dia meninggalkanmu,
Kerana itulah tanda Dia merindui dan mencintaimu.
Ujian itu tanda Allah sayang.dan jika Allah uji lagi?tandanya Allah bagi kasih sayang lebih,kannn :)
Ingat!PAsti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. dan pilihan yang kita telah buat dalam hidup (semoga Allah sentiasa memilih kita untuk sentiasa berada dalam agama Islam,agama yang benar ini.aamiin) telah pun tertulis dalam rencana Yang Maha Esa..teruskan berjalan..usaha, doa, tawakkal dan kebergantungan kepada Allah tu sumber kekuatan orang beriman. moga Allah berkati perjalanan ini.
Semoga sinar kejayaan terpancar dihujung jalan.
Sabar dan redha lahh wahai penghuni Syurga. Allah ada.
Sabar dan redha lahh wahai penghuni Syurga. Allah ada.
*apa yang Allah takdirkan tu baik belaka..bersangka baiklah wahai hati :)*
#bukansekadarmemerhatitapiakumerasai
#bukansekadarmemerhatitapiakumerasai
may Allah ease~
may Allah bless~
Tiada kesabaran yang tidak berbalas.. :)
ReplyDeleteawakk..jazakillah untuk peringatan.huu
ReplyDelete