Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^
Zaman dahulu ada seorang Sultan yang telah mengambil seorang ilmuan menjadi menterinya. Kemudian, Menteri diberi rumah banglo, gelaran dan pangkat, isteri yang cantik,serta pelbagai kemewahan lagi. Pada suatu hari, Sultan memanggil Menteri nya lalu bertanya 3 soalan kepada beliau,.Soalannya:-
1)Apa itu dunia
2)Apa itu akhirat
3)Apa itu iman
Sultan hanya ingin mendengar jawapan yang tepat, ringkas dan padat sahaja.Sultan tidak mahu syarahan yang panjang2 dan meleret. Menteri terpinga-pinga untuk menjawab dan berasa sangat runsing memikirkan jawapan yang patut diberi bagi memuaskan hati Sultan. Malangnya, Menteri tetap tidak dapat menjawab.Sultan berasa murka, dan kemudian memberi masa selama seminggu lagi kepada Menteri untuk untuk mencari jawapannya. Sultan juga memberi titah bahawa segala harta,rumah,kemewahan,pangkat,dan isteri Menteri akan dirampas jika Menteri masih tidak menemui jawapannya dalam masa yang ditetapkan.
Menteri mengalami kerunsingan yang amat sangat apabila memikirkan bahawa dia akan kehilangan segalanya jika jawapan yang tepat tidak dapat ditemui. Menteri telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan, tetapi gagal. Kebanyakan mereka hanya mampu menghuraikan ketiga-tiga jawapan dalam pengertian dan penjelasan yang sangat panjang,tanpa mampu meringkaskannya. Akhirnya, Menteri keluar dari kawasan istana untuk mencari orang yang boleh membantunya merungkaikan segala keresahannya, sekaligus menyelamatkan harta2 miliknya.
Masa seminggu yang diberikan hampir berlalu. Keserabutan dan kerunsingan Menteri semakin bertambah. Menteri bingung dan risau jika dia kehilangan segala yang diberikan oleh Sultan.
Pada hari terakhir, Menteri termenung di bawah sepohon pokok, mengenangkan jawapan yang masih belum ditemui dan nasib yang bakal menimpanya. Tidak jauh dari pohon tersebut, Menteri terlihat kelibat seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik di kepala, orang tua itu berhenti bekerja untuk makan tengahari dan menunaikan Solat Zohor. Orang tua ternampak Menteri dan mempelawanya untuk makan bersama. Namun, disebabkan tidak berselera akibat kerunsingan yang membelenggu fikiran Mentari, pelawaan itu ditolak.
Orang tua bertanya kepada Menteri, "Tuan, nampaknya tuan ada masalah. Boleh hamba tolong?" . Mentari tersebut memberitahu kisahnya, soalan Sultan, serta syarat2 yang telah ditetapkan Sultan, kepada orang tua tersebut. Orang tua tersebut meminta Menteri memberitahu soalannya, dengan niat untuk membantu memberikan jawapan.
Soalan 1: Apakah itu Dunia?
Orang tua menjawab: Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat tetapi untuk ditinggalkan
(semua orang menyedari hakikat ini)
Soalan 2: Apakah itu Akhirat?
Orang tua itu menjawab: Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat di dunia untuk dibawa ke alam tersebut (alam akhirat) tanpa ada apa-apa maksud dunia padanya.
(semua orang menyedari hakikat ini)
Mendengar soalan yang ketiga, orang tua tidak terus menjawab soalan Menteri. Orang tua menyatakan bahawa dia hanya akan menjawab soalan tersebut setelah selesai menunaikan Solat Asar. Tidak lama usai Solat Asar, Menteri meminta jawapan dari orang tua.
Pada masa itu, terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa-sisa makanan tengahari tadi. Sebelum memberi jawapan, orang tua memberi syarat untuk menjawab soalan ketiga tersebut. Syaratnya, Menteri mesti makan bersama-sama anjing tersebut. Menteri berfikir berkali-kali. Tetapi, jika tidak diturutkan syarat, tiada jawapan yang akan diperoleh, maka hartanya akan dirampas. Akhirnya, Menteri membuat keputusan untuk tetap makan bersama anjing2 tersebut.
Orang tua itu lantas menarik baju Menteri dan menahannya dari berbuat demikian, sambil berkata, "Tuan, inilah iman."
Soalan 3: Apakah itu Iman?
Orang tua itu menjawab: Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan pernah melanggar perintah Allah. Tetapi, mereka yang tiada iman akan sanggup melanggar perintah Allah hanya untuk menyelamatkan dunianya...
Allah~kuatkan hati kami dengan cintaMu...
#zikirdanfikir
#copyeditpaste
#copyeditpaste
may Allah ease~may Allah bless~
No comments:
Post a Comment