Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^
Allahu Allah =)
Syukur hari nie berkesempatan nak menaip lagi..hee berlalu sudah.minggu yang penuh dengan assignment dan test..fuhh..harap2 usaha berbaloi!hehe..(padahal beratur panjang lagi test n assignment yg belum settle). Cepat betul masa berlalu. hee sekejap jee,nak dekat dah final exam..hmmm.dan.sebagai manusia.sebagai hamba..selalu sangat laa rasa xcukup ngn masa yang ada kan?sedar xsedar,,kita slalu sgt2 mintak masa lebih.masa yang lebih panjang..klu bole,nak sehari tu ada lbih dr 24 jam...sebab kita rasa.dengan masa lebih,kita bole buat lagi byk keje..Allah..
owhh ya.. ada satu pepatah melayu,."masa itu emas"..hehe.tapi orang yang kaya2,byk duit, bole jgk nak bli emas tuh.hakikatnya,.masa itu lebih berharga dari emas.stuju x?heheh..sebab,xde sorg manusia pon yang bole pergi ke masa lepas..kata Imam al-Ghazali, apa benda yang palinggg jauh ngn kita??masa lepas..sebab?sebab mmg kita xkan mampu berpatah balik ke masa lepas,,mcm dlm cite doraemon tuhh..heheh dongeng dan hiburan semata-mata..apa yang perlu kita hargai adalah,masa sekarang dan yang akan datang.
sahabat2,.nak tau tak,Nabi Muhammad SAW dulu pon.dia ada 24jam jugak..dia bole bahagi kan masa untuk keluarga,masyarakat,negara,.jadi pemimpin yang berwibawa, adil, dan disayangi lagi tuh..haa kita?ada?huu~
manusia nih.jarang sekali nak rasa bersyukur,kan..padahal,dah melimpah ruah dah nikmat yang Allah bagi..
hee sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah,.antara 2.diberi masa yang lebih panjang untuk kita selesaikan sesuatu tugasan atau masa yang berkat,iaitu kita dapat selesaikan sesuatu perkara on time..mana yang akan kita pilih??hee tentunya masa yang berkat kan?..keberkatan masa tu,apabila kita merasa segalanya dipermudah..segala yang sulit n hakikatnya susah,.tapii hati kita tetap dengan keyakinan bahawa adanya Allah sebaik-baik pemberi pertolongan..tapi dengan syarat, USAHA!!
memang benar,.setiap orang tu,,rezki,nikmat dan ujian nya berbeza-beza..tahap kefahaman nya pun berbeza.cara berfikir yang berbeza.apa hikmah setiap perbezaan ini?supaya kita saling bertukar pendapat,bertukar idea,dan berkongsi ilmu..ilmu Allah tu kan luas..hee..untuk merasa nikmat masa yang berkat pun,kita kena usaha kan..so.saya ada sedikit tips untuk sahabat2.moga bermanfaat ye :)
Tips Belajar-Semoga Beroleh Keberkatan =D
1) Belajar niatkan kerana Allah..
- sebenarnya apa2 yang kita buat pun,sgt2 la perlu diniatkan kerana Allah.dalam sekecil2 perkara pun..
- misalnya nak makan, minum, mandi, menaiki kenderaan, berjumpa sahabat2, beriadah, spend time dgn family, kahwin(nak jugak letak.hehe), online, dll..tersangatlah indah.jika setiap perkara kita niatkan kerana Allah,secara tak langsung,akan sentiasa merasa diperhatikan.ngee~ (so kita akan buat bersungguh sungguh laa..sbb ada Allah Yang Maha Melihat..hee)
- cara nak disiplin kan diri?patuhi jadual belajar(kalau ada buat laa.hehe)..
- yang lebih penting,cuba amalkan untuk baca satu muka surat al-Quran stp kali sebelum study..
- klu rasa rajin lagi, bole jgk spend time untuk hafazan..niatkan untuk hafal al-Quran,dan pastikan ada target.misalnya,dalam sebulan,at least nak hafal 2 surah..so.insyaAllah dipermudah..yakinn jer dengan Dia. (nak share sket,.untuk peringkat2 awal,.cuba laa target nak hafal surah2 kegemaran^_^.. misalnya surah al-jumuah, surah al-mulk, surah yaasin, surah as-sajdah, surah al-kahfi dll)...kalamullah nie,.kalau kita slalu amalkan,insyaAllah mudah dihafal..hee
- antara perkara paling penting untuk kembalikan caj positif nie,adalah dengan bersangka baik.bersangka baik dengan Allah, dengan orang lain, dan bersangka baik dengan diri sendiri..sebab apa?sebab kita memangg kena yakin pada kemampuan diri sendiri tau!! (yeahh!we can do it!)heheh
- jika ada sesuatu yang menghalang fokus, kita perbaharui wudhu',solat sunat 2 rakaat (apa2 solat sunat..solat sunat taubat ke,hajat ke, solat sunat wudhu' pun bole.hee)
- owhh ya,.solat sunat dhuha juga,sangat2 dituntut untuk kita amalkan..mudah.2 rakaat pon xpe..hehe..seawal 7.40 pagi pon dah bole buat.(klu ada kelas awal pagi..insyaAllah sempat.cuba curi2 masa k!)kalau yg guna hp power2 tu,,download laa apps waktu solat..masuk waktu solat dhuha pon dia bgtau..hee. solat dhuha nie,bukan untuk kita ingat pada duit, kaya, dan magnet rezki,.tapi yang paling penting,sebagai tanda syukur dan ingatan kita kepada Allah.Ar-Razzak,.Tuhan Yang Maha Memberi Rezki.
- kita mesti cuba sedaya upaya untuk solat di awal waktu.. kalau lelaki, sebaiknya ditunaikan secara berjemaah di surau atau masjid.huu rugi betul jejaka2 yang xnak merebut peluang nie..Allah kan sayang pada ar-rijal(pemuda2) yang hatinya terikat pada masjid^^.hee cubalah jadi pemuda tu!,.bagi para wanita, Nabi Muhammad SAW xlarang kita solat dimasjid atau disurau, tapi solat dirumah itu adalah lebih baik :) (haaa bole rasa tak,betapa berlemah lembut nya nabi,..dia xlarang secara keras pon.tapi dia bgtau apa yang sebaiknya untuk kita,kann^^...owhh tapi,jika ada ceramah, tazkirah, usrah kt surau atau masjid,dibolehkan kita,para wanita untuk pergi.dengan syarat,jaga batas yee)
- sudah tentunya,.sebelum dan selepas kita berusaha, kita serahkan pada Allah,kann^^..berdoalah.walau sesulit mne pon permasalahan kita,yakinlah,.insyaAllah Dia akan permudahkan..setiap yang berlaku itu.pasti ada hikmahnya.yakin!!
- untuk mengekalkan wudhu'(bagi sesiapa yang ada masalah.slalu kluar angin misalnya, bole buat solat sunat wudhu'..hehe..bukan cerita lawak.tapi insyaAllah berhasil..niat bahasa melayu pon ok jer.. *sahaja aku solat sunat wudhu' 2 rakaat kerana Allah Ta'ala*)...pengalaman dari seorg shbt saya nie,time solat terawih,slalu sgt dia kena perbaharui wudhu'..ye laa,.kan puasa seharian,byk angin.hehe..sampaikan pernah skali tu,imam dah selesai 8 rakaat, tapi shbt sya nie baru 4 rakaat..haa tapi bila dia buat solat sunat wudhu',,alhamdulillah..ok jer..hee niat kan,,smoga Allah permudahkan.setiap kejadian tu,adalah dengan kehendak Allah,kan..so kita mintak tolong dengan Dia.
- hri tu ada dengar perkongsian seorg ustaz nie,..dia cakap,orang yang amalkan tahajjud tu,tak semestinya bagus, baik,..tapiii..untuk menjadi hamba yang beriman,yang bagus,yang baik,,kita kena cuba amalkan tahajjud,.cuba untuk istiqamah..xpe sikit2..mula2 setahun sekali,then sebulan sekali,.then seminggu sekali, n lebih baik,kalau dapat buat setiap hari..hee..(saya pon masih mencuba..huhu)
sahabat2 yang diredhai Allah,..hati nie terkadang merungut,kan..merungut xsempat nak baca al-Quran laa,.klu bngun tahajjud, rasa xcukup tido laa,..macam2 prasaan lagi..Allah..tapi,bila ada seseorg nie ingatkan saya, dia cakap "sahabat,.sungguh laa.setiap masa yang kita ada nie,kan milik Allah,.adakah kita nak berkira2 dengan Pemilik Masa?kita nak berkira2 untuk beribadah kepada dia,sedangkan dialah yang mencukupkan masa kita??" Allah~waktu tu rasa macam kena penumbuk..dush dush dan dush lagii..haaa nakal betul hati.nak berkira2 pulak..huhuhu..sahabat2.yakinlah.dengan usaha,doa dan tawakkal serta keyakinan kita kepada Allah,.insya'Allah dia permudahkan..jangan berkira2 untuk beramal dan beribadah kpda Dia,ye :)
sebenar benar benarnya..,,saya pun masih dalam fasa membiasakan diri..cuba untuk amalkan..walaupun belum berjaya sepenuhnya.sobsobss..**mohon doakan saya ye..huu**..tapi saya still nak kongsikan jugak.sebab saya sayang kalian, kerana Allah..sharing is caringgg..hihihi..
Semoga kita beroleh keberkatan masa disamping berusaha untuk memperoleh cinta dan redha Nya^^
Allah~moga kita dapat terus istiqamah dalam ketaatan dan kepatuhan pada Sang Pencipta Cinta^_^
"Sesungguhnya, bangun malam(bersolat dan beribadat) itu lebih kuat(mengisi jiwa); dan (bacaan al-Quran pada waktu itu) lebih berkesan" [surah Al-Muzammil, 73:6]
may Allah ease~
may Allah bless~
No comments:
Post a Comment