Thursday, 19 November 2015

3 soalan~

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Zaman dahulu ada seorang Sultan yang telah mengambil seorang ilmuan menjadi menterinya. Kemudian, Menteri diberi rumah banglo, gelaran dan pangkat, isteri yang cantik,serta pelbagai kemewahan lagi. Pada suatu hari, Sultan memanggil Menteri nya lalu bertanya 3 soalan kepada beliau,.Soalannya:-
1)Apa itu dunia
2)Apa itu akhirat
3)Apa itu iman

Sultan hanya ingin mendengar jawapan yang tepat, ringkas dan padat sahaja.Sultan tidak mahu syarahan yang panjang2 dan meleret. Menteri terpinga-pinga untuk menjawab dan berasa sangat runsing memikirkan jawapan yang patut diberi bagi memuaskan hati Sultan. Malangnya, Menteri tetap tidak dapat menjawab.Sultan berasa murka, dan kemudian memberi masa selama seminggu lagi kepada Menteri untuk untuk mencari jawapannya. Sultan juga memberi titah bahawa segala harta,rumah,kemewahan,pangkat,dan isteri Menteri akan dirampas jika Menteri masih tidak menemui jawapannya dalam masa yang ditetapkan. 

Menteri mengalami kerunsingan yang amat sangat apabila memikirkan bahawa dia akan kehilangan segalanya jika jawapan yang tepat tidak dapat ditemui. Menteri telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan, tetapi gagal. Kebanyakan mereka hanya mampu menghuraikan ketiga-tiga jawapan dalam pengertian dan penjelasan yang sangat panjang,tanpa mampu meringkaskannya. Akhirnya, Menteri keluar dari kawasan istana untuk mencari orang yang boleh membantunya merungkaikan segala keresahannya, sekaligus menyelamatkan harta2 miliknya.

Masa seminggu yang diberikan hampir berlalu. Keserabutan dan kerunsingan Menteri semakin bertambah. Menteri bingung dan risau jika dia kehilangan segala yang diberikan oleh Sultan. 
Pada hari terakhir, Menteri termenung di bawah sepohon pokok, mengenangkan jawapan yang masih belum ditemui dan nasib yang bakal menimpanya. Tidak jauh dari pohon tersebut, Menteri terlihat kelibat seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik di kepala, orang tua itu berhenti bekerja untuk makan tengahari dan menunaikan Solat Zohor. Orang tua ternampak Menteri dan mempelawanya untuk makan bersama. Namun, disebabkan tidak berselera akibat kerunsingan yang membelenggu fikiran Mentari, pelawaan itu ditolak. 

Orang tua bertanya kepada Menteri, "Tuan, nampaknya tuan ada masalah. Boleh hamba tolong?" . Mentari tersebut memberitahu kisahnya, soalan Sultan, serta syarat2 yang telah ditetapkan Sultan, kepada orang tua tersebut. Orang tua tersebut meminta Menteri memberitahu soalannya, dengan niat untuk membantu memberikan jawapan. 

Soalan 1: Apakah itu Dunia?
Orang tua menjawab: Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat tetapi untuk ditinggalkan 
(semua orang menyedari hakikat ini)

Soalan 2: Apakah itu Akhirat?
Orang tua itu menjawab: Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat di dunia untuk dibawa ke alam tersebut (alam akhirat) tanpa ada apa-apa maksud dunia padanya.
(semua orang menyedari hakikat ini)

Mendengar soalan yang ketiga, orang tua tidak terus menjawab soalan Menteri. Orang tua menyatakan bahawa dia hanya akan menjawab soalan tersebut setelah selesai menunaikan Solat Asar. Tidak lama usai Solat Asar, Menteri meminta jawapan dari orang tua. 
Pada masa itu, terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa-sisa makanan tengahari tadi. Sebelum memberi jawapan, orang tua memberi syarat untuk menjawab soalan ketiga tersebut. Syaratnya, Menteri mesti makan bersama-sama anjing tersebut. Menteri berfikir berkali-kali. Tetapi, jika tidak diturutkan syarat, tiada jawapan yang akan diperoleh, maka hartanya akan dirampas. Akhirnya, Menteri membuat keputusan untuk tetap makan bersama anjing2 tersebut. 
Orang tua itu lantas menarik baju Menteri dan menahannya dari berbuat demikian, sambil berkata, "Tuan, inilah iman."

Soalan 3: Apakah itu Iman?
Orang tua itu menjawab: Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan pernah melanggar perintah Allah. Tetapi, mereka yang tiada iman akan sanggup melanggar perintah Allah hanya untuk menyelamatkan dunianya...



Allah~kuatkan hati kami dengan cintaMu...

#zikirdanfikir
#copyeditpaste
may Allah ease~may Allah bless~

Wednesday, 4 November 2015

Sekadar contengan.

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Kehidupan setiap orang tu tak samaa,kan. Ada yang cantik, ada yang hensem. Ada yang kaya, ada yang miskin.Ada yang pandaii,skali blaja terus paham,tapi ada jugak yang biasa2 jer. Ada yang rumah dia besarr dan cantik,ada yang rumah dia kecik jer. Ada yang kulit putih, ada yang gelap. Ada yang kerja, ada yang tak kerja lagi. Ada yang bujang, ada yang dah kawen. Ada yang kawen n ada anak, ada jugak yang dah kawen,tapii tak dapat anak..dan macam2 lagii la~tak tersenarai pon..heee memang tak sama. Kadang-kadang, kita cemburu kt kehidupan org lain. yang kita rasa kann "bestnyerrr kalau dapat jadi dia.ada segalanya"..eerrr.pasti ker best n bahagia kalau dpt nikmat mcm 'dia' jugakk?
Duhai sahabat yang dirahmati Allah,.sebenarnya kann,setiap yang Allah dah pilih untuk kita,itulaa pilihan yang terrbaik..nak jadi hamba yang SENTIASA bersyukur nie mungkin bukan semudah yang dikata. tapi,yakin laa.bila kita letak Allah kt hati, perasaan syukur n merasa cukup tu akan dtg dgn sendirinyaa.insyaallah..antara yg paling penting,kita kena belajar merendah hati..takde satu benda pon yang kita ada sekarang nie,hak mutlak kita.everything belongs to Allah.Ya!Dia punyaa..so tak payah nak bangga, nak rasa bagus,nak rasa dah hebat..hee ada satu ayat cinta nie,,antara yang saya sukaaa sgt.ayat tu membuatkan kita rasa mcm kita nie bukan siapa2 kalau kita tak berusaha nak capai title 'mulia' yang Allah dah tetapkan tu. 
Firman Allah "...Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti." [Surah Al-Hujurat, 49:13]


Sekadar contengan..Meluahkan apa yang tiba2 terlintas.ngee~Well, dunia nie kann sementara. Allah nyatakan dunia nie hanya sekadar permainan dan perhiasan. Kesenangan yang palsu jerr [rujuk surah Al-Hadid,57:20]. 
Owhh btw,.post kali nie nak share sket,my fav quotes dr Hlovatinta~emm.mne2 yang rasa sentap,jom sentap sama2~huu.

MUTIARA KATA HLOVATE :)
  • Segala benda bergantung dengan niat. Tak ada benda yang kita buat nie sia-sia kalau semua benda niat kerana Allah~(fuhh, awal2 dah ckp pasal niat,.yelaaa..sebab kalau bole, kita tak nak satu saat pon masa kita terbazir dengan sia-sia,kannn)
  • Cari tujuan hidup. Tapi kena cari dulu makna dan erti hidup. Baru kita boleh tentukan kita nak hidup untuk apa.Erti hidup ada di mana-mana. Terpulang mahu buka atau pejam mata...(Sebenarnyaa, masih ramai orang yang xtahu tujuan hidup,kan!kita duk sebok pikir smua masalah org lain, masalah yang menjadi2 kat malaysia nie.tapii,ada sesiapa sedar tak,,perkara pokok nya, sebab xtau tujuan hidup..huhu,.kalau smua org tahu dan amalkan tujuan hidup, insyaallah selesai smua benda..biiznillah~smoga ada kesempatan utk sye share pasal tujuan hidup tuu..best sgt bila dpt tau!!believe me ;) )
  • Nak cari bahagia tu bukan cukup dengan cari duit aje. Ingat tu! Hajat hidup nie banyak sebenarnya. Jangan sampai hajat tak kesampaian sebelum mati. (Semoga sempat bertaubat sebelum ajal,,huu tu laa antara hajat yg nak capai,.betul takk). Kalau benar bahagia tu bukan datang daripada duit dan kerjaya, apa benda yang melengkapkan hidup sebenarnya?? (jomm sama2 muhasabah balikk..)
  • Kalau nak qiyam (bangun malam), sepatutnya tak perlu ada sebab-sebab yang khusus untuk qiyam. Tanda syukur :) .Tak salahkan??Kongsilah cerita dengan Allah. Allah tak pernah judge. Patut rasa selesa dan bersyukur untuk itu. Qiamullail tu sumber kekuatan, sumber inspirasi, sumber rezki,.Allah sayang dgn hamba-hambaNya yang bangun berjaga malam untuk bermunajat pada Dia..lets do it bcoz of Allah^.^
  • Hiduplah kat dunia ni sebagai orang dagang, bukan pemastautin tetap yang seolah-olah takkan balik jumpa Tuhan. (sebagai analogi, kita on the way back from Penang to KL,.Destinasi kita KL.So, bila jumpa RnR,kita just stop for a while kann,.solat,makan,pegi tandas,tido sekejap.then sambung perjalanan. Kita settlekan apa2 yang pentingg jer.xdelaa sampai buat rumah kt RnR tu~huu macam tulaa jugak hidup kat dunia.kita buat benda yang perlu jerr,in order to reach final destination kita,syurga. Kita buat perkara2 penting jerr,untuk pastikan perjalanan kita selamat,.smoga dipermudah dan smoga kita terus kuattt.aamiin~)
  • Mujur Allah tak cabut nyawa sebelum betul2 kenal Dia siapa. Mujur Allah belum takdirkan ajal dalam keadaan tak sedar hidup di dunia untuk apa. Tapi bukan semua orang sedar hal tu. (Alhamdulillah masih dapat bernafas. Jadi kepada diri sendiri dan anda2 skalian jugak, grab the chances! Jom laaa kembali kepada Dia,jom kenal Dia, Pencipta dan Pencinta kitaa. Paling basic nak kenal Allah, tadabbur Surah Al-Nas, Al-Falaq, dan Al-Ikhlas.tpi actually, mne2 ayat cinta dalam al-Quran tu memang untuk mengenal Dia pon ><)
  • Segalanya kembali kepada benda asas. Tanggungjawab. Tak kisah laa status diri tu sebagai apa. Selagi masih bernama manusia, maknanya secara automatik memang dah ada tanggungjawab yang tergalas di bahu. Tanggungjawab sebagai hamba Dia. (heee bila dah nama nya hamba, kita ada list of things to do~bukan semata-mata pegang title tauu. yelaa..kalau tgk blek zaman dlu,hamba tu kann kena taat tuan dia, ikut ckp tuan dia,buat semuaa bnda nak puas kan hati tuan dia,terima apaa jer yg tuan dia buat kat dia.. So,since kita pegang title yg lebih besar,hamba Allah,kita kena buat sesuatu yang lebihh lagii,okayy!)
  • Setiap hari adalah kesempatan. Kesempatan untuk raih reda dan cinta Allah. (Jommmm!jom berusaha untuk dapatkan cinta dan reda Allah tuuu~)
"Biar jalan setapak,asal tak tersungkur sebelum sampai"

#zikirdanfikir
#kitahambaDia^_^
#kearahmelaksanakantujuanhidup
may Allah ease~may Allah bless~

Thursday, 10 September 2015

Ujian itu tanda sayang ;)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang^_^

Hamba. Tujuan penciptaannya adalah untuk beribadah kepada Yang Maha Pencipta. Setiap perkara yang dilalui setiap hamba telah pon ditetapkan oleh Dia.
Namun terkadang,hati ni nakal..Di saat di uji dengan sedikit cubaan dan ujian, hanya itu yang menjadi fokus..Memikirkan ujian yang datang menimpa, lebih banyak berbanding memikirkan nikmat yang tidak terhitung yang telah dikurniaNya. Ujian nie datang dalam pelbagai bentuk dan untuk mendapatkan ganjaran syurga yang exclusive, kita mestilah di uji dulu,kann :)

Allah berfirman: " Dan sesungguhnya akan Kami berikan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu)orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'(Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali) "
         Surah Al-Baqarah ayat 155 & 156

Kenapa perlu adanya ujian???
Okayy kita buat analogi.(ehh yeke panggil nya analogi?heheh).Contohnya sistem pendidikan kt negara kita,.kenapa ditekankan peperiksaan, gradings, softskills, dll tu??antara sebabnya,untuk mencungkil kebolehan students dan bagi ganjaran(anugerah dekan, olahragawan, olahragawati, dan macam2 anugerah lagi laa.hee) kpda sesiapa yang dapat good grades dan talented dalam bidang tertentu.
Begitu jugak utk dapatkan syurga ;) kita perlu diuji untuk diukur tahap kesabaran dan kesyukuran kita atas setiap yang Allah dah tetapkan.

Firman Allah: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"
Surah Al-Baqarah ayat 214

Ketika sesuatu ujian yang tidak kita jangka datang menyapa, hati nie sampaikan merasa."Kalaulah aku.." "Kalaulah ini..." "Kalaulah itu.." ~Tapi hakikatnya,,perlu ker ber 'kalau kalau' sedangkan kita tahu,setiap yang terjadi adalah dengan kehendak Allah.
Ya,memang susah nak dilaksanakan berbanding hanya menyatakan..tapi kita bole cuba =D

Pertama sekali, beristighfarlahh.mungkin disebalik ujian itu,ada teguran dari Yang Maha Mengetahui.Kemudian,muhasabah diri.mungkin juga perkara yang berlaku adalah akibat kecuaian dan sikap kita.Allah tidak menguji saja2,melainkan pasti terselit hikmah yang tersendiri..yakin!..dan yang paling penting,sabar dan redha.Bagaimana mahu sabar dan redha??Pujuk lah hati.positifkan minda.fikirkan nikmat2 yang Allah beri yang tidak terhitung berbanding ujian yang 'sedikit' tuu.huhu.walaupun kita terpaksa bermonolog dengan diri sendiri,lakukann..Ingat!Allah tidak membebani seseorang melebihi kesanggupan nya.Jika kita rasa besar nyaa ujian yang diberi,itu tanda nya kita sememangnya org yang kuat!Orang yang kuat memang bisa di uji dengan ujian yang agak berat..
DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT^.^
Iringi setiap langkah kakimu dengan hati yang berani;
Tabah dalam perjuangan mencapai keredhaan Allah;
Ukirlah senyuman dibibirmu meskipun hatimu sakit dipanah ujian;
Sampaikan segala harapan dalam doa yang tulus dari hatimu diwaktu bersendirian denganNya;
Ketahuilah...
Sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu;
Walau seberat mana cabaran yang dibekalkanNya kepadamu;
Tak pernah sedetik pun Dia meninggalkanmu,
Kerana itulah tanda Dia merindui dan mencintaimu.

Ujian itu tanda Allah sayang.dan jika Allah uji lagi?tandanya Allah bagi kasih sayang lebih,kannn :)
Ingat!PAsti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. dan pilihan yang kita telah buat dalam hidup (semoga Allah sentiasa memilih kita untuk sentiasa berada dalam agama Islam,agama yang benar ini.aamiin) telah pun tertulis dalam rencana Yang Maha Esa..teruskan berjalan..usaha, doa, tawakkal dan kebergantungan kepada Allah tu sumber kekuatan orang beriman. moga Allah berkati perjalanan ini.
Semoga sinar kejayaan terpancar dihujung jalan.
Sabar dan redha lahh wahai penghuni Syurga. Allah ada.

*apa yang Allah takdirkan tu baik belaka..bersangka baiklah wahai hati :)*
#bukansekadarmemerhatitapiakumerasai

may Allah ease~
may Allah bless~