Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^
Assalamualaikum sahabat2 yang disayangi kerana Allah..apa khabar iman kita hari ini?sihat kah?sudah diberi 'makan' kah?hee walau sesibuk mana pon kita,jangan lupa beri makan kepada rohani ye.hihi..siann hati nanti.moga2 hati kita sentiasa segar dan sihat ye :)
emm hari nie nak berkongsi sajak (err tapi xbrapa menjadi laa **xmcm sajak dah..haha) dengan sahabat2 smua....hikss..baca ye!!ngee~ tajuk nya,.
MUSLIMAHKU SAYANG,BANGKITLAH!
Dari tak pakai tudung,kita mula pakai tudung.
Dari pakai tudung yang singkat, kita mula melabuhkan tudung.
Dari tangan terdedah,kita mula tutup dengan baju lengan panjang,tutup dengan sarung tangan.
Hakikatnya,ingat senang ke semua tu?Hakikatnya,ingat mudah ke nak istiqamah dalam perkara2 tu?
Hakikatnya,ingat kuat ke nak berhadapan dengan orang yang perli2 kita,org yg kutuk2 kita,org yang caci kita?
Secara jujurnya,,mula2 tu memang tak mudah.mula2 tu memang susah.mula2 tu memang payah.
tapi,,dalam perit kita menerima kritikan dan kutukan,..nak tau tak apa yang lebihhh memeritkan???
yang sangat MEMERITKAN adalah,.BILA ORG PANDANG KITA BAIK..pandang kita sempurna..pandang kita cukup terjaga..sedangkan,,hati kita masih dicemari dosa..Allah~
Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya,
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya,
Muslimah tertutup dan terjaga itu sempurna orangnya.
Tapi,,
Orang tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh,
Muslimah itu kadang kadang jatuh,
Muslimah itu kadang kadang tak utuh
Muslimah itu kadang kadang tersasar jauh
Muslimah itu kadang kadang lebih berdosa dari pendosa
Muslimah itu kadang kadang terpesong dari landasannya
Hakikatnya,,
Muslimah itu sama,
Hanya manusia biasa
Yang punya jiwa, yang punya rasa..
Hakikatnya,,
Orang tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia,
Kerana dia sedar,
Hatinya tak sejernih yang orang nampak,yang orang kata.
**sedihnya...bila dianggap sempurna,sedangkan hati tak seindah itu.sobss**
Duhai muslimah,
Bertabahlah,.andai itu jalan yang kita pilih.
Yakinlah,Allah yang memelihara kita,
Allah yang menjaga kita,
Lalu,terpulang pada cara kita untuk menghargainya dan menjaganya.
Hidayah Allah itu perlu dicari,bukan dinanti.
Cari sejauh mungkin,gali sedalamnya,
Setelah ditemui,berusaha lah untuk menghalang hidayah itu dari berlalu pergi
Kerana,bila ia pergi,belum tentu kita akan menemuinya kembali.
Duhai muslimah,
Biarlah hati belum bersedia,asalkan kita usaha.
Tidak mengapa jika kita memilih untuk menutup luaran dulu,walaupun dosa belum tertutup sepenuhnya.
Kerana,usaha kita BUKAN KERANA MANUSIA,tapi usaha kita untuk meraih redhaNYA.insyaAllah.
Sekurang-kurangnya,kita cuba menutup apa yang wajib ditutup.
Sekurang-kurangnya,kita cuba menjaga amanah yang diberi Pencipta.
Mungkin dengan usaha kecil kita tu,
Allah kurniakan taufiq dan hidayahNya,
kita tak tahu,kann..
Betul!!
Manusia tu tak sempurna,
Namun jika perubahan tu lillahitaala (kerana Allah Taa'la),
Kuatlah!
Bangunlah!
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bangkitlah!
Ayuh bersama munuju redha Allah!!
Smoga Allah Permudahkan segalanya..heee.Semoga kita dapat istiqamah dalam usaha untuk menggapai dan meraih cinta Allah^_^..hee insyaAllah,.moga bermanfaat..
may Allah ease~may Allah bless~
No comments:
Post a Comment