Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^
Kehidupan setiap orang tu tak samaa,kan. Ada yang cantik, ada yang hensem. Ada yang kaya, ada yang miskin.Ada yang pandaii,skali blaja terus paham,tapi ada jugak yang biasa2 jer. Ada yang rumah dia besarr dan cantik,ada yang rumah dia kecik jer. Ada yang kulit putih, ada yang gelap. Ada yang kerja, ada yang tak kerja lagi. Ada yang bujang, ada yang dah kawen. Ada yang kawen n ada anak, ada jugak yang dah kawen,tapii tak dapat anak..dan macam2 lagii la~tak tersenarai pon..heee memang tak sama. Kadang-kadang, kita cemburu kt kehidupan org lain. yang kita rasa kann "bestnyerrr kalau dapat jadi dia.ada segalanya"..eerrr.pasti ker best n bahagia kalau dpt nikmat mcm 'dia' jugakk?
Duhai sahabat yang dirahmati Allah,.sebenarnya kann,setiap yang Allah dah pilih untuk kita,itulaa pilihan yang terrbaik..nak jadi hamba yang SENTIASA bersyukur nie mungkin bukan semudah yang dikata. tapi,yakin laa.bila kita letak Allah kt hati, perasaan syukur n merasa cukup tu akan dtg dgn sendirinyaa.insyaallah..antara yg paling penting,kita kena belajar merendah hati..takde satu benda pon yang kita ada sekarang nie,hak mutlak kita.everything belongs to Allah.Ya!Dia punyaa..so tak payah nak bangga, nak rasa bagus,nak rasa dah hebat..hee ada satu ayat cinta nie,,antara yang saya sukaaa sgt.ayat tu membuatkan kita rasa mcm kita nie bukan siapa2 kalau kita tak berusaha nak capai title 'mulia' yang Allah dah tetapkan tu.
Firman Allah "...Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti." [Surah Al-Hujurat, 49:13]
Sekadar contengan..Meluahkan apa yang tiba2 terlintas.ngee~Well, dunia nie kann sementara. Allah nyatakan dunia nie hanya sekadar permainan dan perhiasan. Kesenangan yang palsu jerr [rujuk surah Al-Hadid,57:20].
Owhh btw,.post kali nie nak share sket,my fav quotes dr Hlovatinta~emm.mne2 yang rasa sentap,jom sentap sama2~huu.
MUTIARA KATA HLOVATE :)
- Segala benda bergantung dengan niat. Tak ada benda yang kita buat nie sia-sia kalau semua benda niat kerana Allah~(fuhh, awal2 dah ckp pasal niat,.yelaaa..sebab kalau bole, kita tak nak satu saat pon masa kita terbazir dengan sia-sia,kannn)
- Cari tujuan hidup. Tapi kena cari dulu makna dan erti hidup. Baru kita boleh tentukan kita nak hidup untuk apa.Erti hidup ada di mana-mana. Terpulang mahu buka atau pejam mata...(Sebenarnyaa, masih ramai orang yang xtahu tujuan hidup,kan!kita duk sebok pikir smua masalah org lain, masalah yang menjadi2 kat malaysia nie.tapii,ada sesiapa sedar tak,,perkara pokok nya, sebab xtau tujuan hidup..huhu,.kalau smua org tahu dan amalkan tujuan hidup, insyaallah selesai smua benda..biiznillah~smoga ada kesempatan utk sye share pasal tujuan hidup tuu..best sgt bila dpt tau!!believe me ;) )
- Nak cari bahagia tu bukan cukup dengan cari duit aje. Ingat tu! Hajat hidup nie banyak sebenarnya. Jangan sampai hajat tak kesampaian sebelum mati. (Semoga sempat bertaubat sebelum ajal,,huu tu laa antara hajat yg nak capai,.betul takk). Kalau benar bahagia tu bukan datang daripada duit dan kerjaya, apa benda yang melengkapkan hidup sebenarnya?? (jomm sama2 muhasabah balikk..)
- Kalau nak qiyam (bangun malam), sepatutnya tak perlu ada sebab-sebab yang khusus untuk qiyam. Tanda syukur :) .Tak salahkan??Kongsilah cerita dengan Allah. Allah tak pernah judge. Patut rasa selesa dan bersyukur untuk itu. Qiamullail tu sumber kekuatan, sumber inspirasi, sumber rezki,.Allah sayang dgn hamba-hambaNya yang bangun berjaga malam untuk bermunajat pada Dia..lets do it bcoz of Allah^.^
- Hiduplah kat dunia ni sebagai orang dagang, bukan pemastautin tetap yang seolah-olah takkan balik jumpa Tuhan. (sebagai analogi, kita on the way back from Penang to KL,.Destinasi kita KL.So, bila jumpa RnR,kita just stop for a while kann,.solat,makan,pegi tandas,tido sekejap.then sambung perjalanan. Kita settlekan apa2 yang pentingg jer.xdelaa sampai buat rumah kt RnR tu~huu macam tulaa jugak hidup kat dunia.kita buat benda yang perlu jerr,in order to reach final destination kita,syurga. Kita buat perkara2 penting jerr,untuk pastikan perjalanan kita selamat,.smoga dipermudah dan smoga kita terus kuattt.aamiin~)
- Mujur Allah tak cabut nyawa sebelum betul2 kenal Dia siapa. Mujur Allah belum takdirkan ajal dalam keadaan tak sedar hidup di dunia untuk apa. Tapi bukan semua orang sedar hal tu. (Alhamdulillah masih dapat bernafas. Jadi kepada diri sendiri dan anda2 skalian jugak, grab the chances! Jom laaa kembali kepada Dia,jom kenal Dia, Pencipta dan Pencinta kitaa. Paling basic nak kenal Allah, tadabbur Surah Al-Nas, Al-Falaq, dan Al-Ikhlas.tpi actually, mne2 ayat cinta dalam al-Quran tu memang untuk mengenal Dia pon ><)
- Segalanya kembali kepada benda asas. Tanggungjawab. Tak kisah laa status diri tu sebagai apa. Selagi masih bernama manusia, maknanya secara automatik memang dah ada tanggungjawab yang tergalas di bahu. Tanggungjawab sebagai hamba Dia. (heee bila dah nama nya hamba, kita ada list of things to do~bukan semata-mata pegang title tauu. yelaa..kalau tgk blek zaman dlu,hamba tu kann kena taat tuan dia, ikut ckp tuan dia,buat semuaa bnda nak puas kan hati tuan dia,terima apaa jer yg tuan dia buat kat dia.. So,since kita pegang title yg lebih besar,hamba Allah,kita kena buat sesuatu yang lebihh lagii,okayy!)
- Setiap hari adalah kesempatan. Kesempatan untuk raih reda dan cinta Allah. (Jommmm!jom berusaha untuk dapatkan cinta dan reda Allah tuuu~)
"Biar jalan setapak,asal tak tersungkur sebelum sampai"
#zikirdanfikir
#kitahambaDia^_^
#kearahmelaksanakantujuanhidup
may Allah ease~may Allah bless~
No comments:
Post a Comment