Monday, 21 March 2016

engkau tak pernah sunyi

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ^_^

Alhamdulillah, smoga kita dapat menjadi hamba yang sentiasaaa bersyukur dengan rezki kurniaan Allah,.Allah masih beri peluang utk kita bernafas, dan masih beri peluang untuk bertaubat..supaya kita sentiasa back to Allah.

Hari nie just nak share something dari buku yang saya baca,.
'Tinta 2 Asyraf'. by Hilal Asyraf and Imam Muda Asyraf..
buku yang saya beli, tanpa sengaja..eheh
So, tadi just sambung baca bahagian yang bertanda.
Tajuk dia, "engkau tidak pernah sunyi"..hmm mula2 baca tajuk, xde perasaan pon. proceed..

Permulaan penulisan kali nie, beliau (Hilal Asyraf) ajak pembaca sama2 tadabbur alam melalui ayat2 cintaNya. dan ketika itu menjadikan saya manusia yang berfikir, bila beliau memberikan contoh..
pokok-pokok dihutan yang tetap tumbuh walau tidak dibaja directly oleh manusia.. 
ikan-ikan dilaut yang tetap membesar walau tidak diberi makan oleh manusia..
semut-semut di tanah yang masih hidup walau tidak dipelihara oleh manusia..
awan-awan dilangit yang tetap teguh dilangit, walau tidak dikawal oleh manusia..
siapakah yang menumbuhkan, yang memelihara, dan menjaga alam ini?
"Dialah Allah, Tuhan yang Maha Esa" [QS Al-Ikhlas, 112:1]

Sungguh, Allah itu Esa pada dzat, sifat, dan pada kerjaNya juga..Bukanlah manusia yang memperjalankan kitaran alam ini.,tapi segalanya berlaku dengan kehendak Allah. Bahkan sistem dan fungsi-fungsi organ manusia juga dikawal oleh Allah~Subhanallah =D Dia lah yang memberi rezki kepada makhlukNya. "Allah tidak meminta rezki darimu, bahkan Dia lah yang memberi rezki"..
[QS Al-A'raf 7:96]  "Jikalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, ..."
Begitu juga kehidupan kita sebagai manusia., selalu menyangka, kawanlah yang akan menjadi pembantu dan penghibur kita. Selalu bergantung pada orang sekeliling untuk menceriakan suasana sampai hadirnya perasaan takut..takut kehilangan.
Yup, sya setuju jer,,itu lumrah sebagai manusia. kita takut utk merasa kehilangan.. anak yang takut kehilangan ibubapa, isteri yang takut kehilangan suami, pekerja yang takut kehilangan kerjaya, orang-orang kaya yang takut kehilangan hartanya, dan macam2 lagii lah.
emm tapi, beliau state dlm nie, hakikat perasaan takut yang hadir tu adalah, jika kita tidak mempunyai hubungan dengan Allah. Lupa bergantung kepada Allah. Lupa semua ini hanya pinjaman dari Allah.

fuhh, sangat betul apa yang beliau coretkan. misalnya bila kita rindu parents or family kita..betulla kena call, tanya khabar, dll..tapii satu benda yang kita selalu lupa, bahawa Allah Sebaikbaik Pemelihara..berdoalah,. smoga Allah jaga family kita..huhu..tu laa antara maksud bergantung kepada Allah. yakin dan berserah hanya pada Dia,.

Ketiadaan hubungan dengan Allah, adalah punca kepada semua masalah kita.

Perrghh. statement beliau makan dalam. tapii bila muhasabah balik, memang betul pon..huhu. kalau ada org yang stress disebabkan sesuatu kerja, kerja xmenjadi dan sebagainya,.means 'dia' lupa Allah yang membantu mempermudah urusan.. kalau ada org yang terlalu bersedih dengan perkara yang menimpanya, means 'dia' lupa, itu semua hanyalah ujian, yang Allah dah tetapkan..
So, solusi kepada semua perkara, adalah sentiasa ber husnu dzon dengan Allah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. bina hubungan dengan Allah. bergantung hanya kepada Allah. bila kita sentiasa positive dengan setiap perkara yang terjadi, kita akan menjadi hamba yang berlapang dada menerima ketentuanNya. biiznillah.
[QS Al-Talak 65:2-3]   "...Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberi rezki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"



Semoga kita dapat sentiasa berlapang dada
Redha menerima ketentuanNya
Kerna Allah sentiasa ada
Kerna kita hambaNya
Kerna kita perlu tunduk dan patuh padaNya
Kerna kita nak Syurgaaa >_< insyaallah
*may Allah bless*

No comments:

Post a Comment