Tuesday, 18 July 2017

Hanya Dia

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ^_^


Yellow zone tidak begitu terkawal
Akhir2 shift masih ada pt baru masuk
Aku ambil kertas triage,
"Alleged pcm ingestion. 40tablets"
Dlm hati wow.
40 biji telan.
Toleh tengok pesakit yg berkenaan
Seorang wanita, cantik, bertudung Sempurna auratnya walaupun sudah ditukar baju ke baju hospital
Aku mendekatinya, senyum.
Tak berbalas
Okay, takpe
Mula dapatkan history
Basically nak tengok symptom2 yg dia develop after makan ubat ni, takut overdose
Wajahnya masih murung sepanjang aku bertanya.
Habis tanya simptom, aku tau aku belum tanya satu benda.
Iaitu; kenapa.
Aku menarik nafas, dalam
"Hmm akak. Sorry tanya. Kenapa akk telan 40 biji panadol ni?"
Dia senyap, pandangan yang menembusi lantai yang dilihatnya
"Ada masalah ape2 ke?"
Tak lama lepas tu dia bersuara
"Boyfriend yg sy nak kahwin tu, sy baru tahu pagi ni dia ada perempuan lain"
"Oh.." aku angguk.
Jujur aku tak tahu mahu sambung apa.
Nak nasihat ke macam mana ni, nak mula dari mana.
Tiba2 dia tambah lagi,
"Saya baru convert islam 2 minggu lepas. Dah plan nak kawin dh dokter.. sy dh korbankan mcm2 utk dia"
Aku terkedu sekejap.
Baru perasan dia bukan muka melayu
"Yeke.. hmm akak convert ni family tahu tak?"
Sengaja aku bertanya, mahu tahu support dari family dia sendiri bagaimana
Dia geleng
"Mak ayah akak mcm mana?" -aku sambung
"Sebelum ni sy pernah cakap nk kawin dgn lelaki melayu, dan nak masuk islam, mak sy tak benarkan" -airmata sudah memenuhi kelopak matanya
Haih
Ni yang lemah ni
Huhu
Aku senyap beberapa saat
Cuba menyusun kata dari lidah yang tak begitu fasih bahasanya
"Akak hilang manusia. Tapi akak tak hilang Allah. Pegang betul2, Allah dah pilih akak masuk islam tau"
Mata aku sendiri rasa panas
What a test to her..
Dia nampak seperti seorang bayi
Yang masih tak mengerti apa2
Yang masih perlu dibimbing langkahnya
Yang masih perlu dikenalkan dengan Dia
Aku yakin Allah takkan pernah salah memilih seseorang untuk memeluk islam,
Walau apa pun reason mereka
Mungkin permulaannya adalah sebab manusia,
Namun insyaAllah, Dia lah yang akan meluruskan perjalanan di kemudiannya
Dan pada dua minggu keislamannya, dia telah diuji dengan perihal kesetiaan
Kesetiaan pada Tuhan yang telah dia mula ikrarkan
Mungkin terdetik untuk berpatah balik setelah perjalanan yang baru selangkah dua diuji sebab bertapaknya dia
Aku pulang dengan seribu satu persoalan di kepala
Allah tak pernah salah pilih sejak pertama kali hati kita dibuka.
Dan bila kita telah bermula,
Allah akan menapis dan menguji hingga sebab kita di perjalanan itu hanyalah Dia
Kerana hanya dengan Dia sebagai tujuan kita, Allah akan memberikan syurga.
Despite all the storms and hardships,
To her and my dear self,
Please, fight to stay.
-credit to Alifnunwau Nymous aka Dr Muna
(may Allah bless her too)

"Allah akan menapis dan menguji sehingga sebab kita di perjalanan ini hanyalah Dia. "
Hanya Allah.
I really want to have that feeling. merasa kn sgalanya utk Allah. somehow, the struggle is real.
may Allah guide us.
He know we are struggling. inside and out.
Biarlah mujahadah ini, keranaNya.
**sincere struggle for Allah**

may Allah bless~

Monday, 17 July 2017

Back to Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Buat,
Kawan, sahabat, teman, akhawat.
Setinggi mana impian kita
tempat kita bergantung tetap Allah,
Sejauh mana kita meneroka
Tempat bertawakal tetap Allah,
Seperit mana kita menelan rasa,
Tempat kita mengadu tetap Allah
Sebahagia mana kita bersaudara,
Tempat kita kembali tetap Allah
Sepedih mana kita menahan segala keinginan
Tempat kita berdoa tetap Allah
Selama mana kita menanti
Penantian tertinggi kita tetap pada Allah
Duhai sahabat,
Berjalan dengan anggota yang tangkas
Bila mana engkau mendengar lalu engkau melaksanakan
Bekerja dengan hati yang bertaqwa
Supaya gerak kerjamu seperti engkau mengejar syahid
yang tidak menghiraukan segala kesakitan di medan perjuangan
Buat dirimu
Teguhkanlah prinsip supaya engkau tidak dipijak pijak
Kuatkan niat supaya engkau tidak lagi mengeluh
Terangilah impianmu supaya lebih jelas untuk dicapai
Besarkan hatimu supaya impianmu lebih mudah untuk dikecapi.
Jagalah Allah, in shaa Allah. Allah akan jaga kita.

c&p fb SyafiqahAthirahMohdShaifullah. 
penulisan yg menyentuh.
biarlah smuanya keranaNya.
may Allah bless~

Sunday, 18 June 2017

Coretan Mishkat

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillah thummalhamdulillah :)
All praises to Allah.Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan. Yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Bersyukur atas kurniaan Allah,yang masih memberi peluang untuk kita kembali dan bertaubat padaNya..
24Ramadhan. Pantas betul masa!Benarlaa,sekejap sgt kehidupan dunia nie sbnrnyaa. huu. Baru2 nie, terdapat kes buli pelajar UPNM sehingga mangsa meninggal dan pesalah disabit hukuman gantung. AllahuAkhbar! Actually terfikir jgk, "sampainyaa hati kawan2 dia seksa mangsa begitu skali" tapii sangat2 tringin nak dgr luahan pesalah2 tu, apa yg difikirkan saat tu sbnrnya?apa perasaan mereka skrg? 
Sungguh,.Allah Maha Pengasih Maha Pengampun. Jika sudah confirm disabitkan ke tali gantung, dan dlm tempoh itu, merekalah org yg paling benar taubat nyaa, masyaallah. xmustahil kedudukan mereka lbh baik dr kita. Bukanla saya membenarkan/menyokong apa yang mereka buat, tapi sye lebih memandang bahawa 'Maha Luas rahmat dan kasih sayang Allah ;) '..So, dont judge. kita xtau pengakhiran kita.dan kita xtau hakikat taubat mereka (dahlaa di 10 malam terakhir Ramadhan). Mogamoga Allah lembutkan hati keluarga mangsa utk redha, bersabar dan memaafkan(walaupun hakikatnyaa susahh.huu). Mogamoga Allah lembutkan hati pesalah2 utk bertaubat dan diterima taubat mereka. dan mogamoga Allah lembutkan hati2 kita juga utk terus terbuka hati menerima taufiq dan hidayahNya.aamiin aamiin insyaallah.

Ehe. oke. habis luahan berkenaan kes tu. 

Alhamdulillah. bila dgr dan baca cerita2 macam tu, terus rasa bersyukur sgt2 sbb sehingga kini, Allah masih memberi saya nikmat keluarga, sahabat2, akhawat2 yang baik2 sgt. yelaa. ada org,dia diuji dgn kawan2 yg...(apa2 yg dia rasa teruji laa.hee). 



Jadinya, ini sdkit coretan yang saya nakk sgt ingat.sbb tu saya decide utk tulis(menaip je).hihii.
Telah tertulis, saya smbg bljr di USM Penang. Mulamulaaa masuk sini dlu, menangiss je. (perempuan kann).haha. oke dh xnak igt.tapii rupanya Allah nak hadiah kan dgn sesuatu yg lbh baik kt Penang nie, smpai kn dah stahun hbs bljr pon, masih disini.alhamdulillah =D dan spnjg stahun tamat bljr, saya tinggal di RI (rumah islam) yg diberi nama Mishkat (klu nk tau ape tu, rujuk [Qs 24:35], ehe) So, disini laa cerita bermula.

Sblm masuk rumah nie, dah dimaklumkan. penghuninya ada 11orang, dan akn jdi 12orang jika termasuk saya.uishh.ramai betul. tapii disebabkan rumah nie besar laa jgk,sye oke je(dgn hrpn penghuni lain pon oke klu saya menyebok.hee). dan tapii lgi, sye betul2 kenal dua orang penghuni je (kte panggil akhawat laa) dr 11 orang tu.haaaa segan laa plak. but i had no choice. makanyaa, sye on je!alhamdulillah. x ambil masa lama sgt pon utk 'masuk' dgn akhawat2 nie. dan apa yg saya nak tekankan disini,dan membuatkan sye syg,adalah biah (condition/environment) solehah nya..harap2 insyaallah nnti, dpt dipraktikkan dlm RI sye sndri pulak.ehh!

Disini, solat jemaah sgt2 dijaga. jika masuk wktu solat, smua akn automatik bersiap, tggu kat ruang tamu utk solat.yg menunggu, ada yg smbil2 baca quran,baca mathurat(really inspiring).dan ada jelaa kdg2 smpai kena panggil "antunna, jom solatt!dah masuk wktu~"(sbb khusyuk bersembang.lol) hee. tapinya, solat jemaah tetap dijaga wlaupun ada dua orang je kt rumah time tu.

Next, bangun qiam. huuu. kalau ada yg bangun awal, kbnyakkan hari nya, mereka akn saling mengejutkn ahli2 lain utk qiam jgk.takpon, mostly akn tbangun sndri..nak katanya, hampir stiap hari sblm subuh tu, smua org dah tggu kt ruang tamu tggu azan subuh.(kdg2 smpai tertidur tggu.hihi) dannn inilaa antara bnda yg saya berazam sgt2 utk praktiskan di rumah saya sndri nnti.insyaallah.

Oke, tu bab solat. Lps tuu, bab masak. kt sini, ada giliran masak,satu hari, seorang btugas masak. haha. mula2 dulu, bdebar jgk sayaa.yelaa, nak masak utk 12orang trus kot.ntah sedap ke tidak.ntah jadi ke tidak..tpi kne jugak masak.(mula2 dlu, mmg tnya resepi kt mak jelaa.ehe).alhamdulillah skg bole laa sikit (ehem!)hihi dan sbnrnyaa, yg ni antra yg paling best.sbb tiap2 hri rse mknn berbeza, lauk berbeza, dan yg pnting, smuaa sedap2!hahah.makan sedap hari2. suka suka =D
*mereka sbnrnya student medic, yg stiap hri blk dlm kepenatan sbnrnya..tapii mereka still masak.qudwah mereka dlm melaksanakan tggungjawab, sgt2 sye kagumi.moga Allah berkati usaha mereka.insyaallah

Lagi, bab baca buku.ehee. atau klu tmpt lain, pggil 'kulsem' (kuliah sepuluh minit)kot.kt sini, panggil baca buku je.hihi. means dlm seminggu, akn ada bacaan rumah or baca buku nie. biasa akn bukak kitab 'Fadhilat Amal', atau 'Riyadus Solihin' atau apa2 kitab yg nak di share. xlama pon sesi sharing nie.tapi pada sye,agak pnting supaya smua org back on track stelah seharian 'dgn dunia'..huhuu.

Sterusnya, tiada lain yg menghidupkan dan menceriakn suasana sesuatu rumah, melainkan akhlak/attitude dan 'kefahaman'. Hakikatnya,bukan laa mudah nak 'masuk' dgn smua org. 12orang kot!rumah sewa yg duduk bedua pon, xtentu bole 'satu kepala'..tapi Alhamdulillah.bersyukur sgt2. walopon kami 12org, xde pula pergaduhan atau pertengkaran spnjg bersama.malah,kami sgt rapat. owh yee, tipula klu sye kata langsung xde yg terasa hati, xde yg tidak sependpt, xde air mata yg mengalir spnjg kt sini.tipu kot. tapi nya, perkara2 mcm tu xberlarutan. jika ada yg terasa hati,masing2 saling meminta maaf dan memaafkan. jika ada yg tidak sependapat atau perkara yg perlukan jln penyelesaian, kami ber'syuro'(bermesyuarat.lbh kpda berbincang). alhamdulillah, harmoni sgt cara tu. then, klu ada antra kami yg perlukn bantuan/pertolongan. sesiapa yg free dan berkemampuan bantu, smua lajuu je menghulurkan.. fastabiqul khairat(berlumbalumba dlm kebaikan).cth dlu, kereta sye problem.bila kata nak pnjm kereta, ada je yg offer. pernah smpai berebut2 jwb "haa pakai kereta saya!" "kereta saya pon bolee"..huuu.lagi2 klu kata nak gi jumpa 'adik' or ada usrah..I is terharuu.sobss.tu kereta, klu tugas2 membersih rumah, settle kan baju(baju masing2), atau lain2 utk dibuat, ada je yg membantu, tanpa ada yg mengambil kesempatan..masyaallah. terlalu banyak kebaikan mereka.moga2 usaha ini, ukhuwah ini,dan smua ini adalah kerana Allah.

Dan benarlaa, betapa pentingnyaa sesebuah rumah itu dibina dgn kefahaman agama.bila masing2 faham, akan ada tolak ansur, ahli rumah saling 'menolak' utk sama2 buat kebaikan, adanya perbincangan utk permasalahan, dan mogamoga, adanya keberkatan yg Allah berikan dlm perhubungan. 
Tujuan saya menulis hanyala utk saya jadikan inspirasi, seperti apakah 'rumah islam' itu. bagaimana utk 'menghidupkn' sesebuah rumah itu. ada beberapa perkara lain lagi yg perlu ditekankan utk menjadikn sesebuah rumah itu 'baiti jannati', tapi mungkin ini antara sedikit sbnyak yg sgt2 perlu ditekankan..So tomorrow will be my last day staying wif them. pasti akan rindu!huu.akhir kata, smoga Allah sntiasaaa berkati ukhuwah ini, smoga Allah kuatkn hati2 kita utk terus 'berbuat dan melaksanakan' keranaNya, dan smoga Allah Al-Jami' akn kumpulkan dan pertemukan kita lagi dlm syurgaNya.aamiin2 ya rabbal a'lamin :)

"...Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan, lagi Maha Mengetahui" [QS 2:158]

**kpda ahlul baytmishkat, jazakumullah khairan katheera utk smuaa pertolongan, qudwah yg sgt2 baik,dan mcm2 laaa..huu.jgn lupa kte dlm doa2 antunna ye~smoga antunna smua dpt menjadi Dr yg merawat fizikal dan rohani org lain..aamiin.okelaa, take care!fi hifzillah.
p/s:rindu nk dengar crita2 hosp,terms2 medic yg xpaham tuu, dan 'macammacam' cerita antunna lagii.huu. 

#BaytMishkat
#taknaksedih
#sayangantunna
may Allah bless~

Wednesday, 7 June 2017

Dicintai dan Mencintai

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kata orang, seberapa kerap kita memikirkan seseorang, menjdi tanda seberapa banyak kita mencintainya..Maka, seberapa kerapkah kita memikirkan Allah, Dia yang memberi segalanya pada kita???huuu.. *tepuk dada, tanya iman*

Saya jumpa ayt tuu mse dok scroll2 effbee(baca:FB) hari tuu.(tapi lain sket laa ayat dia). Baca ayt 1st, bajet2 jiwang.tapi smpai ayt kedua, perhh! tersentap kita! 
dan betulla persoalan tuu, seberapa kerap kita memikirkan Dia? seberapa banyak kita mencintaiNya berbanding perkara2 lain? apa perasaan kita pada Allah??
Hari nie, 12 Ramadhan 1428H..yang juga bermaksud kita sepatutnya dah masuk juzuk 12 tilawah tadabbur kita.insyaallah..didoakn smoga Allah terus menerus bg kekuatan pada kita utk beramal~aamiin.

Beberapa hari lepas, Allah takdirkan sye berpeluang pegi dgr ceramah ustazah NorHafizah Musa. dan saya pergi, bukan semata2 sebab ustazah tu orang popular, orang terkenal(sbb ada je ceramah ustaz2 tv yg sye xpi ponn.huu),.tapi kerana sye sgt bersyukur adanya orang yg seperti ustzh yg xpernah lagi xberjaya menyentuh hati sye bila tgk ceramah2 nya di utube..dan bersempena dgn Ramadhan, ustzh share satu tajuk yg sye kira,, masyaallah best nyaaaa =) so disini nak kongsikan sdikit apa yg sye dapat :) mogamoga penulisan ini dapat mengingatkan saya yg mudah alpa dan leka nie..insyaallah

                                 
10 bukti kita Mencintai Allah 

1) Kesediaan untuk berkorban demi Allah.
- Kata ustazah, jika tiada istilah berkorban, bermaksud bukanlaa cinta. nak katanya, bila kita kata cinta, pastii perlunya pengorbanan. perlunya bermujahadah! 
- Huuu sedih jelaa bila ustzah kata, terlalu sedikit je sbnrnya perkara2 yg kita korbankan jika dibandingkan dengan para sahabat. Jika para shbt, mereka benar2 berkorban harta, jiwa, tenaga, dan perasaan especially bila pergi berperang. byk yg dikorbankan.. Kita?? Paling2 pon berkorban perasaan/emosi je sebenarnyaaa.(tu pon susah dan tertewass.sobbss) 
- Yelaa, klu bab harta, pernahkah kita bersedekah smpai level 'berkorban'?(jarang2laa terpaksa berlapar demi sedekah.hemm). korbankan tidur demi solat tahajjud?huu memang termuhasabah sgtt!
- Jika kata cinta Allah, maafkanla 'mereka'. Korbankanlaa perasaan marah tu, bersabar. Susah nk laksanakan, tapi boleh!biarla klu smpai menangis2 pon untuk memaafkan sebab hati terluka.tapi bersabarlah!(perempuan laa biasanyaa.hoho)
- Dan yakinlah, "Kalau kamu berbuat baik, sebenarnya kamu berbuat baik untuk  diri kamu sendiri" :)

2) Membinasakan pohon-pohon kecintaan terhadap dunia.
- Haaa ni pon susah. bukanlaa bermaksud kita terlalu mencintai dunia, tapi takut sayang/cinta kita tuu, bukan didasarkan kerana Allah. as simple as syg nya kita pada parents. huuuaaa~ 
- [Qs Al-Ahzab 33:4] "Allah tidak menjadikan bagi seseorang, dua hati dalam rongganya..." which means, jika kita kata ada perkara lain dlm hati, mustahil untuk mengatakan ada Allah jugak. jika kita dah penuhkan hati kita dengan perkara2 lain, susah untuk meletakkan Allah juga didalamnya. Sebab Allah tu Maha A'lim.Maha Mengetahui kelemahan dan kelebihan makhluk ciptaannya. Jadi, pilihan dihati masing2..Meletakkan Allah, atau perkara lainnya?Pilih satu!
- Hakikatnya, bukanlaa mudah untuk benar2 menghilangkan kecintaan kpda dunia, tapi, mohonlaa bantuan dan pertolongan Allah. mintalah untuk sentiasaa dikurniakan taufiq hidayah ke arah redhaNya.
- Mintalah Allah berikan 'dunia' disaat kita tidak lagi memerlukan 'dunia', agar kita benar2 dapat meletakkannya ditangan, dan menguruskannya dengan penuh taqwa.

3) Menghindari agenda-agenda yang melalaikan.
- Jika merasakan menonton movie, bereffbee, banyak tidur,(dll) itu melalaikan, bermujahadahlah meninggalkannya/mengurangkannya. 
- Kelalaian adalah musuh utama bagi orang yang mencintai dan dicintai Allah.

4) Membaca alquran disertai penghayatan dan pemahaman.
- Jika kita kata mencintai Allah, jagalah hubungan dengan al-quran. Gunakan peluang di bulan Ramadhan ini untuk benar2 membina hubungan dgn al-quran.
- Yakinlaa dengan penghayatan dan pemahaman (serta bacaan) al-quran, akan memberi ketenangan hati dan ketnteraman jiwa. insyaallah.

5) Faham dengan sebenar-benarnya sifat-sifat Allah serta menghayati asma' alhusna.
- Banyakkan berzikir dan memahami asma' alhusna kerana dengan mengetahui sifat2 Allah, membantu kita menjalani kehidupan dengantenang dan kebergantungan sepenuhnya kpda Allah.
- Melalui sifat Allah Ar-Razzaq (Allah Maha Memberi Rezki) memberi keyakinan bahawa Allah akn kurniakn rezki tanpa sekatan mahupun berkurang walau sedikit pon. (serta byk lagi sifat2 Allah yg lain).

6) Melihat dan merasa setiap nikmat yg diberi akan menambah kecintaan kpda Allah.
- Antara tanda Allah mencintai kita juga, adalah apabila kita sentiasaa memandang nikmat berbanding kekurangan/ujian. Dengan melihat nikmat yg Allah beri hakikatnya terlalu amat banyak jika dibandingkan dengan ujian. Smoga kita menjadi hamba yg sentiasa bersyukur dan bersabar.aamiin.

7) Orang yang mencintai dan dicintai Allah, sentiasa berusaha melengkapkan yg fardhu, dan menambah amalan- amalan sunat.
- Dalam satu hadis qudsi, dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berfirman,
 “Barangsiapa yang menyakiti waliKu, maka sesungguhnya Aku memaklumkan perang kpdanya. Dan tiada mendekati hambaKu kpdaKu,dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai dari mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dgn melakukan segala yang sunat sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintanya, adalah Aku yang menjadi pendengaran yang ia dengan dengannya, dan penglihatan yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; dan demi jika ia meminta kpdaKu, nescaya Aku berikan kpdanya; dan demi ia meminta perlindungan kpdaKu, nescaya Aku melindunginya". (HR Bukhari).


8) Mengikut sunnah nabi.
- Berusaha untuk mempertingkat dan mengamalkan amalan2 sunnah dari perbagai sudut atau aspek. Bukanla difokuskan melalui ibadah khusus shja sprti solat dhuha, puasa sunat, solat rawatib, dll..tetapi juga merangkumi keseluruhan kehidupan sekecil2 bermanis muka dengan saudara/orang lain. ini  juga sunnah!

- Contoh yg ustazah beri, seorang suami yang membantu isterinya membuat kerja2 rumah, berlemah lembut, dan berhemah menegur anak isterinya juga sunnah. Nabi SAW buat tuu. 
(heheh..dgr contoh ustazah beri nie, ramai ibu2 tersenyum>.<)

9) Sentiasa berzikrullah. Mengingati Allah.
- Berzikrullah dari sudut lisan, kata2, perbuatan, pemikiran, dan hati..dalam setiap perkara.
- Bermaksud, jika kitaa mengingati Allah dengan kata2, setiap perkataan yg keluar dr mulut kita hanyalah perkara2 yg baik dan Allah redha. Jika kita mengingati Allah dengan perbuatan, setiap yang kita lakukan hanyalah perkara yang Allah suka. (seperti hadis diatas)

10) Bermunajat di sepertiga malam.
- Yup! ustazah kata, nie antara indicator nya jugak bila kita mengaku kita mencintai Allah..dush2.terkesan sgt. kita kata kita cintakan Allah, tapi tahajjud seminggu skali pon susah.sobss.
- Jadikanlaa waktu sepertiga malam tu sbgai wktu untuk kita benar2 memuji, mengingati, mengadu, dan merintih kpda Al-Wadud,yang Maha Mencintai hambaNya.
- Gunakan Ramadhan sbg medan untuk kita perbaiki amalan tahajjud kita dan dalam usaha mencari lailatul qadar.
- Mintalah kekuatan, taufiq dan hidayah dr Allah untuk bertahajjud serta menghayati Surah Al-Muzammil (perintah solat tahajjud untuk nabi.dan kita juga)



Alhamdulillah. so thats it!xnak komen pnjg2 dah sbb post nie pon dah panjang.hee..
Hakikatnya, semua senarai diatas nie memrlukan mujahadah. back to #1). Semoga Allah sentiasa beri kekuatan untuk kita berkorban demi meraih redha dan cintaNya.
Akhir kata, berdoalah kepada Allah agar diberikan perasaan cinta kpdaNya, bersyukur dgn pemberianNya, bersabar keranaNya, dan kekuatan utk berhadapan dgn dunia dariNya. aamiin.

may Allah ease~may Allah bless~

Tuesday, 25 April 2017

Beramallah semampumu

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani~

Dalam sehari2, kita sibuk dengan urusan harian masing2. bangun, mandi, breakfast, keje/kelas, lunch, smbung keje, rehat, dinner, tido. then, repeat the same cycle. exactly the same cycle.. salah?tak laa..xde salah dan silap pon. macam robot pon, oke je..xpee.
cuma nyaa, salah bila kita xletakkan niat n matlamat utk stiap cycle kita tu. salah bila kita xrse nak buat penambahbaikan pon dlm cycle harian kita tu. salah bila kita xrasa dan tak fikirkan langsung perihal keadaan org lain untuk diselitkan dlm cycle harian kita..

menjadi daie ilallah bukanla semudah mengunggapkan dengan katakata.tapi lebih kpda praktis nya. hari tu,,time pengisian, ada ukhti ni ckp,jgn jadi mcm robot. lpstu, ada org tanya.."Macam mana nak make sure kita xjadi seperti robot sdgkan mmg aktiviti harian kita, kbnyakannya mmg bnda yg sama"..hemm, make sense jugak kann soalan tu..klu dah tugas pelajar adalah bljar, kne prgi kls,itu jelaa yg dia akan buat..klu dah tugas doktor merawat, pegi balik hospital, jmpa pesakit, memang itu jelaa yg dia biasanya buat..klu dah tugas guru/lecturer mengajar, jmpa student, memang itulaa yg spatutnya dia berbuat,kan.. 

So apa yg saya faham, TIDAK menjadi robot bukanla sematamata bermaksud, kita langsung xbole ulang benda yg sama hingga melawan fitrah kita sbg manusia yg bekerja. pada saya, ia lebih kpda penghayatan dgn hati utk melalui hari2 kita, serta perasaan sentiasa nak berbuat baik, menyumbang, dan mencari medan untuk berbuat sesuai dgn perintah Allah.beramal dengan sunnah nabi SAW. atau dlm erti kata mudahnya, selitkanlaa aktiviti harian kita dgn perkara2 positif, berusaha utk membantu dan berbuat baik pda sekeliling, dan menyumbang seboleh mungkin dr segi harta, wang, tenaga,dan masa demi untuk menggapai redha Allah, insyaallah. owhh lagi 1, jgn pndg remeh stiapp amal yg mgkin nmpak kecil, sbb kita bukan Tuhan yg menilai. jauhi sikap 'meletak nilai' pada amal2 sendiri, mahupun org lain..
tringat laa, murabbiah penah share, ayat from surah al-kahfi [Qs 18: 103-104]
"Katakanlah(Muhammad): 'Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?'.Iaitu orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya"
Ayat nie biasa dengar,kann..tiap2 hri jumaat, kita come across dgn ayat nie. dan slalu je org share tadabbur psl ayat nie,kan..tapi how frequent pon kita dgr,anggaplaa ianya peringatan berterusan dr Allah untuk hati yg leka tuu.huuu. owhh btw, murabbiah kata, kita nie slalu merasa cukup dgn apa yg kita dah berbuat. mungkin kdg2, terdetik je "owhh aku dah bangun tahajjud hri nie, so xpe laa xbuat solat sunat lain dah..oke laa tuu dr org yg xbangun" atau ponn "haaa tadi dah sedekah, rm10 pulak tuu,xpe jelaa xsedekah dah,cukup dah sedekah aku untuk hari ni" (huuuhuuu.nangissss).. beliau kata,benda ni mgkin nmpk xde apa2 pon.bnda biasa je,,tapiii cuba muhasabah balik lintasan hati kita tuuu..jangan sekali2 merasa cukup dgn amal2 sndri.jgn sesekali menghitung2 kebaikan diri mahupun org lain..again, sebab kita bukan Tuhan yg layak menilai..berbuatlah!berbuatla sebanyak dan semampu mungkin. sebabb takut jelaa,klu terdetik perkara2 mcm tuu, bimbang kita termasuk golongn org2 yg yg sia2 perbuatannya.nauzbillahiminzaalik.


Imam Asy-Syafii pernah bkata, "sesiapa yang mampu melihat kekurangan dalam dirinya, maka dia akan mencapai istiqamah"..haaa dasat kan!maksudnyaa, jika kita sentiasa rasa terdapat kekurangan dan kelompongan dalam amal2 kita, dlm usaha2 kita, pasti kita akan rasa nak berbuat lagi dan lagi.tidak mudah merasa cukup dgn ibadah dan amal2 kitaa...itula istiqamah.
So, kepada anda2 skalian (yg menaip terutamanya), berbuatlah! menyumbanglah! memberilah! beramallah! kerana Dia Maha Melihat, Maha Menghitung, Maha Mensyukuri hamba2Nya..Berusaha lah untuk meraih cintaNya.

Dalam satu hadis qudsi, dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman:
"Barangsiapa menyakiti waliKu, maka sesungguhnya Aku memaklumkan perang padanya. Dan tiada mendekati hambaKu kepadaKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai dari mengerjakan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu melakukan yang sunat hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Aku menjadi pendengar apa yang ia dengar, menjadi penglihatannya apabila ia melihat, tangannya yang ia tamparkan dengan dia, dan kakinya yang ia berjalan dengan dia; dan demi jika ia meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepada dia; dan demi jika ia meminta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku melindunginya" - (HR Bukhari)
Syarah hadis nie agak panjang..tapi nak fokuskan pada ayat yg saya bold kan tuu.. Dlm Kitab Hadis 40 (susunan Imam Al-Nawawi), apabila Allah mencintai seseorang hamba, maka Allah akan mengawas dan memelihara pendengaran, penglihatan, tangan dan kaki dari godaan syaitan dan dr perkara2 maksiat. Hamba yang mencintai dan dicintai Allah akan berusaha untuk memastikan setiap yg dia dengar, lihat, dan berbuat, adalah perkara2 yang disukai Allah serta sentiasa dlm kerangka redha Allah. tertanyatanya diri sendiri, adakah Allah benar2 telah menjadi penglihatan, pendengaran tangan, dan langkahan kaki akuu??sobss..

Dan sebagai tambahan, bersabarlah melakukan ketaatan, kebaikan dan amalan2 yang dicintai Allah.bersabarlah meninggalkan perkara2 maksiat, perkara2 yang tidak disukai Allah, samada lintasan akal dan hati, dosa/maksiat ketika di khalayak, mahupun ketika sendiri2..muhasabah kembali akhlak/sikap kita ketika bersendirian..ingatlaa, Allah tu Maha Melihat.

semoga Allah sentiasaa tuntun hati2 kita ke arah jalan yg diredhai dan diberkati. amiin2 insyaallah~

**post yg ditujukan buat diri sendiri.Please take note dear myownself!

Sunday, 26 March 2017

Mengharapkan syurga melalui sabar

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang

Baru2 nie, ada join Mabit (Malam Bina Iman dan Taqwa)..so, biasa nyaa akan ada pengisian time mabit tu..and as expected, ada :) (smile >.<)
Tajuk nya adalah, SABAR~fuhh. pasti ada sebab Allah takdirkan saya dpt pengisian niee..huu
and a few new things yg saya dpt, the true meaning of sabr. Sabar tu adalah menahan perkara-perkara negatif dalam diri, demi untuk mendapat keredhaan Allah.

وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ

"dan kerana Tuhanmu, bersabarlah"


[74:7] one of my fevret ayahh(ayat)..bersabar kerana Allah.bersabar untuk mendapat keredhaan Allah. semata2!!
Maybe most of us dah tau, sabar ni terbahagi kepada 3.
  • Sabar dalam ketaatan
  • Sabar meninggalkan maksiat
  • Sabar menghadapi ujian
Dalam tigatiga bahgian tuu, saya sgt tertarik dgn explanation beliau dalam bab sabar meninggalkan maksiat. YEs! i think i'm struggling jgk dgn benda nihh. maksiat tuu, bukan sahaja antara laki pmpn je, tapi personally, bg saya maksiat tuu adalah apa2 perbuatan dosa yg Allah xredha kita buat. Contohnya, membazirkn masa dgn  ber'online' saja2, x ihsan dlm menyiapkan kerja yg lecturer bg, buruk akhlak dijalan raya as simple as tak bg signal nak masuk simpang, bermasam muka dgn org yg kita xsuka/buat jahat dgn kitaa atau tarik muka bila parents mintak tolong..seeee!nmpk simple jee..tapi inilaa antara bnda2 kecil yg kita pndg remeh walau hakikatnyaa, sgt2 perlu dimuhasabah balik.huu
Hari tu ada baca satu buku nie,,penulis tu kata, MUJAHADAH tuu adalah bersungguh-sungguh MENINGGALKAN PERKARA YANG BUKAN IBADAH! fuhhh fuhhh..hebatnyaa amal dia. yelaa,klu kita (saya), just tinggalkn perkara2 maksiat, mujahadah laa tuu..tapi dia, bukan stakat xberbuat maksiat/ dosa, tapii jugak mujahadah utk memastikan 24/7 masa yang dia ada, hanya ibadah. which is back to tujuan hidup, abid n khalifah..



hemm, apa tanda2 perbuatan kita tu dosa??dalam HR Ahmad, Rasulullah ada bsabda bahawa dosa itu adalah sesuatu yang meresahkn hati..


عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ النَّاسُ عَلَيْهِ 
Dari Nawwas bin Sam’an Al Anshari, bahwa ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan dan dosa. Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa itu adalah apa yang menggelisahkan hatimu dan kamu benci jika manusia mengetahuinya.” (HR Ahmad No: 16975)
Antara pengajaran yg saya dpt dr hadis nie, bila kita berbuat sesuatu, dan kita jdi terfikirfikir, jadi tak tenang, prasaan rasa bersalah tu dtg, maybe itula dosaa. So, perbykkan laa istighfar, mhasabah balik perbuatan kita tu dan tanamkan dlm hati untuk segera tinggalkn dan tidak ulangi perbuatan tu lagii. Ittaqullah! Takutlah kpda Allah..Moga2 Allah sentiasa kurniakn kita hati yg bersih untuk terus menerima petunjuk dan hidayahNya (Amiin~), sebabb hati yg dah 'kotor', pasti sukar utk terima hidayah Allah dan lebih teruk lagi,, kita mungkin xrasa bersalah dah walopon berbuat kemungkaran. Nauzubillahi min zaalik.

Owh dan lagi satu, pntingnyaa sabar meninggalkn maksiat sebabb "Meninggalkn maksiat wajib adalah lebih utama dr berbuat ibadah sunat". Mungkin agak keliru ayt nie..tapi nk ckpnyaa, perbuatan mengumpat, memfitnah, dan menghina org lain sgt dimurkai Allah walopon si fulan tu banyak bertahajjud dan berpuasa sunat.. keburukan yg si fulan tu buat membawa kpda consequences yg lbh buruk/byk berbanding amaln2 sunat yg dia lakukan.huhuu

Mogamoga, Allah sentiasaa dorong hatihati kita untuk melawan hawa nafsu yg buruk.insyaallaah~ Jomm jadikan ayat cinta ni sbg motivationn..ngeee~
"Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya"[Al-Naziat 79: 40-41]
Akhir kata, rasakanlah bahawa bukanlaa kita je yg sdg struggle nk bersabar..Hakikatnya, Nabi Yusuf juga bersabar apabila dihukum masuk penjara krna yakin itulah ketetapan Allah yg terbaik buatnya. Nabi Musa pon bersabar melawan kerisauan dlm diri apabila Allah memerintahkn untuk dia berdakwah kepada Firaun yg zalim, malah cth terbaik kita pon, Nabi Muhammad SAW tetap bersabar untuk berdakwah dan menanam kecintaan kpda Allah kpda umatnya, walaupun jelas dakwahnya ditolak mentah2 dan dihina (cth:Bani Thaqif, di Taif). Sedangkn nabi juga diuji, apatah lagi kita, kan!

Makanya wahai perindu syurga,
bersabarlah menghadapi ujian dan mehnah2 kehidupan dunia,
bersabarlah meninggalkan dosa yang kotor dan keji tu,
bersabarlah melaksanakan perintahNya sbg hamba,
redhalah dengan setiap ketetapan Allah buat kita,
bersyukurlah sentiasa kerna hakikatnya kita xpunya apa2,
dan yakinlah slalu dengan janjijanjiNya~ ;)



#mogaslalusabar
#letjannahbemymotivation
#sabarlahwahaiatiqah!

Tuesday, 14 March 2017

Pilihlah dengan mata hati

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang :)

Permulaan kalimah dengan namaNya yg Maha Sempurna..untuk dihayati dan dirasai dengan hati.
And again, aku sepatutnya bukak laptop ni untuk siapkan article/journal,but end up menulis kat sini.
Owh ya!lama sgt2 x update kan. Actually, now I'm working as research officer at usm (researcher laa kononnyaa..padahal mengarut je byk.sobss) dan skg, sepatutnya siapkan satu article utk di publish, dan satu lgi siapkan bhgian abstract utk di submit..hemm.maka bermula lah kembali episod mencari2 ilham utk menulis sehingga akhirnya, tak tertulis pon.hahha

kata orang, hobi tu adalah apa2 aktiviti yang kita buat pada masa lapang,kann..so kalau org tnya apa hobi aku, mesti aku akn jawab,,tulis/ baca blog.tapii bila pikir balik,aku bukan menulis waktu lapang.tapi aku menulis wktu perasaan tu dtg.perasaan nak share something.perasaan nak meluahkan sesuatu..jadinyaa lps nie, klu aku kata hobi aku update/baca blog,tu tipu je sbnrnya.sila jgn percaya!hohoo..

pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke 7 aku keje kt sini..sbg ro.kejap jee kan.dan klu ikut kontrak, insyaallah akn tamat bulan jun ni(which is 3months je lagii). Ehe, ingat lagii waktu mula2 kerja dlu, prof sruh aku sambung.katanya,kerja je dlu sambil2 start research, reading, and apa2 yg berkaitan laa in order utk aku pursue phD plak..dia suggest supaya aku start dlu then bila dah byk buat review, reference & dh tau nk buat pasal apa, bru dftr official.mula2 dlu mcm excited nk ikut suggestion dia,discuss ngn parents pon,dorg oke je mana2..namun hakikatnya kini, walopun dah masuk 7bln, aku masih tiada apa2 bnda utk dijadikn focus of research.sbb skadar buat kerja yg prof suruh dan bacaan pon cmtu2 jerr~so,buat masa nie xsmbg laa kot.(buat masa ni laaa..haa xtauu -_-)

hemm susah kann nk memilih.tu baru satu bnda,memilih utk sambung bljr ke tak..byk lgi pilihan2 lain yg terbuku, tersimpan (mahupun yg xtersimpan) kat hatii..plg slalu, susah sgt nk pilih bila sampai bab ''nak makan kt mana'' lol~
hee tapi nak ckp nya, mempunyai pilihan tu mmg nature as human.bcoz we are not 'malaikat'..malaikat, makhluk yg sgt patuh kpda Allah, tapi malaikat tak diciptakan utk memilih..bezanya dgn manusia,kita adalah khalifah.Allah ciptakan makhluk bernama manusia nie sbg hamba yg boleh membuat pilihan dan berbahagialah hamba yang memilih utk tunduk dan patuh kpdaNya. Berbahagialah wahai hamba yg meletakkn Allah dihatinya.

menjadi hamba Allah bukan sekadar untuk berbuat segala perintah dan meninggalkan larangan jee,..bukan sekadar itu..tapi pda aku, menjadi hamba tuu jgk bermakna menjadi muslimin (org2 yg berserah diri). Berserah diri untuk apa juaa yang Allah tetapkan. Berserah diri untuk berbuat smua suruhan semampunya. Berserah diri supaya Allah pilihkan yg terbaik utk setiap pilihan kita..Ada masa, kita dapat apa kita nak. Ada masa, kita mmg tak dapat seperti yang kita nak. Dan ada masa jugak, kita masih dlm penantian menunggu sama ada dpt atau tidak, apa yang kita nak..haha.manusia kann..memanggg byk sgt2 kehendak n keinginan,tapi sejauh mana kita berserah diri dan redha pada Yang Maha Mengetahui utk menentukan.

Tipulah kalau kita(aku) langsung xsuka dengan benda2 dunia(keluarga, anak2, harta, kerjaya)..tapi apa yg pntg adalah, apa neraca kita dlm setiap pilihan/apa yg kita nak?.bagaimana pilihan2 kita mampu membuahkn kebaikan?..kalau sahabat2 nabi, pilihan mereka byk fokuskan kpda dakwah. dan Nabi Muhammad sndri, sememangnya setiap yg baginda berbuat adalah utk tujuan dakwah. Teringat pengisian daurah "Wahai Pemuda" hari tuu..sebanyak mana kita memikirkan tentang ummah berbanding diri sendiri?? dan aku rasa, soalan tu memang tepat kena batang hidung aku.ter reflect jgk, apakah pilihan2 dan kehendak aku tu hanya sekadar memenuhi hak peribadi?adakah smua yg aku nak tu semata2 utk kepuasan sendiri?andai hanya itu,,maka apaa sumbangan aku untuk dipertontonkan dikemudian harii?huhuu..

Emm rasa macam byk membebel plakk..tapi sriyes!memang nk menulis utk diri sndri.nak mengingatkn diri sendiri sebab kadang2 tu,takut jee pilihan yg dibuat hanya utk memuskan nafsu/keinginan sendiri smpai lupa hakikat tujuan hidup.sobss..so, semoga penulisan nie dpt menjadi reminder kpda yg menulis dan yg membaca(klu ade laa.lol) bahawa setiap usaha kita akn dinilai & dikira, maka terpulang lah untuk menghalakan segala kelebihan ke arah yang mana dan pentingnya memilih menggunakan mata hati kita, dan bukan nafsu semata..

Jika ada yang membaca, doakn smoga penulis dipermudahkn untuk membuat pilihan(dlm smua perkara), diberi ilham2 yg cemerlang utk menyiapkn journal/article nie, dan smoga kita smua dpt menjadi hamba yang redha dengan Allah,dan sentiasa diredhai.amiin

may Allah ease~
may Allah bless~