Tuesday, 6 January 2015

Ujian Hati ;(

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Allah..Engkaulah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui isi hati..
2hb-13hb Januari..Minggu exam,penuh dengan cabaran.dan sangat memerlukan kekuatan rohani..huuu

Setiap orang,di uji dengan ujian berbeza,dan dikurniakan rezki yang berbeza..yakinlah!tapii kadang2 hati nie nakal sgt kann..
pernah tak awak2 smua merasa cemburu dengan kelebihan org len??tak kisah laa apa2 bentuk kelebihan pon.Jika kelebihan org lain itu menjadi batu loncatan untuk kita semakin bersemangat untuk berusaha,xpe jugak..tapi jika bukan yang itu?..Allah..jika 'perasaan tu' hadir tanpa diundang,rse mcm nk nangis.sedih sgt..sedih sebab belum berjaya mendidik hati sepenuhnya..sedangkan Allah dh ingatkan,melalui ayat2 cinta-Nya,,xperlu iri hati pada kelebihan yg dah Allah berikan pada org lain..Allah,,bantulah kami untuk usir perasaan tu jauh2..

    Firman Allah.surah Al-Nisa' ayat 32 "Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain.(kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan bagi perempuan juga ada bahagian yang mereka usahakan.Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
    "Dan janganlah kamu tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka,sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal" [surah Taha,20:131]
oleh itu duhai sahabat yang diredhai Allah,andainya ada ketika perasaan tak diundang tu hadir,,istighfar lah.berdoalah semoga kita terhindar dari hasad dengki dan sifat2 mazmumah yang len..antara cara untuk kikis perasaan tu jgk,adalah dengan mendoakn kebaikan untuk kwn kita tu...kenapa?supaya kita dapat halau ego kita jauh2..bila kita mendoakan untuk org lain dgn ikhlas,insyaallah doa itu akan didoakan untuk kita jgk.

p/s:peringatan kpda diri saya dan anda2 skalian..
ingatlah!Allah yang PINJAMKAN nikmatNya kpda kita,,supaya kita belajar erti bersyukur dan merendah hati,bukan untuk menunjuk2..xperlu pon nak menghebohkan kelebihan diri yang Allah PINJAMKAN pada kita,,supaya kita dpt tlg shbt2 kita jaga hati jugak,,okayy^_^


#telahtertulisrezkimu
#pemerhatidarijauh

may Allah ease~
may Allah bless~

Monday, 22 December 2014

Panduan Hidup ^^

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Alhamdulillah,,musim exam kembali lagiii(errr..)..and, less than a month insyaallah,,done my degree!!
Allah,cepat dan pantas nya masa berlalu pergi..

okey,.biasa musim2 study week nie,ape yg kita buat?opkos laa study ann..tpi secara spesifiknya,kita mesti pegi tnya kawan2 yg slalu pegi kelas,lecturer ada bagi pape tips tak,topik apa yg agak2 kluar,bincang2 past year questions,ulangkaji topik2 yang tak pahamm..kan kan kann..betul tak?
untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan,dalam test,kita fokus dlm kelas,and pay attention pada apa yg lecturer ckp,.lecturer suruh fokus kat certain2 topic tu,kita ikut..dia suruh buat and fahamkan tutorials,kita buat..sebab??sebab nak lulus dengan cemerlangnyaaa.. (untonglaa anda2 yg cemerlang smpai dpt dean list ann.tahniah^^)



Sahabat2 yg diredhai Allah...pernah tak kita kaitkan smua tuh dgn hakikat sebenar seorg hamba??
apa tujuan penciptaan kita sebagai hamba??
Firman Allah: " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"
[surah Al-Dzariyat; 51:56]
Haa Allah terang2 dah bgtau,,tujuan penciptaan kita,agar beribadah kepadaNya..Maha Suci Allah,Dia beritahu kita tujuan hidup,skali ngn 'kitab panduan' yang sgt tepat isi kandungannya, iaitu al-Quran..

Kita nak berjaya dalam exam,kita ikut ckp lecturer,sbb lecturer tu yg bg soalan,lecturer tu yg akan menilai,..so nak berjaya dunia akhirat,nak masuk syurga (^_^), kita kena laa ikut panduan yg Allah bagi,ann :) ..bila Allah suruh melabuhkan jilbab(tudung)sehingga ke paras dada,kita labuhkan..bila Allah suruh jauhi zina,kita kena berusaha jauhkan diri dari perkara tu..bila Allah suruh wanita beriman utk tidak melenggok2kan suara,kita kena akur..
Sebab Dia yang Maha Menciptakan mahkluk.Dia Al-Khaliq..Dia Yang Maha Mengetahui kelemahan manusia dan mahkluk2 ciptaanNya..
Duhai muslimah,Allah beri byk syarat kpda kita sbb dia tahu kelemahan lelaki..kelemahan mereka bila berhadapan dgn wanita..demi untuk menjaga maruah dan kesucian keduanya,kita taat perintah Allah,kayy ;) (Kita kena tlg mereka jaga hati jugakk tauu!! *harap2 xde org salah phm statement nihh.hihi*)

Allah..sahabat2,bila Allah dh ketuk pintu hati nie dgn hidayah,,time tuhh kita rasa sgt2 terharu,,terharu sebab dalam keadaan hati dan jasad yg masih berbuat dosa,Allah tetap beri peringatan kt kita..betapa Allah Maha Penyayang.. 
"smoga Allah limpahkan taufiq dan hidayahNya kepada kita dan smoga ianya kekal dalam hati hingga akhir hayat kita..aamiiin"



*Kalau kita beli hp or laptop baru,,mesti ada buku panduan kan..supaya kita tak tersalah guna*
*Kadang2 lampu isyarat tuh menyusahkan,buatkan kita lambat..tapi hakikatnya, patuhi lampu isyarat yg menyusahkan tu adalah cara terbaik supaya kita selamat dan supaya smua org dpt peluang yg adil*

#zikirdanfikir
#alldabestsmuaa^_^
#exammodeison
#jadikanalQuranpanduanhidup:)

may Allah ease~
may Allah bless~

Tuesday, 9 December 2014

Menghafal =D

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^


Pada suatu hari.
Dalam sebuah kelas.
Ketika semua pelajar sedang fokus.

Lecturer : All these diagrams are important.make sure you understand it well
Saya        : *owhh okayy..so kena 'tanda' nih(sambil amik highlighter)*
Lecturer : Tapi awak xpayah laa hafal ye.dari hafal benda2 nie, baik hafal al-quran.
Saya        : *gulpp.pesanan ikhlas nie.take note!*






"Beri hatimu pada Allah, pasti Allah temukan untukmu dengan pemilik yang terbaik"
"Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik"

#randomupdate

may Allah ease~
may Allah bless~