Friday, 27 November 2015

Ada apa pada CITA?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Biasa kita dengar, ada apa pada cinta?mesti smua orang expert dah bab tu,haha.so, saya nak cerita tentang CITA laa pulak..cita-cita.
"Sebelum kita mulakan kelas, saya nak kita sama2 perbetulkan niat, 'Sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah' ". Itulah yang saya akan cakap dalam semua kelas, hampir setiap kali sebelum saya memulakan sesi PnP, sampaikan ada student yang tegur, "Cikgu, tiap2 hari sebelum blaja, lebih kurang samaaa jer benda yang cikgu ingatkan kitorang". heheh..dan waktu tu, saya hanya mampu tersenyum. Dalam hati tetap berharap, smoga mereka akan faham dan benar-benar menghayati pentingnya belajar dan niat kerana Allah tu~

Rinduuu. rindu sangat suasana tu. rindu dapat 'sharing' dgn mereka. dan tanpa mereka sedari, banyak kekurangan diri yang saya cuba perbaiki melalui mereka. Antaranya, bab sabar. hahah yess!sabar..lagi2 bila apa yang diajar, student xdapat tangkap. Dapat peluang mengajar my favourite subject (time sekolah jer.kot.haha) antara sebab saya xkisah keep repeating the same thingss again and again..hoho. 
*pernah jer rasa nak TERtinggi suara time dok ulang2 tuu, sebab rse mcm dah guna contoh n ayat paling simple dah..tapi nasib dpt kawal.haaa sabar atiqah!sabar!*



Sekarang, saya pulak jadi student. and I'm the one yang kne apply smuaa benda yang saya pernah share ngn dorang dari bab niat, bab usaha, bab ..... sampailah ke bab tawakkal. heee blaja nie susah sebenarnyaa!sriyes blaja apa2 pon susah sebab nama pon BELAJAR. learning new things. tapii usahaa laa~bila kita reflect balik hakikat menuntut ilmu, kenapa kita terus belajar, back to tujuan hidup, insyaAllah semangat tu ada. Allah tu sentiasa ada! =D
(buat sesuatu berdasarkan matlamat better than buat sesuatu dalam keterpaksaan)
Ada orang, dia belajar sebab mak ayah dia suruh, ada orang sambung belajar sampai dapat degree, master, PhD sebab dia nak capai kepuasan diri, ada orang belajar tinggi2 sebab nak dapat kerja bagus dan capai cita2, dan macam2 sebab lagi kenapa seseorang tu belajar~

Cita-cita nie bole jadi dalam pelbagai bentuk,.Nak mempunyai sebuah rumah sendiri, nak ada kereta mewah, nak ada banyak duit sebab nak beli macam2, nak bagi duit kat mak ayah, nak blaja sampai dapat title 'Ir, Dr, Prof Madya, Prof', dan pelbagai senarai cita2 yang lain. 
Tapi, dalam keadaan sedar atau tidak, kebanyakan cita-cita tu hanya terbatas setakat cita-cita dunia! Kita rasa kita dapat nikmat terbaik dah, bila cita2 kita tu tercapai. kita rasa puas dah sebab kita rasa usaha kita terbalas. 
SILAP!kita silap kalau merasakan semua tu usaha kita semata. 
SILAP kalau kita lupa cita-cita utama kita apa.
SILAP kalau kita lupa meletakkan Allah tu yang utama...
*title 'Dr', pangkat, jawatan, pencapaian, kemewahan, result 4flat dan semua yang kita rasa hebat di pentas dunia nie, tidak bermakna tanpa keredhaan Allah*

Duhai sahabat, hakikat cita-cita tu sebenarnya lebih besar dari apa yang kita bayangkan. Jom sama-sama kita buka minda bahawa cita-cita yang terbatas pada garisan dunia tu kecil, walaupun ia gah di mata dunia. Buatlah apaa jua perkara pon, kerana ALLAH. Jom kita berusaha capai CITA-CITA AKHIRAT iaitu syurga>.<
Berusaha mencapai cita-cita akhirat bukanlah bermaksud kita xperlu capai cita-cita dunia.
Bahkan, bila kita ada cita-cita akhirat, kita akan lebih berusaha untuk capai cita-cita dunia, seiring dengan cita-cita akhirat,.
Jika kita seorang pemimpin, kita akan jadi pemimpin yang adil.
Jika kita seorang pensyarah, kita akan jadi pensyarah yang amanah dengan ilmu.
Jika kita seorang pegawai, kita akan jadi pegawai yang berintegriti.
Malah jika jika seorang 'kuli' sekalipun, kita akan menjadi pekerja yang ikhlas mencari rezki yang halal.
So,,,
Jika kita seorang pelajar, belajarlah kerana Allah dan contribute back for Islam.
Jika kita seorang pekerja, bekerjalah kerana Allah.
Jika kita seorang anak, berbaktilah kepada parents kerana Allah.
Jika kita seorang suami/isteri, ibu/ayah, bertanggungjawablah kerana Allah.
(Allah xpandang hebatnya kita dimata manusia, tapi Allah melihat hati dan amalan-amalan kita. sejauh mana usaha kita untuk mencari redha Dia~huu)


Bila semuaa benda kita pahatkan dalam hati kerana Allah, dan kita bercita-cita akhirat, insyaAllah smua benda akan kita buat sebaiknya.
Jom sama-sama jadi ABID dan KHALIFAH...sebab kita nak syurga^_^
#zikirdanfikir
#duniaditangan,akhiratdihati
may Allah ease~may Allah bless~

1 comment:

  1. betul awak..cita-cita pertaman kita adalah syurgaNya ^_^

    ReplyDelete