Thursday, 10 September 2015

Ujian itu tanda sayang ;)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Hamba. Tujuan penciptaannya adalah untuk beribadah kepada Yang Maha Pencipta. Setiap perkara yang dilalui setiap hamba telah pon ditetapkan oleh Dia.
Namun terkadang,hati ni nakal..Di saat di uji dengan sedikit cubaan dan ujian, hanya itu yang menjadi fokus..Memikirkan ujian yang datang menimpa, lebih banyak berbanding memikirkan nikmat yang tidak terhitung yang telah dikurniaNya. Ujian nie datang dalam pelbagai bentuk dan untuk mendapatkan ganjaran syurga yang exclusive, kita mestilah di uji dulu,kann :)

Allah berfirman: " Dan sesungguhnya akan Kami berikan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu)orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'(Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali) "
         Surah Al-Baqarah ayat 155 & 156

Kenapa perlu adanya ujian???
Okayy kita buat analogi.(ehh yeke panggil nya analogi?heheh).Contohnya sistem pendidikan kt negara kita,.kenapa ditekankan peperiksaan, gradings, softskills, dll tu??antara sebabnya,untuk mencungkil kebolehan students dan bagi ganjaran(anugerah dekan, olahragawan, olahragawati, dan macam2 anugerah lagi laa.hee) kpda sesiapa yang dapat good grades dan talented dalam bidang tertentu.
Begitu jugak utk dapatkan syurga ;) kita perlu diuji untuk diukur tahap kesabaran dan kesyukuran kita atas setiap yang Allah dah tetapkan.

Firman Allah: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"
Surah Al-Baqarah ayat 214

Ketika sesuatu ujian yang tidak kita jangka datang menyapa, hati nie sampaikan merasa."Kalaulah aku.." "Kalaulah ini..." "Kalaulah itu.." ~Tapi hakikatnya,,perlu ker ber 'kalau kalau' sedangkan kita tahu,setiap yang terjadi adalah dengan kehendak Allah.
Ya,memang susah nak dilaksanakan berbanding hanya menyatakan..tapi kita bole cuba =D

Pertama sekali, beristighfarlahh.mungkin disebalik ujian itu,ada teguran dari Yang Maha Mengetahui.Kemudian,muhasabah diri.mungkin juga perkara yang berlaku adalah akibat kecuaian dan sikap kita.Allah tidak menguji saja2,melainkan pasti terselit hikmah yang tersendiri..yakin!..dan yang paling penting,sabar dan redha.Bagaimana mahu sabar dan redha??Pujuk lah hati.positifkan minda.fikirkan nikmat2 yang Allah beri yang tidak terhitung berbanding ujian yang 'sedikit' tuu.huhu.walaupun kita terpaksa bermonolog dengan diri sendiri,lakukann..Ingat!Allah tidak membebani seseorang melebihi kesanggupan nya.Jika kita rasa besar nyaa ujian yang diberi,itu tanda nya kita sememangnya org yang kuat!Orang yang kuat memang bisa di uji dengan ujian yang agak berat..
DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT^.^
Iringi setiap langkah kakimu dengan hati yang berani;
Tabah dalam perjuangan mencapai keredhaan Allah;
Ukirlah senyuman dibibirmu meskipun hatimu sakit dipanah ujian;
Sampaikan segala harapan dalam doa yang tulus dari hatimu diwaktu bersendirian denganNya;
Ketahuilah...
Sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu;
Walau seberat mana cabaran yang dibekalkanNya kepadamu;
Tak pernah sedetik pun Dia meninggalkanmu,
Kerana itulah tanda Dia merindui dan mencintaimu.

Ujian itu tanda Allah sayang.dan jika Allah uji lagi?tandanya Allah bagi kasih sayang lebih,kannn :)
Ingat!PAsti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. dan pilihan yang kita telah buat dalam hidup (semoga Allah sentiasa memilih kita untuk sentiasa berada dalam agama Islam,agama yang benar ini.aamiin) telah pun tertulis dalam rencana Yang Maha Esa..teruskan berjalan..usaha, doa, tawakkal dan kebergantungan kepada Allah tu sumber kekuatan orang beriman. moga Allah berkati perjalanan ini.
Semoga sinar kejayaan terpancar dihujung jalan.
Sabar dan redha lahh wahai penghuni Syurga. Allah ada.

*apa yang Allah takdirkan tu baik belaka..bersangka baiklah wahai hati :)*
#bukansekadarmemerhatitapiakumerasai

may Allah ease~
may Allah bless~

Monday, 13 July 2015

Ramadhan Ini

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Alhamdulillah,syukur kepadaMu ya Allah,.kerana masih beri peluang dan ruang untuk hambaMu ini merasa suasana Ramadhan,bulan yang mulia ini sekali lagii..
Hari ini,26 Ramadhan..tinggal 3hari jer lagi,bulan yang penuh dengan kerahmatan,pahala,dan keampunan ini akan berlalu pergi...Bulan yang sangat ditunggu tunggu oleh Orang Beriman,kerana pahala yg sangat berganda ganda(bole mencapai sehingga 700 kali ganda) dan keampunan Allah yang sangat luass.Apa beza keampunan Allah pada bulan Ramadhan dengan keampunan Allah pada bulan bulan lain???Siapa tahu?hehhe..btw..untuk pengetahuan kalian,keampunan Allah pada bulan2 lain,jika kita berbuat kesilapan,kesalahan tu akan tetap tercatat walaupun Allah dah ampunkan..tapiiii pada bulan Ramadhan,Allah akan ampunkan dosa-dosa kita,dan kesalahan atau kesilapan tu akan turut dipadam,di delete..ya!di DELETE...seolah olah kita tak pernah berbuat kesalahan tu..sebab tu lah,doa yang dianjurkan nabi, "Allahumma innaka a'fu'un karim,tuhibbul afwa fa'fu anni" doa meminta keampunan dan kemaafan dari Allah...(sharing dari kakak usrah.hee)..Allah..Maha Penyayang nya Dia..Dia mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia mengabulkan permintaan pada sesiapa yang meminta.



Oh yaa,lagi 1 nak cakap,,jom perbanyakkan berdoa,.antara waktu mustajab berdoa adalah waktu sebelum berbuka..jom rebut peluang nie..
*klu sesiapa yang kena menghidang makanan kt rumah time time tu,xpe,sambil2 angkat makanan tu pun bole berdoa..hee ;)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran"
(Surah al-Baqarah ayat 186)

Allah Maha Mengabulkan permintaan dan permohonan hamba yang meminta..Berdoalah sebanyak mungkin..semoga Allah kabulkan,.tapi jika tidak,BERSANGKA BAIK lah denganNya.mungkin doa kita ditangguhkan atau doa kita diganti dengan sesuatu yang lebih baik..Setiap yang kita lalui telah pon tercatat dalam perancangan Allah..Manusia merancang,tapi Allah adalah Sebaikbaik Perancang.sangat yakin!!!...Semoga Allah permudahkan semuanya~

*dapatkah kita terus istiqamah jika Ramadhan berlalu pergi???
Jom jadi hamba Allah, bukan 'hamba Ramadhan' sahaja~

#tepukdadatanyaiman
#semogaistiqamah
#lailatulqadar
#meturns23=)

semoga Allah redha~

Friday, 29 May 2015

Satu Amanah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^ 


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah...syukur,.dah hampir 4 bulan berlalu.benarlah pepatah arab,. "masa itu ibarat mata pedang.jika kita tidak memotong masa, masa yang akan memotong kita" (eheh..ada kaitan kerr)

Tak sangka, 4 bulan yang hampir berlalu nie, bermakna 4 bulan saya tamat pengajian dan 4 bulan jugalah saya di sini.mencipta memori. Di sini, Sek Men Islam Al-Amin Gombak...Menjadi guru ganti,di sini, memang tak terlintas di fikiran,tapi yakin.."telah tertulis rezkiku"..hehhe..mengimbau kembali detik2 lalu, macam mana bole berada disini. Bermula dengan sembang2 kosong dengan jiran, menyatakan niat nak menjadi guru ganti.Beberapa hari kemudian, dia bagi number seseorang untuk dihubungi.ingat lagi, petang jumaat,pukul 5 petang..tapi disebabkan dia bagi number hp, so try jugak laa call.Nasib baik beliau angkat.hihihi(buat2 xtau office hour dah tamat).Then, beliau suruh datang hari Isnin.perhh..semangat siapkan resume dll..Isnin (2 Feb), terus menuju ke pejabat.kot2 kena interview...tak lama kemudian, beliau datang, suruh tunggu kerani untuk ambil borang n beliau ckp, "lepas isi borang, join perhimpunan ye". Saya jawab, "baikk"..tapi dalam hati.."ehh,trus diterima?alhamdulillah>_<"



Menjadi seorang guru,merupakan cita-cita saya suatu masa dulu..Alhamdulillah,Allah bagi peluang merasa perasaan tu..syukur.semoga pengalaman sepanjang menjadi guru nie dapat digunakan untuk mencapai cita-cita sebenar,menjadi pensyarah matematik ;) *doa kan ye^^*
Setiap yang berlaku,adalah dengan izin Allah..dari bulan Feb disini,hingga kini,bulan Mei..hihi dapat juga merasa sambutan Hari Guru Sek Men Islam Al-Amin..bukan hadiah yang diharapkan,bukan juga ucapan puji-pujian yang didambakan.cukup sekadar kalian memahami apa yang di ajar,itu sudah cukup melegakan dan memuaskan hati..

Setiap pekerjaan adalah amanah.Begitu juga pendidik..memikul amanah untuk menyampaikan ilmu dan secara tidak langsung,berdakwah.
Memikul amanah sebagai pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu duniawi.Malah,penekanan terhadap akhlak,aqidah dan ibadah pon penting...
Baru-baru nie,terdapat pelajar yang rasa berputus asa dengan result yang dia dapat,.merasa betapa tak pandai nya dia..merasa betapa tak bergunanya dia..Allah,saat tu hati meronta2 nak memberitahu,bahawa rahmat dan kasih sayang Allah tu sangattt luas.Allah menguji kerana sayang.itulah pentingnya peranan pendidik,menyuntik harapan dan semangat,dan menyatakan hakikat kebergantungan kepada Allah itulah keutamaan..syukur,.

Nikmat kefahaman milik Allah..apa yang mampu saya lakukan hanyalah berusaha untuk memahamkan,berdoa, dan bertawakal...kadang2,bila terdapat pelajar yang xfaham sesuatu pembelajaran,kebanyakan guru akan menyalahkan pelajar,kerana malas,salah mereka sendiri,main2..ye,.saya setujuu sangat.tetapi, reflect balik kesilapan guru tu juga penting..adakah kita dah bersungguh2 mengajar?adakah kita dah mengikhlaskan hati untuk menyampaikan ilmu?adakah kita telah mendoakan pelajar-pelajar?

Allah,,semoga Kau kurniakan nikmat keikhlasan dalam hati kami melakukan sesuatu itu keranaMu lancarkanlah lidah kami untuk menyampaikan ilmuMu, dan kurniakanlah nikmat kefahaman kepada pelajar-pelajar kami semuanya..Ya Allah,Ya Fattah, Ya A'lim...
aamiiin.

#sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Ta'ala =D
may Allah ease~may Allah bless~