Sunday, 26 March 2017

Mengharapkan syurga melalui sabar

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang

Baru2 nie, ada join Mabit (Malam Bina Iman dan Taqwa)..so, biasa nyaa akan ada pengisian time mabit tu..and as expected, ada :) (smile >.<)
Tajuk nya adalah, SABAR~fuhh. pasti ada sebab Allah takdirkan saya dpt pengisian niee..huu
and a few new things yg saya dpt, the true meaning of sabr. Sabar tu adalah menahan perkara-perkara negatif dalam diri, demi untuk mendapat keredhaan Allah.

وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ

"dan kerana Tuhanmu, bersabarlah"


[74:7] one of my fevret ayahh(ayat)..bersabar kerana Allah.bersabar untuk mendapat keredhaan Allah. semata2!!
Maybe most of us dah tau, sabar ni terbahagi kepada 3.
  • Sabar dalam ketaatan
  • Sabar meninggalkan maksiat
  • Sabar menghadapi ujian
Dalam tigatiga bahgian tuu, saya sgt tertarik dgn explanation beliau dalam bab sabar meninggalkan maksiat. YEs! i think i'm struggling jgk dgn benda nihh. maksiat tuu, bukan sahaja antara laki pmpn je, tapi personally, bg saya maksiat tuu adalah apa2 perbuatan dosa yg Allah xredha kita buat. Contohnya, membazirkn masa dgn  ber'online' saja2, x ihsan dlm menyiapkan kerja yg lecturer bg, buruk akhlak dijalan raya as simple as tak bg signal nak masuk simpang, bermasam muka dgn org yg kita xsuka/buat jahat dgn kitaa atau tarik muka bila parents mintak tolong..seeee!nmpk simple jee..tapi inilaa antara bnda2 kecil yg kita pndg remeh walau hakikatnyaa, sgt2 perlu dimuhasabah balik.huu
Hari tu ada baca satu buku nie,,penulis tu kata, MUJAHADAH tuu adalah bersungguh-sungguh MENINGGALKAN PERKARA YANG BUKAN IBADAH! fuhhh fuhhh..hebatnyaa amal dia. yelaa,klu kita (saya), just tinggalkn perkara2 maksiat, mujahadah laa tuu..tapi dia, bukan stakat xberbuat maksiat/ dosa, tapii jugak mujahadah utk memastikan 24/7 masa yang dia ada, hanya ibadah. which is back to tujuan hidup, abid n khalifah..



hemm, apa tanda2 perbuatan kita tu dosa??dalam HR Ahmad, Rasulullah ada bsabda bahawa dosa itu adalah sesuatu yang meresahkn hati..


عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ النَّاسُ عَلَيْهِ 
Dari Nawwas bin Sam’an Al Anshari, bahwa ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan dan dosa. Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa itu adalah apa yang menggelisahkan hatimu dan kamu benci jika manusia mengetahuinya.” (HR Ahmad No: 16975)
Antara pengajaran yg saya dpt dr hadis nie, bila kita berbuat sesuatu, dan kita jdi terfikirfikir, jadi tak tenang, prasaan rasa bersalah tu dtg, maybe itula dosaa. So, perbykkan laa istighfar, mhasabah balik perbuatan kita tu dan tanamkan dlm hati untuk segera tinggalkn dan tidak ulangi perbuatan tu lagii. Ittaqullah! Takutlah kpda Allah..Moga2 Allah sentiasa kurniakn kita hati yg bersih untuk terus menerima petunjuk dan hidayahNya (Amiin~), sebabb hati yg dah 'kotor', pasti sukar utk terima hidayah Allah dan lebih teruk lagi,, kita mungkin xrasa bersalah dah walopon berbuat kemungkaran. Nauzubillahi min zaalik.

Owh dan lagi satu, pntingnyaa sabar meninggalkn maksiat sebabb "Meninggalkn maksiat wajib adalah lebih utama dr berbuat ibadah sunat". Mungkin agak keliru ayt nie..tapi nk ckpnyaa, perbuatan mengumpat, memfitnah, dan menghina org lain sgt dimurkai Allah walopon si fulan tu banyak bertahajjud dan berpuasa sunat.. keburukan yg si fulan tu buat membawa kpda consequences yg lbh buruk/byk berbanding amaln2 sunat yg dia lakukan.huhuu

Mogamoga, Allah sentiasaa dorong hatihati kita untuk melawan hawa nafsu yg buruk.insyaallaah~ Jomm jadikan ayat cinta ni sbg motivationn..ngeee~
"Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya"[Al-Naziat 79: 40-41]
Akhir kata, rasakanlah bahawa bukanlaa kita je yg sdg struggle nk bersabar..Hakikatnya, Nabi Yusuf juga bersabar apabila dihukum masuk penjara krna yakin itulah ketetapan Allah yg terbaik buatnya. Nabi Musa pon bersabar melawan kerisauan dlm diri apabila Allah memerintahkn untuk dia berdakwah kepada Firaun yg zalim, malah cth terbaik kita pon, Nabi Muhammad SAW tetap bersabar untuk berdakwah dan menanam kecintaan kpda Allah kpda umatnya, walaupun jelas dakwahnya ditolak mentah2 dan dihina (cth:Bani Thaqif, di Taif). Sedangkn nabi juga diuji, apatah lagi kita, kan!

Makanya wahai perindu syurga,
bersabarlah menghadapi ujian dan mehnah2 kehidupan dunia,
bersabarlah meninggalkan dosa yang kotor dan keji tu,
bersabarlah melaksanakan perintahNya sbg hamba,
redhalah dengan setiap ketetapan Allah buat kita,
bersyukurlah sentiasa kerna hakikatnya kita xpunya apa2,
dan yakinlah slalu dengan janjijanjiNya~ ;)



#mogaslalusabar
#letjannahbemymotivation
#sabarlahwahaiatiqah!

No comments:

Post a Comment