Friday 28 November 2014

adab bersahabat :)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Assalamualaikum :) kaifa haluki??hee smoga kalian sentiasa dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah..aamiiin~
ngee.,hari nie rse nak tulis bkenaan persahabatan..haa saya pasti,,mesti smuaa org ada sahabat kann!!xkisah laa sahabat/kawan rapat ke,karib ke,kamcing ke,,..tapi saya yakin,smua org ada,kannnn.
heh.oklaa.xmo membebel panjang2..nak share something nie,moga bermanfaat ^.^

ADAB BERSAHABAT (JOMMM AMALKAN!)
  • Bergurau senda..menjadi adat dalam setiap persahabatan,kita pasti byk bergurau dengan kawan2 kita,kan.tapii pastikan kita dan sahabat saling menerima gurauan tersebut,. *xmo gurau ter lebey2 ok!!*
  • Jangan terlalu celupar atau mengkritik.. *make sure kita berusaha menjaga hati dan nama baik sahabat kitaa tauu*
  • Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat seperti tunang, isteri/suami dan ahli keluarganya.. *melainkan,kalau sahabat kita tu nak share masalah or mintak pendapat,.tapi kita jangan sentuh hal2 peribadi dia,selagi sahabat kita tu xcakap topik tu,k*
  • Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat, & hutang(pelajar::pointer,result,biasiswa/pinjaman dll) usah ditanya.. *bimbang membuat kan shbat kita terasa..tapii jika dia yg memulakn,mungkin untuk meminta bantuan kita,,kita bole cuba tolong semampu mungkin..n klu mmg dah confirm shbat dpt naik pangkat/dpt anugerah dekan dll,ucap laa tahniah!haha,jgn laa buat2 xtau plak.haishh*
  • Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi. *biar pecah perut.jgn pecah mulut!hoho*
  • Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Tak perlu mengharapkan sahabat yg perfect,sedangkan kita pon xperfect,kan..*hee klu agak2 sakit hati,terasa or tiba2 dtg perasaan nak marah tuh,cuba positifkan minda.igt blek perkara2 baik pasal dia.dlm masa yg sama,doalah..smoga Allah lembutkan hati kita dan shbt tu utk saling memaafkan.yakinlah,Allah yang memiliki hati.so,mntak pada Al-Halim(Allah Maha Lemah Lembut) supaya hati lebih tenang,k*
  • Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi shbt.kalau dia marah ke,biarkan dia tenang dlu.jangan pula dicurah minyak tanah pada api ye.hehe*cuba kawal hati dan mulut supaya kata2 yang kita luahkan tu,dah ditapis*
  • Cuba menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat.Beri peluang untuk dia bersendiri jugak.Sebab kadang2,kita mmg perlukan masa untuk bersendiri.hehe.jangan terlalu busy body ye.
  • Jangan memburukkan shbt dihadapan org lain..jaga aib sahabat.penting tu!
  • owh ya.bila bersembang2 dgn shbt,pilih topik yg sesuai utk diceritakan.jgn terlalu cerita berkenaan kelebihan kita,sbb ini akn membuatkan shbt meluat..cuba tnya berkenaan crita dia jugak,supaya dia pon rse sronok nak berckp berbnding asyik dgr crita kita.hihi (berbelit2 plak ayat nih..)
  •  
    hari tuhh,ada kawan tanya.'bagaimana jika kita dah berbuat sebaiknya,tapi sbht kita yg xcuba faham diri kita'..hee pada saya,kita memang xpunyai kuasa nk ubah shbt..tapii,yakinlah.Allah tu ada,Dia Maha Mengetahui.mmg hati kne kuat.cuba positifkan diri,Allah nk uji keikhlasan kita dlm bershbt.sbb mungkin lama2 shbt kita pon akan lebih serasi n faham kita.xpe klu kita yg mulakan,asyik kte je nk kne faham dia..xpe..yakin je.Allah yg menilai.penilai yg Maha Adil..
    **nak dpt shbt yg baik,kita kena jadi shbt yg baik dlu,k!!..sama laa jugak,klu nak dpt 'pasangan' yg baik,memahami,dll,kte yg kne didik diri dlu utk jadi camtu.(nak jugak sentuh pasal nie.heheh)* 
     
    satu lagi.sentiasa laa didik hati supaya xmudah rasa cemburu dgn kelebihan shbt tuh..nak share ayat cinta yg saya jumpa nih..
    Firman Allah.surah Al-Nisa' ayat 32 "Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain.(kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan bagi perempuan juga ada bahagian yang mereka usahakan.Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
    "Dan janganlah kamu tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka,sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal" [surah Taha,20:131]
    #jomjadibaikkeranaAllah^_^
    may Allah ease~may Allah bless~

No comments:

Post a Comment